Anak remaja jadi makin memberontak.Fasa remaja adalah tempoh kritikal dalam kehidupan seseorang, di mana pelbagai perubahan fizikal, emosi, dan mental berlaku. Seringkali, ibu bapa mendapati bahawa anak remaja mereka mula menunjukkan sikap yang lebih memberontak, sukar dikawal, dan tidak mudah menerima nasihat.
Anak Remaja Jadi Makin Memberontak Bila Ibu Bapa Terlepas Pandang Perkara Penting Ini
Sifat memberontak ini bukanlah sesuatu yang ganjil dalam perkembangan seorang remaja, malah ia boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses mencapai kematangan. Namun, penting untuk memahami sebab-sebab di sebalik sikap ini supaya ibu bapa dan penjaga dapat mengurusnya dengan bijak.
Berikut perkara-perkara yang sering ibu bapa terlepas pandang pada anak remaja seperti yang dikongsikan oleh Taufiq Razif
1. Kita banyak puji, peluk cium adik-adiknya secara berlebihan tetapi berkeras dan tegas melampau dengan dirinya.
Ubah: Kena banyak peluk cium anak anak yang lain juga. Bukan yang bongsu sahaja.
2. Kita terlampau “Authoritarian” dengan anak remaja kita. Semua benda tak boleh. Semua benda kena sekat.
Ubah: Kena banyak bersembang dan berbincang.
3. Kita tak ajar dia untuk berdepan dengan “rejection”. Kita banyak sangat tunai permintaan dia sewaktu masih kecil hingga dia jadi memberontak bila tak dapat sesuatu
Ubah: Sewaktu kecil lagi kena ajar anak tak semua benda dia nak dia dapat. Walaupun kita mampu saja nak bagi.
Ads
4. Kita lupa nak jadi kawan dia. Kita banyak jadi “pengetua dan warden” je pada anak remaja kita.
Ubah: Sesekali kena keluar berdua dengan anak remaja kita. Sesekali tu masuklah ke dunia anak remaja kita
5. Kita buat segalanya untuk mereka tapi kita lupa nak ucapkan dan zahirkan kasih sayang melalui kata-kata.
Ubah: Banyak cakap I Love You atau Mama Sayang Awak. Kalau tak selesa nak ucap, dalam bentuk tulisan pun boleh.
Disiplin anak tidur awal, mak ayah boleh cuba cara ini. Mengatur disiplin tidur awal untuk anak bukanlah tugas yang mudah jika tidak mengetahui cara yang betul. Ramai ibu bapa mengeluh apabila anak-anak tidak mahu tidur awal, malah ada yang masih segar sehingga tengah malam.
Akibatnya, ibu bapa juga menjadi tidak cukup tidur dan keletihan apabila bekerja keesokan harinya. Namun, terdapat cara-cara tertentu yang boleh membantu mendisiplinkan anak agar tidur awal. Puan Nuraisyah Abu Husin berkongsi tip dan pengalaman yang boleh dicuba oleh ibu bapa untuk memastikan anak tidur awal setiap hari.
1. Luangkan Masa dengan Anak
Selepas pulang bekerja sekitar jam 5/6 petang, luangkan masa sepenuhnya dengan anak-anak. Abaikan perkara lain dan ajak mereka melakukan aktiviti yang memerlukan tenaga seperti bermain di taman, menunggang basikal, atau menari. Aktiviti-aktiviti ini sesuai untuk anak yang sudah pandai berjalan.
2. Buat Bayi Ketawa Sehingga Penat
Untuk bayi seperti Ayra (5 bulan), mandikan bayi dengan air suam dan sapukan minyak telon sejam sebelum waktu tidur. Pastikan perut bayi tidak kembung. Kemudian, buat bayi ketawa dan bermain sehingga penat. Aktiviti ini membantu bayi merasa penat dan tidur lebih lena.
3. Pastikan Perut Anak Kenyang
Bagi anak yang lebih besar seperti Adam (1 tahun 11 bulan), pastikan mereka makan kenyang sekitar jam 7 malam. Jika anak tidak mahu makan, beri mereka pisang sebagai gantian. Pisang boleh membantu mereka kenyang sehingga pagi, mengelakkan terjaga di tengah malam.
4. Mak Ayah Perlu Berkorban
Ibu bapa perlu berkorban masa pada waktu malam. Untuk mendisiplinkan anak tidur awal, ibu bapa perlu konsisten dan tidak keluar rumah pada waktu malam. Sekiranya perlu keluar, pastikan pulang awal supaya anak-anak dapat tidur mengikut jadual.
