Kurang tidur boleh menejaskan perkembangan anak. Perkara ini penting dan tidak boleh dianggap remeh! Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama dan memerlukan tidur siang hari. Sama seperti keperluan nutrien dan aktiviti fizikal, tidur amat mustahak kepada perkembangan si manja. Jangan pandang ringan kepada keperluan ini kerana kekurangannya boleh mempengaruhi perkembangan otaknya.
Janin dalam kandungan tidur selama 16 hingga 20 jam sehari manakala bayi yang baru lahir akan tidur 16 hingga 17 jam sehari. Kebanyakan mereka tidak akan berada dalam keadaan jaga hanya dua hingga empat jam sehari pada minggu-minggu pertama kehidupan mereka. Rapid Eye Movement (REM) yang berlaku pada 60% hingga 80% dalam tempoh fasa tidur aktif menyaksikan aktiviti otak. Peratusan REM akan menurun seiring peningkatan usia. Ini menjawab kenapa bayi dan kanak-kanak tidur lama dan apakah kepentingannya kepada perkembangannya.
5 SEBAB TIDUR PENTING UNTUK MEREKA
1.Doktor percaya REM ini akan memberikan peluang kepada otak untuk ‘aktif’ menerima stimulasi dan selain daripada rangsangan melalui aktiviti sensori fizikal.
2.Tidur bagi kanak-kanak amat penting untuk perkembangan neural kerana ketika tidur, bahagian otaknya dirangsang.
3.Pada masa bukan fasa REM, tidur akan memberikan si manja rehat dan salah satu proses menyegarkan kembali tubuh.
4.Kajian yang dilakukan mendapati kanak-kanak yang tidak mendapat tidur yang cukup boleh mengalami kurang mahir skil kognitif , hiperaktif, ADHD dan pembangunan neurologi terjejas.
Ads
5.Kanak-kanak yang mendapat tidur yang cukup akan menjadi lebih peka, cukup rehat, ceria dan bersedia untuk menerokai ilmu baru.
BERAPA LAMA ANAK PERLU TIDUR SIANG?
Selain tidur malam, tidur siang juga amat diperkukan oleh si manja. Apabila mula dilahirkan, bayi hanya menyusu dan tidur, itu sahaja rutin harian mereka. Bagi bayi yang berusia satu hingga enam bulan, mereka akan tidur siang sebanyak tiga kali dengan tempoh satu hingga dua jam setiap kali tidur.
Bagi si kecil yang sudah mencecah usia setahun, kekerapan tidur berkurangan kepada sekali sehari sahaja. Setelah mencecah usia lima tahun, mereka sudah jarang perlukan tidur siang kecuali kepenatan atau tidak mendapat tidur malam yang cukup.
Ads
7 TIP SUPAYA ANAK TIDUR LEBIH BAIK
Ada 7 cara boleh anda cuba supaya si manja boleh tidur dengan cara lebih baik.
1.Biarkan si manja tertidur sendiri.
2.Pastikan anda konsisten meletakkan bayi ke dalam katilnya pada masa yang sama setiap hari.
3.Tidur lebih awal daripada waktu si kecil selalunya mengantuk. Apabila dia sudah terlalu penat dan mengantuk, dia sukar untuk tidur dan lebih suka menahan matanya daripada tertidur. Apabila tidur, mereka juga lebh mudah terjaga.
4.Cipta rutin tidur untuk mereka dan ikutinya 100%. Lebih awal anak dilatih, lebih baik.
Ads
5.Jangan lupa tidur siang kerana ia akan memberikan kesan kepada 24jam berikutnya. Tapi pastikan tidur siang tidak terlalu dekat dengan waktu tidur utama.
6.Kalau boleh, elakkan susukan bayi dan kanak-kanak sehingga dia tertidur. Sediakan ruang yang selesa, bilik yang gelap dan senyap untuk membantunya tertidur sendiri. 7.Ada sesetengah ibu membedung bayi mereka kerana mendapati dengan membedungnya, bayi lebih mudah tertidur sendiri.
AKIBAT KURANG TIDUR KEPADA SI MANJA
Kekurangan tidur yang kronik boleh menjejaskan perkembangan mereka. Ia dikaitkan dengan masalah kekurangan Growth Hormone yang diperlukan untuk tumbesaran yang normal dan juga terhad penghasilan hormon Cortisol dan insulin.
Cortisol adalah hormon dikaitkan dengan tekanan manakala insulin pula mengimbang paras gula dalam badan. Kajian ada menunjukkan kekurangan kedua-dua hormon ini dan boleh mewujudkan masalah diabetes dan obesiti kemudian hari.
