Di sebalik kelembutan air muka Datin Sri Shahida, siapa sangka sebenarnya isteri kepada usahawan kosmetik, Datuk Sri Alif Shukri seorang yang tegas dalam bab mendidik anak. Ibu kepada tiga cahaya mata lelaki dan dua perempuan ini mengakui tiada istilah manjakan anak walaupun sekarang ada harta.
Shahida antara salah seorang penerima Pa&Ma Gala 2022 untuk Best Mama Millennial dan secara eksklusif berkongsi kisahnya kepada orang ramai mengenai cara didikannya daripada sisi seorang ibu.
Anak mesti no 1
Sejujurnya Shahida mengakui sangat sibuk tetapi memandangkan anak memerlukan perhatian, nak tak nak memang kena curi juga masa untuk mereka.
“Sejak dari anak sulung lagi, saya akan pastikan anak akan tidur dengan saya dan suami sehingga umur 4 tahun. Dengan cara inilah saya boleh luangkan masa dengan mereka setelah seharian sibuk dengan kerja.
“Bila usia 4 tahun, barulah mereka akan tidur di bilik sendiri. Jika saya outstation sekalipun, anak-anak akan ikut sekali. Dengan cara inilah kami dapat eratkan hubungan, sebab jika hari biasa sibuk,” katanya.
Suka ajar anak ilmu kehidupan
Selain itu, Shahida juga menyatakan ramai orang cakap saya lembut tetapi hakikatnya saya sangat garang dengan anak. Bagi saya ada anak sekali cakap dah dengar, ada anak beberapa kali cakap masih tak dengar lagi. Jadi kita sebagai ibu kena pandai main peranan.
Ads
“Rutin harian anak-anak juga setiap kali lepas balik sekolah mesti makan sama-sama, mengaji dan malam tuisyen. Gajet tak dibenarkan dan semua pun dah ada jadual.
“Manakala Sabtu dan Ahad anak-anak dah ada jadual buat kerja rumah. Selalu saya cakap kita bukan kaya selamanya, sebab itu ilmu kehidupan penting. Sebab tu juga saya kena tegas dengan mereka. Saya risau zaman sekarang macam-macam masalah membelenggu anak remaja. Jadi jika tak diberi didikan baik, risau kesan akan datang.
“Jadi saya ajar hidup secara sederhana. Kita ibu bapa kena jadi contoh. Saya lebih suka hidup sederhana dan saya orang yang sangat berjimat.
“Anak-anak pun kalau pergi Giant, Speed Mart bukan main seronok. Mereka lebih suka pergi tempat macam tu berbanding mall besar yang ada jual barangan mewah.
“Anak-anak pun kena belajar susah. Sekarang kita senang, nanti esok lusa kita tak tahu jatuh terduduk. Itu pesanan yang selalu saya cakap pada anak,” ujarnya.
“Pandai satu kelebihan, kekurangan kita raikan”
Shahida berkata, anak-anak pandai satu kelebihan. Namun tak semestinya anak kurang pandai kita sisihkan. Macam saya ada dua anak disleksia iaitu Khadijah dan Ibrahim.
Ads
“Sebenarnya kekurangan anak tu kita kena angkat supaya jadi kelebihan. Bagi saya cukup lah pandai membaca, sembahyang dan mengaji serta ada ilmu kehidupan demi masa depan. Bila ada pakej ini, buat apa pun tetap boleh berjaya.
“Walaupun ada bibik, saya akan pastikan anak tak kekok buat semua perkara. Sebab tu mereka selalu diingatkan untuk lipat kain, gosok baju, dan sebagainya. Usia 9 tahun anak-anak saya dah boleh buat semua ini dengan baik. Memang akan ada pembantu yang bagi laporan setiap hari apa anak buat.
“Jika hari cuti, saya akan bawa mereka ke pejabat untuk tolong bungkus barang-barang. Jadi tak lah membazir masa dan mereka akan tahu susahnya nak dapat duit.
“Seboleh mungkin saya nak didik anak-anak jadi lebih baik dari saya dan suami. Jika tak dimulakan dari awal, bila besar lagi susah nak tegur dan ajar.
“Lagi satu prinsip saya biar anak jadi sahabat baik kita selama-lamanya. Kalau dia ada apa-apa masalah tak malu nak bercerita dan berkongsi,” ujarnya.
Ads
Ikuti perkongsian lebih lanjut dan tip didikan yang diamalkan Datin Sri Shahida dalam live Pa&Ma Gala 2022 di bawah:
Bergaduh dengan pasangan ni, limitnya cukup dengan sehari semalam. Kalau lebih dari tu, itu EGO. Bergaduh pagi, petang baik balik. Bergaduh petang, malam baik, bergaduh malam, keesokan pagi kena baik. Jangan dipanjangkan atau dibiarkan pergaduhan tu sampai berhari-hari.