5. Pasang Ayat Ruqyah Semasa Tidur
Pasang surah ruqyah semasa tidur dan setkan supaya berulang sehingga pagi. Ini boleh membantu melindungi anak-anak daripada gangguan malam. Ada kepercayaan bahawa jika anak-anak terjaga di tengah malam, mungkin ada gangguan ‘benda halus’.
6. Tutup Lampu
Pastikan lampu dimatikan. Anak-anak akan lebih sukar tidur jika lampu masih terpasang. Jika mempunyai lebih daripada satu anak, tidurkan yang lebih kecil dahulu. Setelah itu, tidurkan yang lebih besar dengan aktiviti yang memenatkan seperti berlari-lari di rumah.
Kesimpulan
Mengatur disiplin tidur anak memerlukan kerjasama antara suami isteri. Setelah anak-anak tidur, ibu bapa boleh menikmati masa berdua. Walaupun anak-anak akan bangun awal sekitar jam 5-6 pagi, ibu bapa akan mendapat tidur yang cukup pada waktu malam.
Cubalah tip ini dan kongsikan jika bermanfaat. Dengan konsistensi, ibu bapa akan melihat perubahan positif dalam rutin tidur anak-anak.
Genap 31 Mac ini setahun usia puteri kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Membesar tanpa sempat merasai setitik susu ibu dan kasih ibu di awal kelahiran hingga kini bukan sesuatu yang mudah.
Tiada siapa sangka pemergian ibu di usia muda mengubah hidup anak ini dan tanggungjawab menjaga serta membesarkan kembar perempuan bergantung pada seorang ayah.
Menerusi perkongsian di Facebook Syazwan Najmi, walaupun diuji dengan kehilangan orang yang dia sayang, kehadiran kembar Safiya dan Sofiya yang kini semakin cerdik serta membesar dengan sihat satu anugerah yang sangat berharga.
Sekejap je masa berlalu anak-anak abiy. Dari awal sampai sekarang hanya mampu berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami tiga beranak ini.
Walaupun bukan mudah untuk lalui hidup tanpa kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu, melihat senyuman dan keletah si kembar membesar sekarang ni pun satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya yang merasai saja akan memahami tapi itulah bila sesuatu takdir yang berlaku, Allah tahu kita mampu buat walaupun berat dugaannya.
Kongsi Syazwan Najmi lagi, walaupun sayalah ayah saya ibu pada anak-anak, seolah-olah dapat satu kekuatan luar biasa apabila Safiya dan Sofiya sangat mudah dijaga dan begitu manja.
Betullah orang kata bila ayah rapat dengan anak perempuan manjanya lain macam. Semua ini satu anugerah untuk saya biarpun di usia muda.
Sebelum ini media memaparkan kisah pilu yang menimpa isteri Syazwan Najmi, Allahyarham Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang meninggal dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu bertarung nyawa akibat komplikasi dalaman selepas bersalin.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak COVID-19, inilah masanya ibu bapa boleh melakukan aktiviti bersama anak-anak untuk lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa boleh fikirkan sesuatu yang kreatif dan yang penting memberi manfaat.
Kebetulan keadaan ini berlaku pada musim cuti penggal persekolahan dan disambung lagi sehingga 14 April 2020. Sewajarnya ibu bapa boleh melakukan banyak aktiviti menarik bersama anak-anak. Jadikan tempoh cuti yang panjang ini peluang mencipta bonding time serta memori menyeronokkan bersama anak-anak.
Berikut aktiviti yang boleh anda lakukan dalam tempoh PKP bersama anak-anak untuk mengembirakan mereka dan tiadalah istilah bosan duduk di rumah.
1. Menyiapkan kerja sekolah atau ulang kaji pelajaran
Sudah pasti anak yang sudah bersekolah mempunyai kerja sekolah yang perlu disiapkan. Jika tiada, boleh buat ulang kaji pelajaran. Masa inilah anda sebagai ibu bapa boleh membantu anak-anak dan melihat sendiri latihan yang dilakukan. Tak perlu lama untuk satu sesi. Kalau sehari dapat buat pagi satu jam, malam satu jam pun dah memadai untuk bagi anak mengingati subjek yang mereka belajar.
