Bukan mudah untuk menjaga anak-anak, tambahan pula yang masih dalam fasa nak membesar. Ada saja kerenah yang kadang-kadang tu boleh buat kita jadi nak marah. Sebenarnya anak tak faham pun erti letih, jadi pada mereka untuk biarkan ibu ayah duduk tenang sekejap untuk ‘tarik nafas’ tak pernah ada dalam diri mereka.
Lumrah anak-anak mereka tak pernah rasa penat. Bermain, buat perangai dan macam-macam hal! Oleh itu, kita sebagai ibu ayah perlu bijak untuk mengawal keadaan nak buat anak faham kalau kita perlukan rehat sebentar.
Dr. Redza Zainol berkongsi tentang situasi dia menjaga anak-anaknya sendirian kerana isteri mempunyai urusan yang perlu diselesaikan. Turut mengakui situasi ini tidak mudah dan terfikir bagaimana isteri boleh melaluinya.
Semoga dengan perkongsian dari doktor ini dapat membantu kita untuk lebih mengawal emosi sendiri dan juga anak-anak. Bukan mudah, tetapi tidak mustahil dengan pendekatan yang tepat mereka akan memahami situasi kita tanpa perlu ibu ayah marah-marah.
Pesanan kepada si isteri. Semuanya tak perlu terlalu sempurna. Mempunyai keinginan untuk buat yang terbaik dalam rumahtangga adalah tindakan terpuji namun dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, usahlah berusaha sehingga membebankan diri.
Buat ikut kemampuan, layan suami ikut keupayaan yang ada semuanya tak perlu terlalu sempurna.
Nak bangun pagi pukul 4 atau 5 pagi untuk menyiapkan sarapan itu bagus, tapi kalau dah berdukung anak kecil di dapur, bersengkang mata, tidur cuma 3, 4 jam sehari, itu akan memenatkan dan meletihkan anda.
Tentatif seorang isteri terutamanya suri rumah :
– Menyediakan sarapan – Menyiapkan anak untuk ke sekolah, menghantar anak ke sekolah – Mengemas rumah (sapu sampah, mop rumah, buang sampah, lap cermin, almari, kemas dapur, susun barang-barang, susun permainan anak) – Basuh baju, sidai baju, lipat baju – Memasak untuk makan tengahari – Menjemput anak dari sekolah – Mengemas dapur setelah anak-anak selesai makan – Membantu anak-anak menyiapkan kerja-kerja sekolah – Menyediakan cucur, air minum petang untuk suami balik kerja – Menyambut kepulangan suami, melayani suami – Menyediakan makan malam, mengemas dapur – Menidurkan anak-anak – Iron baju sekolah, siapkan peralatan dan kelengkapan sekolah anak – Iron baju suami, sediakan kelengkapan untuk suami – Tidur
Penat dan letih tidak terkira tapi tak perlu semuanya dilakukan dalam SATU hari. Jika hari ni mengemas, maka esok buat laundry…tak perlu terlalu sempurna sebenarnya…banyak isteri yang buat serba-serbi, kemudian suami balik kerja, suami persoalkan, “ kenapa anak tak mandi lagi?”
Satu pertanyaan sahaja, tapi hati mula rasa kurang senang dengan pertanyaan tersebut, sebab diri dah penat, dah letih dengan apa yang dilakukan dari pagi sehingga petang. Ditambah lagi dengan tidur yang tak cukup pasti rasa nak marah rasa nak melenting. Suami kalau boleh, jangan tanya, sebaliknya kita sendiri yang mandikan anak, Kalau mainan bersepah, kita sendiri kutip, kemas.
Elakkan dari mempersoalkan, sebaliknya bantu.
Ya, kita juga letih, seharian dah bekerja, tapi isteri juga letih walaupun seharian duduk rumah…menjadi surirumah itu bukan bermakna dia tidak buat apa-apa…sama-sama letih, sama-sama penat sebenarnya, tapi bukankah perkahwinan itu satu perkongsian. Kita berkongsi jalan hidup yang sama. Maka sebaiknya, sama-samalah kita berkongsi untuk meringankan beban pasangan kita.
Dan kepada isteri-isteri diluar sana, semuanya tak perlu terlalu sempurna dalam rumah tangga buat ikut kemampuan supaya anda tidak tertekan.
Selebriti dari seberang, Nikita Willy berkongsi caranya melatih anak untuk tidur sendiri di bilik sendiri seawal usia anak sulungnya, Issa Xander Djokosoetono 4 bulan.
Menurut perkongsian isteri Indra Priawan di laman Youtube miliknya, Nikita mempunyai sebab tersendiri untuk melatih anak tidur sendiri sejak bayinya berusia 4 bulan.