Kekurangan tidur yang kronik juga boleh menyebabkan masalah kelakuan atau behaviour problems dan juga perkembangan motor kasar dan halus. Dengan memahami keperluan tidur mengikut peringkat umur dan juga simptom-simptom seperti di atas kita boleh mengenali kanak-kanak yang berisiko untuk mendapat masalah kekurangan tidur.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Betullah orang kata, sebelum anak dapat kaki ibu bapa mudah lagi nak kawal dan tak penat nak berkejar. Selepas usia setahun, siap sedialah dengan ketangkasan kaki dan tangan anak.
Ini kerana, dalam usia setahun hingga umurnya 3 tahun, tahap ‘explore’ anak lebih sedikit. Banyak perkara baru dia mahu belajar dan sentiasa memerlukan perhatian ibu bapa untuk memantau.
Begitu jugalah anak kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya. Sejak Fatima dah laju berjalan, setiap pergerakannya cukup pantas.
Melalui video yang dikongsikan di Instagram fattzuralovelife, nampak kelincahan Fatima ketika dibawa bersiar-siar ke Taman Burung buat kali pertama. Memandangkan Fatima lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apabila pertama kali dapat keluar bukan main seronok.
Cepat je tanggal kasut terus campak
Namun apa yang menjadi perhatian orang ramai, gelagat Fatima yang dengan lajunya membuka kasut terus mencampakkannya ke dalam kolam benar-benar mencuit hati. Apatah lagi gaya spontan daddy terpaksa menyelamatkan kasut anak daranya itu.
Daddy terpaksa buka ‘silat’ untuk mendapatkan semula kasut anaknya sehingga hampir terjatuh.
Suara mak-mak Fazura dah keluar
Situasi lucu berkenaan turut dikongsikan semula peminat mereka di TikTok dikenali sebagai @kakidrama8 dan mendapat tontonan lebih dari satu juga viewers dari warganet.
Dapat didengar dengan jelas suara Fazura yang meminta anaknya agar tidak mencampakkan kasut ke dalam kolam namun tidak diendahkan oleh Fatima.
Malah ada yang memberitahu dan memahami perasaan sebagai ibu bapa yang mana tangan anak kecil sememangnya antara yang terpantas kalau nak baling atau campak sesuatu barang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Didik anak buat kerja rumah, mereka akan jadi orang yang berjaya bila dewasa nanti. Melibatkan anak-anak dalam tugasan rumah bukan sahaja membantu meringankan beban kerja ibu bapa, tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat dalam pembentukan keperibadian dan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.
Didik Anak Buat Kerja Rumah, Mereka Akan Jadi Orang Yang Berjaya Bila Dewasa Nanti
Mengajar anak membuat kerja rumah sejak kecil membantu mereka memahami konsep tanggungjawab. Mereka belajar bahawa setiap ahli keluarga mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan rumah tangga berjalan dengan lancar.
Apabila anak-anak terbiasa melakukan tugas-tugas tertentu, seperti membersihkan bilik atau menyusun meja makan, mereka mula menyedari bahawa tugas-tugas ini adalah tanggungjawab mereka yang tidak boleh diabaikan. Sifat bertanggungjawab ini penting bukan sahaja di rumah, tetapi juga di sekolah dan di tempat kerja pada masa hadapan.
Mengikut kajian dari Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ini akan menjadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ini cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah:
Umur 2-3 tahun:
+ Lap air yang tumpah
+ Sapu habuk
+ Letak baju dalam bakul sebelum mandi
+ Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun:
+ Kemas tempat tidur
+ Sidai tuala di tempatnya
+ Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri
+ Siram pokok bunga
+ Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ini saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas sudah buat kerja rumah.
Apabila berpeluang makan di luar, maka si kecil pun sibuklah untuk minum. Ia memberikan banyak faedah asalkan minuman yang diminum bukan minuman ringan, terlalu manis atau terlalu panas.
Risiko air tumpah dan mengotorkan baju memang ada, jadi anda perlu siap sedia sepasang lagi baju semasa keluar makan di luar sebagai ganti.
Ambil langkah berhati-hati kerana penyedut minuman juga boleh melukakan tekak sekiranya dimasukkan terlalu dalam.
Sebaik-baiknya ajar si kecil sedut pada hujungnya sahaja. Ini adalah masanya untuk anda menyediakan sebuah botol dengan isian air kosong sebagai bekalannya semasa keluar.
Antara kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti minuman menggunakan penyedut minuman ialah:
Rangsangan sensori proprioseptif di dalam mulut semasa menyedut. Ini meningkatkan kesedaran pergerakan lidah, bibir dan pipi.
2. Kawal lidah dan rahang semasa minum.
3. Melatih penafasan semasa menghisap dan menelan.
4. Menggalakkan rangsangan oral motor yang membantu si kecil yang cerewet makan atau
tiada selera makan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.