Anak Sepupu Neelofa Termuda Positif COVID Di Brunei. Tolong Doakan Sameera!

Share

Pelakon dan pengacara popular Neelofa mendedahkan anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif jangkitan Covid-19.

Neelofa menerusi Instagram Story berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Noor Sameera Mohd Nazlee.

“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya. Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini,” tulisnya di Instagram Story sambil berkongsi paparan mesej dalam kumpulan WhatsApp keluarganya.

Sementara itu, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai baby Sameera positif Covid-19.

“Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya,” tulisnya.

Dalam perkongsian ibu Sameera itu, dia menyatakan Sameera adalah bayi paling muda POSITIF COVID-19 di Brunei. Sebelum ini tiada gejala demam atau batuk dan seorang bayi yang sihat.

Namun malangnya Sameera mendapat jangkitan ini dari salah seorang ahli keluarga mertua yang baru pulang dari luar negara.

Tolonglah bagi sesiapa yang baru pulang dari luar negara sila kuarantin dulu diri anda dan buat ujian kesihatan. Kita tidak tahu yang kita ada gejala tersebut tetapi boleh menjadi pembawa dan menyebarkan pula pada orang lain.

Sumber: Ig NoorCahaya & Metro

 

 

IKLAN