Orang kata, anak kedua memang lain macam perangainya. Bagi ibu kepada dua cahaya mata, Yana Samsudin juga turut berkongsi telatah anak keduanya, Aura Aisy Sofea yang kini sudah pun berusia tujuh bulan.

Kata Yana, berbanding abangnya Mateen, anak keduanya itu cukup lasak dan suka memanjat walaupun usianya masih kecil.

Menerusi Instagramnya, Yana turut berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu yang kini sudah mula bertatih untuk berjalan.

“Anak Perempuan Ni Memang Lain Sikit” Yana Samsudin Teruja Tengok Kelincahan Anak, Sudah Mula Bertatih!

“Assalam korang, good morning. Tak sabar tunggu @auraaisysofea nak berjalan nih. Gigi bawah 2 batang atas 2 batang dah.

“Dah bertatih gak ni, kalau lepas setapak dua boleh gak ni,” kata Yana berkongsi perkembangan terkini anaknya.

“Anak Perempuan Ni Memang Lain Sikit” Yana Samsudin Teruja Tengok Kelincahan Anak, Sudah Mula Bertatih!

Lasak tapi suka merengek

Namun kongsi Yana lagi, anak keduanya itu cukup lasak dan suka memanjat tetapi tidak kurang kuat merengeknya walaupun melekat 24 bersama ibunya.

IKLAN

“Anak Perempuan Ni Memang Lain Sikit” Yana Samsudin Teruja Tengok Kelincahan Anak, Sudah Mula Bertatih!

“Tapi, nak cerita sikit. Ada baby girl ni memang lain sikit eh? Lasak nya bukan main. Baru 7 bulan dah nak panjat panjat.

” Pastu merengek kuat walaupun dah dengan kita. Bunyi nangis macam kena cubit, padahal takda apa apa pun. Tengah main main happy happy pun tetiba boleh merengek.

” Duk terfikir fikir gak apa yang tak kena. Sedih kadang pun ada mungkin anak kita cuba bagitau sesuatu tapi kita tak faham.

“Anak Perempuan Ni Memang Lain Sikit” Yana Samsudin Teruja Tengok Kelincahan Anak, Sudah Mula Bertatih!

“Anak Perempuan Ni Memang Lain Sikit” Yana Samsudin Teruja Tengok Kelincahan Anak, Sudah Mula Bertatih!

IKLAN

” Abangnya beza masa kecik, elok je diam. Ke sebab baby girl anak num 2? Ke sebab dia girl? Hahahah keliru mak,” kongsi Yana mengenai telatah comel anak keduanya itu.

Apa yang dilakukan Yana kini adalah dengan membawa anak kecilnya itu keluar bagi melihat keindahan alam sekeliling dan cara itu menjadi buat anak kecilnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

“Betul la… bawak anak-anak keluar jap tengok rumput ngan tasik ni pun dah boleh hilangkan resah anak.

“Biar @auraaisysofea berjalan & merangkak atas rumput ni, kurang dah merengek dia. Yer la kalau orang dewasa pun stress terperuk dalam rumah dah berbulan, mesti bebudak ni pun rasa yang sama,” tulis Yana menerusi satu entri berlainan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

IKLAN

Terdahulu, Yana dan suami, Fadzil Zahari mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen, 5 dan Aura Aisy Sofea yang kini berusia 7 bulan.

Menarik: Balik Hotel Setiap 2 Jam Nak Susukan Anak, Fiza Frizzy Cekal Susukan Anak Sampai Umur 2 Tahun

“Anak Perempuan Ni Memang Lain Sikit” Yana Samsudin Teruja Tengok Kelincahan Anak, Sudah Mula Bertatih!

Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.

Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.

Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI