Ibu ayah, untuk bagi anak kenal siapa Tuhannya, bagilah anak kenal alam ciptaanNya. Bagi anak main dengan tanah. Bagi mereka pijak tanah, rumput, batu-batu dan pasir.
Bagi mereka rasa deruan angin, teriknya sang mentari, hujan yang membasahi bumi. Bagi mereka rasa daun itu teksturnya bagaimana. Cabut-cabutlah rumput untuk kuatkan tangan. Koyak-koyaklah dedaun yang jatuh sebelum bagi pegang kertas dan pensil.
Bagi mereka boleh beza masinnya air laut dan dinginnya air sungai. Dari situ,mereka akan mulai kenal Tuhan.
Bukankah Allah mencipta alam ini untuk hambaNya berfikir? Untuk hambaNya mengucap syukur?
Dah kenapa.. Apabila anak kecil menyentuh tanah, kita kata kotor? Dah kenapa, kita kata tanah itu pembawa segala kuman dan penyakit?
Ads
Dah kenapa, kita wujudkan rasa jijik anak pada tanah yang berlecak, berlumpur dan sebagainya?
Kenapa ada anak takut dengar bunyi hujan? Kenapa ada anak tak boleh langsung kena hujan? Tadah tangan kat hujan pun tak berani? Kenapa ada anak seolah-olah merasa sakit apabila pijak pasir?
Jangan megah kalau anak pandai hafal macam-macam surah tapi merasa jijiknya alam ini.
Anak yang kenal alam, tingkahlakunya tenang.
Dia berasa senang dengan ciptaan Tuhan. Anak kecil merasa seronoknya alam ini. Jadi untuk ajar dia bersyukur menadah tangan pun tiada masalah.
Ads
Kebolehan berfikirnya juga bagus. Boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Sebab tu dalam Islam, didatangkan kekotoran dengan kaedah bersuci.
Kaedah bersuci ikut pula pada tahap kekotoran/najis yang terkena pada badan. Dah kalau anak kecil kita tak bagi sentuh alam ni, macam mana dia nak belajar secara praktisnya membersihkan kekotoran/najis tersebut mengikut kaedah yang Islam dah ajarkan?
Ads
Fikir-fikirkanlah. Saya tak pernah impress pada anak-anak yang di bawah usia 6 tahun boleh hafal segala surah tapi apabila dirinya berinteraksi dengan alam, dia menunjukkan rasa takut, geli, menjerit, menangis, melalak dan sebagainya. Hatta makanan mentah seperti ayam, ikan dan daging pun boleh muntah. I am not impressed.
Tiada penghayatan keEsaan Tuhan dalam dirinya. Manusia dijadikan dengan keadaan mudah lupa. Lama-lama dia akan lupa akan surah yang pernah dihafal. Tapi penghayatan akan kekal.
Menghayati sambil berfikir tentang kewujudan alam ini akan membuatkan anak menyimpan kenangan dan pengalaman lalu boleh diceritakan semula untuk dikongsi bersama. Renung-renungkan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menurut pakar bahasa Profesor Fred H. Genesee, semakin awal usia kanak-kanak belajar bahasa asing, semakin mudah untuk mereka kuasai bahasa itu. Kanak-kanak lebih cepat menerima bahasa yang dipelajarinya berbanding orang dewasa.
Menurut pakar neurologi Dr Eric H. Lennenberg pula, sebelum anak capai usia baligh, otak kanak-kanak memang mudah dilentur sebab itu mereka mudah belajar bahasa asing.
Walaupun kita tidak fasih dan mahir dalam penguasaan English, jangan jadikan ia alas an untuk tidak dedahkan anak-anak kepada English.
Apa yang kita sebagai ibu bapa perlu buat adalah; belajar semula English untuk anak-anak. Tak perlu sampai betul-betul mahir untuk mengajar anak, kita boleh sentiasa upgrade ilmu kita dengan sentiasa rujuk pada yang pakar dan buku-buku.
Flash card berikut dapat membolehkan anak anda memahami asas Bahasa Inggeris dengan mudah.
Biasanya ibu atau ayah yang boleh jadi ‘tarzan’ bila anak tak pandai membaca. Bimbang anak akan ketinggalan apabila masuk darjah satu tahun hadapan. Perkongsian ibu ini memang amat berguna apabila anaknya yang tidak tahu membaca akhirnya dapat membaca dengan lancar.
Berikut adalah tip yang dipraktikkan oleh Puan Nurul Jamian untuk mendidik anaknya dan pada masa yang sama menggunakan buku bacaan khas mengajar anaknya membaca.
9 Tip Mengajar Anak Membaca TIP1:Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu aku silap tau. Aku ajar Raina guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar Raina guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.
TIP2:Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar.
Dulu masa aku ajar Raina berjam, memang nampak muka Raina stress. Bila aku ajar Raina dalam 5-7 minit memang nampak Raina happy je nak belajar. TIP 3: Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti nak marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress. Kau pun sama stress nanti bila ajar anak. Aku masa mula-mula ajar Raina asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan aku. Pastu aku terus tukar cara aku ajar Raina. Aku control tahap kemarahan aku. Aku cool je. Bila Raina tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah cakap aku. TIP 4: Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata ‘Na’. Raina Na Na Na Na sambil menyanyi. So Raina akan ingat suku kata ‘Na’ tu macam nama dia Raina Na Na Na Na. Macam aku kan aku ajar Raina siap beralun-alun siap macam menyanyi kadang-kadang tu. Biar Raina senang ingat. TIP 5: Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh ‘Su’ tu kita kaitkan dengan ‘botol susu’. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. TIP 6:Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Raina paling suka kita puji dia. Kalau aku tepuk tangan, Raina pun tepuk tangan sekali. Bukan Raina je. Raifa pun ikut sekali tepuk tangan. TIP 7:Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak : ‘Itu huruf apa? Cuba eja dan baca Raina? Raina ingat tak?’ So kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak. Kadang-kadang aku tengah masak kat dapur pun, aku suka uji minda Raina. Sebab Raina rajin teman aku masak kat dapur sambil tolong aku apa yang patut. TIP 8: Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Baru-baru ni aku bawak Raina tengok wayang dan belikan apa saja yang dia minta. Raina minta cincin, gelang dan macam-macamlah. Aku cakap kalau Raina rajin lagi belajar, nanti mama belanja Raina lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya aku. Memang nampaklah Raina lebih bersemangat. TIP 9: Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.
Disangka masalah bermain mercun seperti putus jari dan sebagainya menjadi penyumbang peratusan ke wad pediatrik. Namun sangkaan itu meleset bila mana wad kanak-kanak di Hospital Besar Kuala Lumpur dipenuhi dengan kes-kes masalah pernafasan sepanjang cuti perayaan ini.
Menurut perkongsian Astro Awani, hampir 80 peratus kes kemasukan kanak-kanak ke wad pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan melibatkan masalah pernafasan di musim perayaan.
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak HKL, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti ziarah di musim Aidilfitri ini.
“Kes melibatkan masalah pernafasan dilihat mendominasi kali ini berbanding kes putus jari akibat mercun.
“Pihak kami menjangka kemasukan ke wad kanak-kanak terus meningkat di hari raya kedua dan ketiga,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya bersama Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Asmayani Khalib di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah beliau, kes terbabit melibatkan penyakit pneumonia dan bronkitis berlaku akibat akibat virus yang tersebar di udara menerusi pesakit batuk atau sentuhan dengan pesakit.
“Terdedah dalam suasana yang ramai terutama musim perayaan ini antara salah satu punca peningkatan kes.
“Kita tahu hari perayaan ramai orang dalam ziarah ini menyebabkan terdedah jangkitan kuman. Masyarakat perlu cakna mengenai isu ini,” katanya.
Bagi mencegah jangkitan katanya, pastikan meneruskan amalan membasuh tangan dan memakai pelitup muka di tempat orang ramai amat digalakkan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.