Tak bercakap, bermasam muka, buat tak tahu antara satu sama lain. Siapa yang minta maaf dulu, siapa yang mula bercakap dulu, siapa yang dah buat macam biasa balik, maka dia lah yang terbaik sebab dia boleh kawal dan rendahkan ego dia.
Siapa yang tunggu orang lain minta maaf, siapa yang tunggu orang lain mula bercakap dulu, maka dia lah yang PALING EGO dalam rumah tu.
Lelaki ada ego, perempuan ada ego. Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.
Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita. Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.
Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia minta maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan.
Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dia lah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan teguran dan nasihat tersebut. Simple!
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Antara kerisauan dan persediaan yang kita ibu bapa sering lakukan adalah pengurusan anak-anak kecil semasa hari raya. Terutamanya pada hari raya pertama yang memerlukan kita membawa anak berjalan ke sana sini.
Ada juga yang bimbang boleh ke anak kecil bertahan dalam keadaan orang ramai dan singgah dari rumah ke rumah sehingga petang. Ini antara dilema ibu-ibu yang baru pertama kali beraya dengan anak. Lain pula situasinya bagi yang ada anak ramai dan perlu hadap setiap perangai berbeza.
Berdasarkan perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli, ibu bapa kena buat mental planning. Antara mental planning yang kita selalu lakukan semasa membuat persediaan raya bersama anak-anak termasuk:
Pemilihan baju raya yang menyerap peluh dan selesa.
Pemilihan kasut raya yang senang dipakai-buka untuk anak-anak toddlers yang dah mula berjalan sendiri.
Beg kecil yang akan membawa segala perkakas anak-anak sepanjang berjalan raya yang di dalamnya terkandung:
*Wet wipes (senang nak lap mulut anak, tangan, meja rumah orang yang anak kita kotorkan secara sengaja mahupun tak sengaja, secara comel mahupun menggeramkan).
*Pampers (kalau anak masih pakai pampers)
*Baju sepersalinan (atau dua,tiga persalinan) untuk anak dan mak (kot anak termuntah kat baju kita)
*Plaster (kot terluka yang menyebabkan tangisan sekuat tenaga)
*Termos air panas (kalau ada anak yang masih menyusu botol) termasuklah segala barang penyusuan beliau.
*Permainan manipulatif untuk lekakan anak (nanti saya share dalam posting yang lain tentang aktiviti manipulatif untuk lekakan anak ni)
*Bekas letak duit raya anak (sebab ayah diorang mesti kata “Suruh Mama simpan. Nanti hilang.” Kan? Kan?)
*Botol air masak seorang anak satu (Ajar anak-anak jaga botol air masing-masing. Mereka perlu belajar jaga kesihatan diri.)
Dan senarainya berterusan mengikut keperluan-keperluan tambahan keluarga
Yang saya senaraikan di atas adalah perkara-perkara fizikal. Perkara-perkara fizikal ini amat penting bagi memastikan anak-anak kita selesa sepanjang berjalan raya. Kerana sesungguhnya anak yang selesa, menjamin kesejahteraan ibu bapa.
BAGAIMANA PULA DENGAN PENJAGAAN KESELAMATAN DAN PERILAKU ANAK?
Memastikan anak mengikut arahan, menjaga keselamatan dan duduk sopan santun semasa kita pergi berjalan raya adalah satu cabaran.
Terutamanya kalau anak anda macam anak saya. 3 orang anak lelaki yang lasak dan kreatif. Tapi… Manja… Boleh pening dibuatnya kadang-kadang. Main sikit punya lasak, tapi bila terhantuk antara satu sama lain sikit, raungannya sehingga ke lorong belakang rumah depan boleh dengar (ha! tengah fikir la tu macam mana lorong belakang rumah depan tu). #pengsan.
Antara kaedah yang biasa Terapis Kanak-kanak guna adalah memberikan Social Story atau Cerita Sosial untuk anak-anak faham do’s and dont’s semasa apa-apa event persekitaran yang kita mahu anak-anak faham.
Social story ini perlu dimulakan awal. Tak boleh pagi raya baru nak mula tunjuk. Anda sudah boleh mula tunjuk sekarang. Ajak anak anda lihat gambar-gambar social story yang anda sediakan dan terangkan pada mereka atau ajak mereka berbincang dengan anda tentang gambar yang anda tunjukkan.
Aktres kecil molek, Nad Zainal mengakui emosinya hancur berderai apabila melihat anak, Fahad Ibrahim atau Yem rindu dan diserang asma semasa dia dan suaminya ke Jepun.
Perkara ini dinyatakan Nad di Instagramnya. Kata Nad, Yem selalunya tidak jika dia dan suaminya tiada. Tapi rupanya si kecil itu menanggung rindu yang memegang baju miliknya dan menyebut Mummy.
Nad juga menyatakan asma Yem semakin baik. Dia bergegas pulang dari Jepun dan terus membawa Yem ke hospital. Anaknya itu kemudian telah dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut asma.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.