2. Projek DIY
Projek DIY juga salah satu idea menarik untuk anak berkreativiti. Anda boleh menonton di YouTube mengenai idea-idea projek DIY menggunakan bahan-bahan terbuang yang ada dalam rumah. Apa kata bantu anak buat aktiviti-aktiviti lukisan dan menggunakan bahan seperti pasir, playdoh dan sebagainya.
Walaupun hasilnya tak seberapa tetapi masa inilah dapat cipta bonding yang kuat antara semua ahli keluarga.
3. Menonton TV bersama
Lagi satu aktiviti yang boleh mengukuhkan bonding antara ibu bapa dan anak-anak di rumah adalah dengan memanfaatkan masa menonton televisyen bersama. Jika anda biasa bawa anak ke panggung wayang sebelum ini tetapi sebabkan perintah kawalan, aktiviti itu tak dapat dilakukan.
Ibu bapa boleh pilih program hiburan yang sesuai dengan anak seperti Family Spies, Kawanku Alin yang ditayangkan di Astro Ceria ataupun on demand apabila sambungkan kotak PVR Astro kepada internet.
Upin & Ipin musim baru juga pastinya buat anak rasa teruja untuk menonton. Jika anda tonton di Astro GO, semua episod Upin & Ipin sebelum ini pun boleh ditonton semula.
Family Spies
MS bukan sebarang nenek. Dia merupakan salah satu daripada perisik berpengalaman. Tetapi apabila dia tidak bertugas, dia menjaga cucunya dan memberi semua kasih sayangnya. Anaknya pula, seorang yang amat tegas mendedikasikan tugasnya dalam dunia penyelesaian jenayah. Hubungan MS dengan anaknya tidak pernah kuat sehingga hari cucunya diculik oleh musuh anaknya, SV. MS dan anaknya bersatu untuk menghentikan SV dari misi jahatnya.
Kawanku Alin
Hadi, Janet & Ravi menyelamatkan Alin, makhluk asing yang terpisah dari keluarganya selepas kapal angkasa mereka terhempas. Tanpa sengaja, Alin telah menggunakan kuasa luar biasanya untuk menumpaskan sindiket pencemaran alam sekitar yang menyebabkan ramai penduduk sekitar jatuh sakit. Penjenayah itu mengejar Alin untuk mendapatkan kuasanya. Dengan bantuan Hadi, Janet & Ravi, Alin perlu segera kembali kepada keluarganya sebelum dia kehabisan kompaun yang membantunya bernafas atmosfera bumi seperti manusia.
Upin & Ipin S13
Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tengok Upin & Ipin Musim 13. Jangan risau sebab sekarang ni anak-anak boleh tengok di Astro GO bermula 17 Mac. Dengan pelbagai kisah menarik pastinya anak teruja menontonnya.
4. Memasak
Kesempatan ini juga masa terbaik untuk ibu bapa mengajar anak-anak kemahiran asas memasak. Boleh ajar anak masak dengan mulakan resepi yang ringkas. Itu dah cukup buat anak rasa gembira. Bagi anak yang dah besar ajak mereka sediakan bahan mentah untuk memasak dan ajar beberapa menu yang sesuai.
5. Mengemas rumah
Jika sebelum ini ada segelintir ibu bapa merungut tiada masa untuk mengemas rumah disebabkan sibuk bekerja dan cuti hujung minggu terlalu singkat untuk mengemas atau melipat kain, jadi inilah masa yang sesuai.
Ajak anak tolong buat sama-sama. Mungkin sepanjang cuti ini, ibu bapa boleh buat jadual agar lebih tersusun kerjanya. Bila ada jadual sebegini anak lebih disiplin dan ibu bapa boleh beri ganjaran yang menarik untuk mereka seperti peluang menonton rancangan kegemaran.
On Demand merupakan salah satu servis yang ditawarkan kepada semua pelanggan Astro secara percuma. Servis ini memberi peluang kepada semua pelanggan menikmati rancangan kegemaran melalui peranti pinta pada bila-bila masa.
Dengan on demand, anda kini boleh menonton pelbagai rancangan yang terdapat di saluran Astro.
Hanya kena sambungkan Astro PVR Box ke Wi-Fi rumah anda untuk mendapatkan koleksi filem, drama & banyak lagi.
Ikuti 3 langkah mudah ini:
1) Tekan Home, pergi ke Tetapan.
2) Pilih Rangkaian & tekan Wi-Fi.
3) Masukkan kata laluan Wi-Fi dan kini anda bersedia untuk menyaksikan on demand.
Peringatan: Perkhidmatan On Demand adalah PERCUMA untuk semua pelanggan Astro.