“Kita ajar dari kecil, risau kalau ajar masa dia dah besar nanti jadi susah sangat sebab dah terbiasa tidur dengan saya dan Indra”
“Dan kita sleep training dia saat dia umur 4 bulan, pada mulanya dia tak boleh tidur tanpa saya, tapi sekarang Alhamdulillah sudah bisa jadi dia sudah boleh berdikari dan dia juga tidur lebih lama juga,”
“saya merasa dia tidur lebih lena di biliknya sendiri, karena nggak ada suara yang ganggu gitu dan nggak ada gerak-gerik yang mengganggu dia.”
Tambah artis cantik berdarah Minang ini lagi, jika anak sulungnya tidur bersama, dia sendiri yang tidak dapat mengawal diri daripada memeluk anaknya saat tidur.
“Dan kalau misalkan dia tidur sama kita, setiap kali dia mengeluarkan suara, saya akan refleks terus dan dukung dia dan itu menyebabkan tidurnya terganggu,”
“Baby itu kan masih active sleep ya, masih suka berisik-berisi saat tidur. Padahal dia tuh lagi tidur. Jadi saat dia tidur di kamar di crib dia sendirian, saya merasa dia lebih selesa dan dia bebas berekspresi gaya tidurnya, dan tidurnya pun juga lebih panjang dan pagi-pagi dia bangun seger banget gitu,”
CARA MELATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA BANTUAN
Terapkan Rutin Sejak Kecil
Atur waktu tidur anak dari kecil dengan baik. Ada sesetengah ibu bapa, sering merungut anak mereka sukar untuk tidur malam. Semak semula jadual tidurnya dari kecil. Jika anda sering membiasakan bayi untuk tidur lambat sejak kecil, contohnya sering membawa mereka berjalan-jalan hingga lewat malam, jangan terkejutlah kalau anak tidak mudah untuk tidur awal.
Dari kecil kita dah didik dia tidak ada rutin tidur yang tetap dan membiasakan anak tidur lewat. Anda perlu tahu, bayi memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.
Cara tidurkan bayi yang paling baik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Bawa Anak Masuk Bilik Awal
Katakanlah waktu tidur anak pukul 9 malam, lepas isyak tu dah boleh bawa anak masuk bilik untuk tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Anda juga boleh membaca buku cerita kepada bayi anda. Bayi memerlukan suasana tenang untuk melelapkan mata. Sebaiknya, elakkan sebarang gangguan seperti bunyi bising orang bercakap ataupun bunyi televisyen yang kuat. Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.
Semua orang mahukan keadaan yang selesa untuk merehatkan diri. Samalah dengan si manja anda. Pastikan bilik si manja tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Cahaya dalam bilik sedikit gelap dan pastikan katil bersih tanpa habuk. Ruang tidur yang selesa dan tenang mampu membuatkan anak tidur dengan mudah.
Seorang bayi dijumpai tidur dalam keadaan tertiarap di toto dengan bibir kebiru-biruan di dalam bilik rumah di Taman Nusa Bayu, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Ibu mangsa yang berusia 33 tahun yang juga pemandu pelancong syarikat swasta terbabit terkejut mendapati bayinya sudah tidak sedarkan diri.
Sejurus selepas itu, wanita berkenaan mengejutkan suaminya yang tidur di ruang tamu rumah teres dua tingkat itu dan memberitahu anak lelaki mereka tidak sedarkan diri, walaupun selepas berulang kali dikejutkan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketika kejadian, wanita itu beberapa kali cuba mengejutkan bayinya, namun tiada tindak balas.
“Mereka kemudiannya membawa anak tunggal mereka ke Klinik Kesihatan Gelang Patah untuk pemeriksaan lanjut.
Tiada Unsur Jenayah
“Pegawai Perubatan bertugas melakukan pemeriksaan dan mendapati bayi berkenaan sudah meninggal dunia, namun siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat ke atas bayi berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dzulkhairi berkata, bayi berkenaan tiada sebarang penyakit, tidak mendapatkan apa-apa rawatan khas sebelum ini dan dalam keadaan sihat.
Meninggal Akibat Kematian Mengejut
Katanya, siasatan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia akibat kematian mengejut, namun kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Kanak-kanak 2001.
“Bapa mangsa yang juga pemandu van ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya
Ibu ayah, jangan terlepas info penting ini! Bantuan tunai kerajaan melalui STR 2026 bakal memasuki fasa seterusnya. Buat keluarga yang bergantung pada bantuan ini untuk urusan anak-anak, keperluan sekolah dan perbelanjaan harian, pastikan semakan serta kemas kini maklumat dibuat supaya tidak terlepas bayaran yang layak diterima.