“Anak perlukan ayah & ibu” – itulah kata-kata penuh emosi daripada pelakon terkenal, Kamal Adli, ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi prosiding kes perceraiannya dengan isteri, aktres Uqasha Senrose. Dalam keadaan rumah tangga yang sedang diuji, Kamal tetap memilih satu perkara sebagai keutamaan: masa depan anak kecil mereka, Hawra Uqaira.
Kamal Adli: Dua Bulan Tak Jumpa Isteri, Masih Mahu Pertahan Perkahwinan
Kamal tiba di mahkamah sekitar jam 9:34 pagi ditemani peguam dan beberapa rakan rapat. Ketika ditemui media, wajahnya jelas menyimpan seribu satu rasa. Pelakon berusia 39 tahun itu mengakui sudah hampir dua bulan tidak bersemuka dengan Uqasha, dan hari itu adalah pertemuan pertama mereka setelah tempoh yang panjang.
“Saya mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Kalau Uqasha dengan pendirian dia (mahu cerai), saya juga dengan pendirian saya (pertahankan). Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa, dan hari ini pertama kali jumpa. Saya masih tak dapat hubungi dia. Anak saya perlukan ayah dan ibunya.”
Luahan itu cukup menyentuh hati ramai. Sebagai bapa, Kamal tidak mahu Qaira membesar tanpa kehadiran kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ketika usia anak itu baru setahun tujuh bulan, iaitu fasa pembentukan emosi yang sangat penting.
Uqasha pula tiba lima minit lebih awal bersama ibunya, peguam dan adiknya, Nelydia Senrose. Dalam kenyataannya, Uqasha akur dengan apa yang sedang berlaku dan tetap tegas dengan keputusan yang telah dibuat.
Ads
“Saya nekad. Doakan semuanya dipermudahkan.”
Aktres berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu, menandakan bermulanya episod baharu dalam hubungan mereka selepas beberapa tahun bersama.
Perkahwinan Yang Pernah Penuh Bahagia
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis yang penuh indah di Janda Baik, Pahang. Kehadiran Qaira dalam hidup mereka menjadi penyeri dan pengikat kasih, namun kini nasib rumah tangga itu masih belum menemukan jawapan pasti.
Walau apa pun keputusan mahkamah, satu perkara sudah jelas: kedua-duanya tetap mengutamakan Qaira dalam apa jua keadaan.
Ads
Anak Perlukan Kedua-Dua Ibu Bapa Untuk Tumbesaran Emosi
Dari sudut psikologi kekeluargaan, anak kecil seumur Qaira sangat memerlukan kestabilan emosi daripada kedua-dua ibu bapanya. Hubungan ayah–anak dan ibu–anak membentuk perkembangan awal yang membantu pembinaan keyakinan diri, kawalan emosi dan rasa selamat.
Kerana itu, ramai ibu bapa yang melalui situasi sama akan mengakui: perkahwinan bukan lagi soal suami dan isteri semata-mata, tetapi soal masa depan anak.
Ramai Mendoakan Penyelesaian Terbaik
Perkongsian Kamal dan Uqasha mendapat perhatian ramai ibu bapa di Malaysia. Rata-rata mendoakan agar pasangan ini menemui jalan paling baik sama ada kembali bersatu atau memilih haluan berasingan tetapi tetap kekal sebagai ibu ayah terbaik buat Qaira.
Ads
Dalam setiap ujian rumah tangga, anaklah yang paling merasai dampaknya. Justeru, ramai yang berharap agar aura negatif dalam hubungan ini dapat berubah kepada sesuatu yang lebih positif demi kesejahteraan si kecil.
Akhir Kata: Jaga Emosi, Jaga Anak
Walau apa pun kesudahan rumah tangga mereka, satu perkara tidak akan berubah — kasih sayang seorang ayah dan ibu terhadap anaknya. Qaira berhak membesar dengan penuh cinta dan stabiliti emosi daripada kedua-dua belah pihak.
Pa&Ma mendoakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan Qaira terus membesar dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada kedua-dua insan yang melahirkannya. Karena walau apa pun yang berlaku… kasih seorang ibu dan ayah tidak akan pernah putus.
Siapa yang tidak mahu kelengkapan rumah serba mewah, cantik dan tersusun. Namun bila berkira soal duit, banyak kelengkapan lain terutama urusan anak-anak yang perlu didahulukan berbanding menghias rumah.
Namun idea menghias bilik pakaian ibu ini, Atam Ayu dipuji ramai bila mana kelihatan cukup kemas dan tersusun. Setiap satunya digantung kemas, manakala pakaian yang kecil pula diletakkan dalam bekas siap bertulis nama supaya mudah dicari.
Paling membanggakan, anak-anak juga turut sama bekerjasama untuk menjadikan bilik pakaian ringkas ini cantik tersusun. Jauh sekali menyepahkannya.
Bilik baju, bilik khas. Satu bilik di belakang sekali dijadikan bilik baju. Tiada almari baju dibilik lain.
Nak mandi, pergi ambik baju bawak masuk bilik dan tukar salin dalam bilik masing-masing.
Anak-anak masih kecil, kakak yang berumur 6 tahun selalu jadi ketua ambikkan baju adik-adik sesiap. Setakat ni memang tak membebankan. Anak-anak sangat behave dan tak selerakkan atau sepahkan.
Bilik baju dah buat dari tahun 2016-2020 masih kekal sama. Habuk? Ada tapi nipis sebab saya amalkan deep cleaning 1 kali seminggu. Lap habuk, sapu, vacuum dan mop.
Ni bilik terapi saya, saya suka betapa dalam ni. Lepas siap sembur pewangi pakaian, biarkan. Tiap kali masuk, bau wangi. Seronok sangat. Tak pernah rasa stress uruskan pakaian.
Seharusnya dipuji kerana kekemasan yang maksimum. Cantik tersusun!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Kredit: Atam Ayu
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang kata, pelukan dan kasih sayang ibu bapa adalah terapi buat anak-anak. Lagi-lagi anak yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi. Seperti dalam situasi ini, kehadiran ayah yang ditunggu-tunggu sejak setahun lalu kerana terpisah setelah Covid-19 benar-benar mengundang sebak orang ramai.
Ramai sebenarnya yang senasib dengan keluarga ini, namun video yang dikongsikan oleh Puan Syazwana Jamal buatkan sesiapa saja menitik air mata melihat kerinduan anak-anak saat dapat memeluk ayah yang ada di depan mata.
Anak-anak terpaksa menanggung rindu kerana ayah mereka bekerja di luar negara dan tak boleh balik ke Malaysia seperti sebelum ini.
Selepas setahun terpisah antara Qatar & Malaysia
Akhirnya, selepas setahun anak-anak menunggu kepulangan ayah dia orang. Rasa macam mimpi. Mula sebelum PKP awal Mac 2020 ayah dia orang balik Qatar, sampailah sekarang Februari 2021 baru jumpa semula.
Bayangkan sebelum ni tiap-tiap bulan balik namun disebabkan Covid tak dapat balik. Asyik ulang-ulang kena bagitahu anak-anak ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun terpaksa kena faham.
Plan asal tahun lepas memang Akram nak balik awal bulan 2 sebab covid macam nak reda dah. Tiba-tiba Covid naik balik dekat Malaysia. PKP pulak. Jadi aku tak mengharap.
Diam-diam suami minta cuti
Rupa-rupanya, diam-diam Akram minta cuti dan manager dia approved!
Dua hari before fly baru Akram bagitahu aku. Masa tu aku tengah kerja. Menggigil terus nangis. Aku macam tak percaya, tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke? Dia cakap mula-mula nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitahu isteri dan mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik. Lagi-lagi masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalaulah tetiba positif memang punah semuanya.
Alhamdulillah sehari sebelum balik dia buat test dan negatif. Jadi sampai KLIA dapat kuarantin 7 hari je kat Subang.
Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggallah 2 minggu untuk kami. Tu pun cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi.
Menitis air mata, anak gembira jumpa ayah
Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak-anak happy sangat-sangat sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik.
Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan-kawan mungkin aku pun tak kuat. Bukan senang aku hidup sendiri kat Sepang bertiga dengan anak-anak tanpa Akram dan keluarga. Keluarga jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang. Sejak January 2017. 4 tahun dah.
Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami, keluarga dan kawan-kawan jadi semangat aku.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak apa yang kita cari adalah persekitaran yang selamat dan selesa untuk meninggalkan si kecil tersayang. Maklumlah ibu yang bekerja selalunya akan tinggalkan anak di rumah pengasuh sehingga malam menjelma. Kalau dapat balik awal memang seronok.
Tapi itulah malang kan tak berbau ada ketikanya, bila ambil sahaja anak dari rumah pengasuh atau pusat jagaan ada yang luka dan cedera. Dapat pengasuh yang memang peka dan prihatin serta bertanggungjawab, memang awal-awal lagi akan mereka maklumkan pada kita tentang apa yang berlaku kepada anak tersayang.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusia Kelab Pengasuh Malaysia. Anaknya yang berusia setahun lima bulan dikhabarkan terluka terkena bakul baju ketika bermain dengan anak asuhan lain.
Insiden tentang kejadian tersebut dilaporkan terus oleh pengasuhnya kerana bimbang dengan keadaan bayi tersebut.
Setengah jam hantar anak, pengasuh telefon maklumkan jari anak luka
Assalamualaikum semua. Sekadar berkongsi memori anak dara saya berumur 1y5m.
Khamis lepas, pada 31/10. Setengah jam lepas hantar ke rumah pengasuh, mama Whatsapp dan informed yang jari anak saya luka. Terkena bakul baju masa bermain dengan anak asuh yang lain. Darah agak banyak dan minta saya bawa ke klinik malam tu. Dia risau sangat. Saya kata takpe, balik nanti saya check balik.
Sampai di rumah pengasuh pukul 7 petang, mama cerita balik kronologi kejadian itu. Jari pun dah dicuci dan dibalut plaster. Saya pun ingat takde apa yang serious. Malam tu, bila saya nak tukar plaster yang baru, baby saya meraung. Sakit sangat agaknya. Bila dah dicabut, aduhai..luka teruk rupanya cemas, terus mesej suami yang tengah meeting. Kami ke Hospital Shah Alam malam tu jugak lepas abang ipar seorang doktor adviced kami pergi ke hospital terus. Mungkin kena jahit.
Lepas X-ray, rupanya ada tulang jari anak yang patah
Lepas doktor x-ray, rupanya tulang left index finger yang paling atas tu fractured (patah). Doktor pakar tulang tanya kami, macam mana tulang baby boleh patah kalau sekadar terkena tepi bakul baju. Saya ceritakan semula kronolgi kejadian. Doktor ortho puas hati. Alhamdulillah, takde jahit, takde simen. Natural recovery tapi buat dressing hari-hari.
InsyaAllah esok baby saya ada appointment dengan pakar. Doktor nak tengok ada infection tak pada luka tu, sebab kalau ada, memang kena buat minor surgery. Bahaya untuk perkembangan jari dia. Doakan semuanya selamat ya
Syukur Pengasuh Buat Perkara yang sepatutnya
Saya bersyukur sebab mama buat perkara yang sepatutnya. Mama:
1. Cuci luka jari anak saya bawah air paip mengalir. Bukan letak minyak gamat dan lain-lain. Doktor puji mama. Ilmu first aid sangat penting!
2) Tutup luka supaya tak terdedah dengan udara.
3) Inform saya terus dan ceritakan kronologi dengan terperinci.
4) Inform pada parents anak asuh pasal perbuatannya pada baby saya.
5) Sentiasa update perkembangan baby saya, pukul 3 pagi pun tanya. I love her.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.