Semua anak sekarang dalam trend bermain Beyblade. Dulu pernah popular dan kini ia kembali. Pasti saja anda juga pernah kena ‘pow’ dengan anak-anak untuk belikan mereka Beyblade kan? Paling tidak mesti mereka ada dua atau tiga buah mainan ini dalam koleksi. Beyblade ni ada beberapa jenis.
Disebabkan permainan ini tengah trending, kuali emak diambil untuk jadi gelanggang perlawanan. Lucu betul! Beyblade ada yang kuat, ada yang biasa. Macam mana kita nak kenal pasti yang mana elok untuk anak-anak. Yalah, agar tak mudah rosak dek kerana asyik kalah ketika berlawan dengan orang lain.
Ini perkongsian hebat seorang ayah dari pemerhatiannya tentang kualiti Beyblade yang bagus jika anda mahukan belikan untuk anak-anak. Tak adalah selalu berhabis nak kena belikan yang baru untuk mereka.
Ads
Berdasarkan kes study anak yang selalu kalah.
Ads
Tip untuk ayah dan mak-mak di luar sana nak cari Beyblade yang hebat (kes study, sebab apa kakak selalu kalah, adik jer selalu menang. Boleh tengok gambar ni ya.
Ads
Yang ni hebat, naga dia ala-ala Gold 916Yang ni tak hebat. Naga dia bukan ala-ala Gold 916Yang ni hebat, kaki dia gelap (tak digalakkan kaki besi, kang berlekuk kuali isteri)Yang ni tak hebat, kaki dia lite sikit. Cepat kemek so jadi tak lajuPastikan pemacu, untuk pegang Beyblade tu cakok dia tebal macam niKalau pemacu yang cakok kecik macam ni Beyblade susah nak melekat (boleh bebai oo) pada pemacu saat nak dilancarkan
Memang berguna betul hasil kajian ayah ini. Moga-moga dapat membantu Mama Papa yang lain untuk beli Beyblade uat anak-anak. Selamat mencuba!
Hati ibu mana yang tidak gundah bila anak yang dikandung, dibesarkan penuh kasih sayang, akhirnya terpalit ujian besar? Lima tahun bukan tempoh yang sekejap untuk seorang ibu menanggung resah, doa dan harapan.
Itulah yang dilalui oleh Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Hari ini, Mahkamah Rayuan di Putrajaya akhirnya melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
“Sebagai seorang ibu, lima tahun itu bukan sekejap. Penuh cabaran, penuh dugaan. Tapi di hati Saddiq, apa yang dia lakukan kerana Allah SWT dan untuk rakyat,” luah Datin Sharifah Mahani dalam nada yang penuh kelegaan.
Dalam detik-detik penuh emosi itu, ibu ini juga berkongsi betapa dia pernah berasa berat hati bila anak kesayangan memilih untuk berkecimpung dalam dunia politik.
“Kadang-kadang, sebagai seorang ibu, hati berdetak nak kata janganlah masuk politik. Susah sangat, ramai yang tak beri kerjasama,” katanya dengan penuh jujur.
Siapa sangka, di sebalik senyuman dan semangat juang Saddiq di mata rakyat, ada seorang ibu di belakang tabir yang menahan perasaan, menyimpan keresahan, namun akhirnya akur dan reda atas pilihan anaknya demi negara tercinta.
Sebagai ibu, tiada apa yang lebih utama selain keselamatan dan kebaikan untuk anak-anak. Meski diuji dengan fitnah, dugaan, dan kata-kata yang menyakitkan, doa seorang ibu tetap mengiringi.
“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya hanya mendoakan supaya Allah memberi hidayah kepada mereka. Hidup ini sementara, bukan selama-lamanya. Jangan aniaya orang lain,” pesan beliau penuh makna.
Malah, dalam keikhlasan hatinya, Datin Sharifah Mahani juga memilih untuk memaafkan mereka yang menzalimi keluarganya.
“Saya maafkan mereka atas penganiayaan ke atas anak dan keluarga. Kita semua manusia biasa…”
Walau perit, walau berat, ibu ini tidak pernah patah semangat untuk memberi sokongan kepada perjuangan anaknya.
“Syukur alhamdulillah Saddiq dikelilingi orang yang menyayanginya. Semangat dia kuat untuk rakyat, kuat untuk Malaysia. Tak kira bangsa dan agama. Sebagai ibu, saya diamanahkan untuk memastikan perjuangan dia berjaya kerana Allah,” katanya penuh keyakinan.
Anak-anak mesti seronok kalau dapat luangkan masa dengan ibu ayah.Tak perlu ke mana-mana pun tak apa, asalkan berkumpul satu keluarga. Tambah pula bila si ayah habiskan masa dengan melayan kerenah anak. Seronok bila satu rumah ketawa bersama-sama kan?
Meninjau ke laman Instagram Sariyanti, dia telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan suaminya melakukan magik di depan anak-anak mereka. Kelihatan semuanya teruja melihat aksi silap mata yang dibuat oleh Jep. Melalui kapsyen, Sari turut mengatakan yang dirinya hampir kagum melihat aksit tersebut;
“Abah buat magic. Anak anak teruja kata abah dorang amazing 😆😆😆😂 , mama hampir ter amazed. Sib baik perasan 😅 .
Ada yang amazed jugak ke tu 🤭. Ini show tuk kanak kanak tau 🤪”
Dalam video pendek berdurasi satu minit itu dapat dilihat Jep memegang sehelai kain merah dan memberitahu kepada anak-anak yang dia boleh melakukan magik. Dia meminta semua anaknya untuk melihat kain yang dipegang dan kemudian memasukkannya ke dalam tangan.
Dia kemudiannya meniup tangannya dan meminta Baasit untuk melakukan perkara yang sama. Sejurus selepas itu, Jep pun membuka tangannya dan kain merah itu tiada! Kedengaran suara Sari yang bertanyakan pada anaknya, “Amazing kan Baasit?”.
Selepas itu Jep meminta untuk anak-anaknya mencari di mana kain merah tersebut. Dia turut menyuruh Baasit untuk melihat jika kain merah itu ada di belakang badan abangnya, Barr. Sampai Barr buka baju nak mencari kain merah tu, akhirnya Jep keluarkan dari belakang Baasit. Persolannya, betul ke Jep buat magik dan kain tu betul-betul di belakang Baasit?
Rata-rata yang menonton video itu juga ada yang bertanya di mana kain itu;
Alahai, rupa-rupanya abah pakai ibu jari palsu rupanya. Mujurlah mama ‘cepat tangkap’ dan dah sedar sebelum ter’amazed‘. Lucu betul Jep ni, sama macam atas pentas! Kadang-kadang kena ambil hati anak dengan cara yang fun terutamanya kalau sebelum ini kita dah sibuk bekerja kan?
Biarpun aksi magik ni tak ambil masa yang lama, tapi impaknya sangat besar untuk perkembangan emosi anak-anak. Semoga keluarga Jep dan Sariyanti terus bahagia sampai bila-bila!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peningkatan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan memberi kesan kepada ramai tahun depan, terutamanya selepas beberapa perkara yang disebut dalam Belanjawan 2025. Antaranya peluasan skop SST dan kenaikan gaji minimum ke RM1,700 sebulan. Pembaca pastinya tertanya-tanya, adakah perubahan ini akan menambah beban kos hidup harian kita?
Sebagaimana laporan Sinar Harian, pandangan Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjelaskan mengenai isu yang menjadi bualan masyarakat kini. Menurut pakar ekonomi ini, jangkaan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang susulan peningkatan gaji penjawat awam serta penyasaran subsidi petrol RON95.
“Lazimnya peniaga memang sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan harga dan wujud peluang itu kerana mulai 1 Disember ini gaji penjawat awam meningkat sebelum kenaikan gaji minimum berkuat kuasa 1 Februari 2025.
“Peniaga melihat pengguna mempunyai kuasa beli yang lebih dan mereka menaikkan harga dengan alasan terpaksa membayar gaji lebih, kos overhead selain peningkatan kos belian barang premium yang diimport serta barang-barang tersenarai bawah peluasan SST,” katanya.
Dalam pembentangan Belanjawan pada Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan melaksanakan peluasan skop SST secara progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025.
Barjoyai turut tidak menolak kemungkinan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berkenaan berlaku dalam peratusan yang agak tinggi kerana peniaga akan mengambil kira kesan pengganda daripada kenaikan kos dan cukai yang mereka alami.
“Kesan berangkai berlaku di segenap peringkat perniagaan misalnya, di peringkat pengeluar kerana apabila gaji naik dan berlaku peluasan cukai, mereka akan mengalami kenaikan kos. Kenaikan kos itu akan diserap dalam harga barang.
“Apabila pemborong ambil barang itu dengan harga yang naik, barang itu akan pergi kepada peruncit dengan harga turut meningkat sebelum ia sampai kepada peniaga makanan.
“Peniaga makanan pula akan menaikkan harga pada kadar jauh lebih tinggi daripada kenaikan kos,” ujarnya.
Barjoyai menjelaskan, akhirnya akan dapat dilihat bahawa semua peringkat perniagaan menaikkan harga sekali gus menjadikan kenaikan harga berlaku secara meluas.
“Jadi peningkatan harga diramal agak besar walaupun kadar inflasi negara hari ini tidak sampai dua peratus.
“Bagaimanapun saya tidak dapat anggarkan peratus kenaikan harga ini secara spesifik. Namun ketika ini kos makanan semuanya sedang meningkat dan ia akan terus menaik,” katanya.
Justeru, beliau menyarankan kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menggerakkan secara lebih agresif pasukan pemantau untuk pastikan peniaga tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya melebihi apa yang sepatutnya.