Masyarakat kita selalu tersilap. Kita lebih senang terlalu ‘humble’ merendah-rendahkan anak. Walhal hakikatnya, anak terkesan dengan cakap-cakap sebegini yang kita rasakan remeh.

Elakkan sama sekali mengeluarkan ayat yang boleh merendahkan anak. Menurut Pn Wawa Shauqi, ada baiknya kita ubah ayat kita menjadi lebih baik dan positif.

“Anak Saya Ni Pemalu Sikit” Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni, Biar Kita Puji Anak Melambung!


JANGAN BUAT SILAP MACAM NI.

“Anak saya ni pemalu sikit.”

“Anak saya ni nakal!”

“Anak saya ni belajar tak pandai.”

Ibu ayah. Jangan sesekali sebut perkataan begini depan anak. Walaupun hakikatnya kita kononnya nak ‘humble’ depan orang lain.

Sekali kita sebut, anak akan percaya. Dan tanam dalam-dalam sifat ni dalam diri dia. Kepercayaan tersebut, akan menjadi self image mereka. Dan ia akan membentuk tabiat anak. Dan tabiat tersebut akan membentuk siapa anak di masa akan datang.

“Anak Saya Ni Pemalu Sikit” Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni, Biar Kita Puji Anak Melambung!

IKLAN

Kalau anak dengar kita sebut dirinya ‘pemalu’, secara automatik sifat pemalu akan terbina dalam diri anak. Bayangkan kalau dia dengar kita sebut dia ‘jahat’. Alangkah ruginya kita. Kerana kita membuka seluas-luasnya kepercayaan dalam dirinya bahawa dia memang jahat.

Sedangkan kalau kita tukar sedikit ayat, kita boleh ilhamkan karektor luar biasa pada diri anak.

Tukar “Anak saya pemalu.” Kepada 👇 “Anak saya awal-awal memang macam ni. Nanti dia dah ok, banyaklah cakapnya tu.”

“Anak Saya Ni Pemalu Sikit” Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni, Biar Kita Puji Anak Melambung!

Tukar “Anak saya ni tak pandai.” Kepada “Anak saya ni kalau bagi peluang, boleh pandai cepat ni insya Allah. Saya nampak potensi dia.”

Tukar “Anak saya ni nakal.” Kepada “Anak saya ni nampak aktif. Mungkin sebab dia excited terlebih. Tapi, bila dia buat baik, sejuk hati kami. Kalau pesan baik-baik insya Allah dia dengar.”

Kadang-kadang, anak kita ni asalnya ok je. Boleh je behave kalau dipesan. Rajin je mengemas kalau kita motivate. Mau je makan sayur kalau dipujuk. Mau je ramah kalau ada yang pandai mengajak sembang.

IKLAN

“Anak Saya Ni Pemalu Sikit” Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni, Biar Kita Puji Anak Melambung!

Tapi kerana telinga mereka mendengarkan kata-kata dari mulut kita, perkara yang baru terdetik sikit dalam diri mereka, terus mereka pahat jadi imej diri.

Jadi lepas ni, walau serakah manapun perangai anak kita, elak bercerita pada orang. Lebih-lebih lagi jika anak ada bersama. Nampak macam anak sedang leka. Tapi sebenarnya, mereka sedang pasang telinga.

Sebaliknya, rajin-rajin ajak pasangan ‘mengumpat’ kebaikan anak. Pastikan anak pun sedar yang diri mereka ‘diumpat’.

“Anak Saya Ni Pemalu Sikit” Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni, Biar Kita Puji Anak Melambung!

“Abang tau. Tadi anak kita tolong saya kemas rumah. Rajin betul bangga saya dengan dia.”

IKLAN

“Sayang, hari ni adik berjaya makan sayur. Hebat kan dia!”

Kata-kata yang positif tentang anak, akan membentuk imej diri anak yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Bentuk imej diri anak yang positif dengan kata-kata yang positif.

mereka, Ana Nayla pada 21 September 2021.

“Anak Saya Ni Pemalu Sikit” Mak Ayah Jangan Buat Silap Macam Ni, Biar Kita Puji Anak Melambung!

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI