Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
Ads
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
Ads
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Ads
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
Bukan mudah untuk menjaga anak-anak, tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar. Ada saja kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat kita jadi nak marah. Sebenarnya anak tak faham pun erti letih, jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah duduk tenang sekejap untuk ‘tarik nafas’ tak pernah ada dalam diri mereka.
Lumrah anak-anak mereka tak pernah rasa penat. Bermain, buat perangai dan macam-macam hal! Oleh itu, kita sebagai ibu ayah perlu bijak untuk mengawal keadaan nak buat anak faham kalau kita perlukan rehat sebentar.
Dr. Redza Zainol berkongsi tentang situasi dia menjaga anak-anaknya sendirian kerana isteri mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Turut mengakui situasi ini tidak mudah dan terfikir bagaimana isteri boleh melaluinya.
Berikut perkongsian yang boleh kita guna pakai untuk mengendalikan situasi begini dengan anak;
Semoga dengan perkongsian dari doktor ini dapat membantu kita untuk lebih mengawal emosi sendiri dan juga anak-anak. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil dengan pendekatan yang tepat mereka akan memahami situasi kita tanpa perlu ibu ayah marah-marah.
Ada ibu bapa tanpa sedar atau menyedari bahawa mereka sebenarnya pilih kasih pada anak-anak. Anak yang pandai lebih disayangi manakala anak yang kurang pandai selalunya kurang diberi perhatian atau dipandang sebelah mata.
Biarpun anak-anak masih kecil, tetapi mereka juga mempunyai perasaan. Jika dimarahi, tetap akan terasa walaupun mereka tidak menunjukkan sebarang reaksi kecil hati dan sebagainya. Salah satu keadaan di mana ibu ayah mungkin tidak sedar yang kita sebenarnya sedang menyakitkan hati anak-anak adalah apabila kita bersikap pilih kasih.
Adakah kita dibenarkan untuk pilih kasih antara anak-anak? Salah atau tidak jika kita melayan anak secara berat sebelah? Berikut adalah penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkaitan hal ini.
Apakah hukumnya ibu bapa yang pilih kasih kepada anak-anaknya? Hukum ibu bapa pilih kasih di antara anak-anak adalah dilarang oleh agama.
Ada pun hati lebih kasih kepada sebahagian anak maka ia tidak termasuk yang dilarang kerana hati manusia tidak boleh untuk menyamakan perasaan kasih kepada semua.
Telah diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. berkata :
Artinya : “Aku berangkat bersama bapaku kepada Rasulullah saw maka kata bapaku : Wahai Rasulullah. Sungguhnya aku telah memberikan pemberian akan Nu’man suatu dari hartaku. Lalu sabdanya : Adakah semua anak-anakmu kamu beri sebagaimana kamu beri kepada Nu’man? Kata bapaku : Tidak. Jawab Rasulullah : Bersaksilah atas ini oleh selainku kemudian berkata : Adakah kamu suka sekiranya semua anak-anakmu sama-sama berbuat baik kepadamu? Jawab bapaku : Ya. Kata Rasulullah : Kalau begitu jangan buat begini.” (Hadith Imam Muslim)
Dan pada riwayat yang lain Rasulullah saw berabda kepada bapa Nu’man :
Maksudnya : “Maka hendaklah kamu takut akan Allah dan hendaklah kamu berlaku adil antara anak-anakmu.”
Menyebut tentang impak sekiranya kita pilih kasih pada anak, mereka mungkin akan mengalami beberapa keadaan ini:
– Kurang keyakinan diri
– Kemurungan
– Cenderung bertindak kasar atau agresif
– Mengalami gangguan pembelajaran
– Berpotensi untuk mempunyai masalah komunikasi dengan orang sekeliling
Selain itu, untuk anak-anak yang terlalu diberi perhatian pula mungkin akan:
– Mengalami masalah dengan adik-beradik yang lain kerana rasa iri hati
– Mudah merasa terkongkong
– Tidak pandai berdikari dan terlebih manja
– Sentiasa memberontak dan tidak pandai untuk bertoleransi dengan orang lain
Sebagai ibu ayah, sebaik-baiknya cubalah mengelak untuk mempunayi sikap pilih kasih ini kerana ia memberi efek yang negatif pada anak-anak. Selain mengganggu proses tumbesaran mereka, keadaan ini akan menyebabkan anak cenderung memberontak dan sentiasa berperangai negatif.
Penjagaan kebersihan mulut bayi amat penting, walaupun hanya satu gigi pertama yang baru tumbuh. Gigi susu yang sihat membantu bayi mengunyah makanan, belajar bertutur, dan menjadi asas kepada pertumbuhan gigi kekal yang baik. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara membersihkan gigi bayi dengan betul dan selamat.
Penjagaan mulut bayi seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh. Walaupun gigi belum kelihatan, bakteria tetap boleh terkumpul di bahagian gusi. Apabila gigi pertama muncul, penjagaan harus menjadi lebih teliti.
Berikut ialah langkah mudah untuk membersihkan gigi bayi:
Gunakan kain kasa atau kain lembut yang bersih dan dibasahkan dengan air suam.
Balut kain tersebut pada jari telunjuk dan sapu perlahan pada gusi bayi.
Lakukan dua kali sehari, terutamanya selepas menyusu dan sebelum tidur.
Pilih berus gigi yang lembut dan kecil, direka khas untuk bayi.
Gunakan air masak tanpa ubat gigi untuk bayi berumur bawah 18 bulan.
Sikat gigi secara perlahan-lahan, dengan gerakan bulat pada gigi dan bahagian gusi.
Lakukan dua kali sehari – waktu pagi dan malam.
Mulai umur 18 bulan ke atas, ibu bapa boleh mula menggunakan ubat gigi berfluorida khas kanak-kanak (sebesar biji beras sahaja).
Pastikan bayi tidak menelan ubat gigi dan ajar mereka untuk meludah selepas memberus.
Penjagaan gigi bayi yang konsisten dan lembut sejak awal membantu mencegah kerosakan gigi dan membina tabiat kebersihan mulut yang baik. Dengan sedikit usaha setiap hari, anda boleh memastikan senyuman si manja kekal sihat dan berseri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!