Anak-anak kecil akan suka mencuba dan ingin tahu. Mereka akan menggunakan perkataan yang pelik-pelik dan baru mereka dengar tanpa benar-benar faham maksudnya seperti orang dewasa faham. Oleh itu kita perlu sangat RELAKS. Jangan cepat mengelabah. Kemungkinan dia tidak begitu faham maksud perkataan itu. Tapi sebab bila dia mendengar orang berkata akan perkataan itu, dia terus meniru.
Selalunya para ibu atau bapa akan menyoal siasat anak dengan cemas dan cepat membuat andaian serta menghukum (judge) perbuatan si anak itu dengan kurang sesuai. Kerana kuatir anak sudah terpengaruh dengan perkara buruk dan kita mahu dia tidak menggulangi perbuatan itu dan tidak mahu orang menyangka sesuatu yang buruk mengenai kita.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan ialah;
Bertanya secara selamba apa sebenarnya anak itu faham mengenai perkataan itu.
Contoh: “Eh, mama tak pernah dengar perkataan itu abang long cakap. Apa maksudnya perkataan itu abang long?”
Ads
Bila dia memberi penerangan. Kita tambah lagi bertanya;
Contoh: ” Ooooo macam tu..jadi maksudnya benda itu baiklah? Ke buruk?
Jika perkataan itu adalah untuk sesuatu yang buruk, maka secara selamba juga anda boleh memberi penjelasan;
Ads
Contoh: ” Oh, fahamlah Mama.(berhenti di situ kemudian sambung ayat) Sebenarnya, perkataan itu kurang baik untuk kita sebut-sebut terutama di hadapan orang lain. Sebab perkataan itu tak sesuai untuk orang yang perangainya baik.
(Jika anak anda suka menidakkan kata-kata, maka guna ayat terbalik) Contoh: Abang Long bukan budak yang suka orang pujikan?
(kemungkinan sebab dia suka menidakkan dia akan kata…suka orang puji…kemudian bolehlah jawab. “Ke suka orang kata Bang Long jahat ke? …kemungkinan dia akan kata tak…”jadi tak usah sebut lagi perkataan itu” jika dia kata ya,….”Oh suka orang kata Bang Long jahat, kalau begitu Abang Long tak bolehlah jumpa orang sebab Mama tak suka orang kata Abang Long jahat sebab Abang Long sebenarnya baik…contoh.
Harap ini membantu.
Bayi menangis tengah malam tanpa tahu apa sebabnya sangat sukar difahami lagi-lagi untuk ibu bapa baru yang masih tiada pengalaman.
Bukan itu sahaja, tidur malam pun akan terganggu sehingga ibu bapa pula yang rasa risau dan stres menghadapi situasi ini. Dah bagi susu, tukar lampin, sapu minyak angin pun tetap sama keadaannya.
Periksa suhu anak normal tapi apa lagi perlu buat? Mungkin ada sesuatu yang menjadi penyebab tetapi ibu bapa kurang arif mengenainya.
Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar bayi nangis malam. Bayi kembung perut, susah tidur malam, kerap mimpi tidak elok, kerap gelisah tanpa sebab, kerap sakit kepala…Boleh amalkan cara di bawah.
Cara ini jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.
Ambil air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut Baca Al Fatihah 1x. Selawat Syifa 3x
Al ikhlas 3x Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”
Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.
– Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur…Jika bayi demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan, terutama sapu di muka bayi dan belakang bayi, izin Allah inshaaAllah bayi anda akan berhenti tangisannya, jika demam izin Allah akan kebah demamnya.
– Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, jika selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sendawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah, perut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.
– Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh. Jika tak sembuh cari la perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda.
– Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.
Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin…
Isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah selamat bersalin awal pagi tadi. Bergelar bapa pada ulang tahun kelahiran ke 35 hari ini, Sharnaaz berkongsi perasaan gembiranya di Instagram.
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama.
Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Gangguan hiperaktif kekurangan tumpuan (ADHD)
Gejala bertentangan dan bantahan (oppositional defiant disorder, ODD)
Conduct disorder (CD). Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama. Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda. Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten. Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.