Hati ibu mana yang sanggup melihat bila anaknya berada di dalam kesakitan. Namun lebih sayu lagi bila mana anak sakit selepas makan produk-produk yang diyakini tidak bagus untuk mereka. Rasa teramat bersalah.
Perkongsian seorang ibu di akaun Tik Tok @founderarmelbirdnest ini mak ayah boleh jadikan ikhtibar. Sebaiknya, tak perlulah belikan anak-anak makanan yang tidak diyakini khasiatnya apa lagi makanan ringan yang tidak sihat.
Kisah anak ini, Izzul yang sesak nafas selepas makan jeli viral ini patut kita jadikan ikhtibar. Jika boleh elakkan!
“Masa ni tiba-tiba Izzul kena sesak nafas, semput sampai sakit dada. Nasib baik Izzul pandai control nafas sebab pandai swimming. Tapi dah semput memang tak boleh tahan dah.
“Mama terus bawa pergi klinik swasta sebab dekat dengan rumah. Doktor terus bagi Neb tapi sekejap je. Tapi nampak Izzul sangat struggle lagi ‘gasping for oxygen’.
“Nampak macam tak ada perubahan terus bawak ke Klinik Kesihatan (KK). Rupanya oksigen level dah 86. Cepat-cepat nurse dan doktor bagi pam oksigen.
“Lepas tu doktor minta terus ke HKL untuk dapatkan rawatan yang seterusnya. Terus Izzul dimasukkan ke Zon Kritikal untuk dapatkan Neb dan oksigen.
Ads
“Masa ni sayu hati tengok anak mama jadi camni. Maafkan mama.
“Doktor tanya Izzul demam ke? Mama jawab tak demam.
“Izzul ada makan apa malam tadi? Mama jawab makan nasi tapi dia ada makan Konjac Jelly tu banyak jugak dia makan.
“Doktor cakap Konjac Jelly? Tadi dah ada kes budak sesak nafas dan oksigen drop sebab makan benda tu.
“Dah banyak dah kes maut makan benda tu. Sebab ada bahan terlarang dan susah untuk dihadam. Jadi akan stuck di saluran pernafasan anak.
“Malah nurse kata dah banyak kes macam ni. Makanan yang macam marshmallow yang bentu mata tu pun tak boleh bagi anak makan. Itu pun ada kes budak sesak nafas makan benda tu,” katanya.
Ads
Bahkan kata ibu ini, dia tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa namun sekadar berkongsi kisah anaknya malah turut berterima kasih kepada doktor dan jururuwat yang membantu anaknya dikala itu.
“Bahayanya Konjac Jelly. Bukan nak jatuhkan siapa-siapa. Tapi dah banyak kes terjadi.
“Kena beringat dan pantau anak jangan makan benda ni. Apa-apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada doktor-doktor dan nurse KK Ttitiwangsa dan HKL (HTA) yang sangat professional dan ikhlas dalam menjalankan tugas.
“Perbualan dengan doktor dan nurse adalah secara verbally sahaja. Bukan disclaimer apa-apa. Cuma, kena ambil iktibar,” katanya lagi.
@founderarmelbirdnestBahayanya Konjac Jelly. bkn nk jatuhkan siapa2. tp dh byk kes terjadi. kena beringat dan pantau ank jgn mkn benda ni. Apa2 pun, sy mengucapkan terima kasih kpd doktor2 dan nurse KK Ttitiwangsa dan HKL (HTA) yg sgt professional dan ikhlas dlm menjalankan tugas. Perbualan dgn doktor dan nurse adalah secara verbally sahaja. Bukan disclaimer apa2. Cuma, kena ambil iktibar.♬ Sholawat Jibril Merdu – IFTAH QULUBANA
Ibu mana yang mampu berjauhan dengan anaknya. Lagi-lagi selepas baru sahaja habis berpantang.
Bagi pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, pengalaman pertama kalinya yang berjauhan seketika tanpa anak di sisi ternyata menguji dirinya.
Menerusi Instagram, Uyaina meluangkan masa keluar bersama dengan suami tanpa ditemani anak tersayang, Raja Urhan Raja Syahiran yang kini berusia dua bulan lebih mengakui rindukan anaknya.
Mana tidaknya, baru sahaja sampai ke restoran untuk makan, ibu cantik manis itu sudah mula teringatkan si comelnya dan gambarlah menjadi peneman setia.
“Lama tak keluar date berdua dengan Syahiran. Memandangkan @rajasyahiranmy nak outstation 2 minggu, so pantang polis kat rumah bagi pelepasan untuk keluar date berdua.
“So here’s our @burgerandlobsterklcc date yesterday. Rasa macam mula-mula date dulu pulak tapi bila sampai restoran, terus bukak phone tengok gambar Urhan. Ok tak??? Hahaha,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, penampilan Uyaina selepas berpantang dipuji ramai. Malah Uyaina dilihat makin cantik jelita selepas bergelar ibu.
Walau hanya mengenakan cardigan berona biru lembut ketika keluar berdua bersama suaminya, gaya Uyaina terlihat cukup natural dan cantik.
Ramai yang memuji penampilan ibu cantik manis ini makin berseri-seri sejak bergelar ibu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
“Rasa macam tak percaya dikurniakan zuriat ketika usia mencecah 40 tahun” begitulah luahan isteri kepada pelakon Adam Corrie Lee iaitu Puan Fazema Fuad.
Puan Fazema atau mesra dipanggil Puan Fazi mengimbau detik awal bertemu jodoh bersama Adam Corrie ketika usia mereka masing-masing 40 tahun dan 30 tahun.
“Suami diberi cahaya dan kembali Islam pada usia 39 tahun. Bertemu jodoh dengan saya ketika beliau 40 tahun dan saya 30 tahun.”
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana terlalu banyak rezeki yang dikurniakan buat mereka sekeluarga.
“Rezeki usia yang diberkati, diberikan hidayah, iman, jodoh, zuriat dan lain-lain lagi yang tak terhitung.”
Menurutnya, 10 tahun menanti zuriat akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 4 tahun yang lepas. Bagi Puan Fazi, doa serta usaha diiringi tawakal adalah kunci kesabaran yang paling utama.
“Kami dikurniakan zuriat selepas 10 tahun. Alhamdulillah”
“Cepat atau lambat sahaja. Doa, usaha & tawakal. Syukur Alhamdulillah. Nikmat apa lagi yang kami dustakan”
“Terima kasih Allah, sayang & anak mak, Fateh. Sayang hingga syurga”
Adam mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, pada 21 November 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adam Fateh Lee yang kini berusia 4 tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila nak pulang ke rumah masing-masing, macam-macam lah mak ayah kita tapaukan makanan untuk anak cucu di rumah nanti. Sama seperti Chef Selebriti, Chef Wan yang turut memberi semua stok makanan raya di rumahnya untuk anak menantu serta cucu tersayang.
Menurutnya, dia hanya tinggal seorang dan tak mampu lagi untuk menghabiskan semua makanan tersebut ditambah pula untuk menjaga kesihatan diri yang sudah tua.
“Cucu dah balik semalam hari ini nak sekolah. My bapak pulak tidur la semalam pagi ini nak balik Perlis.”
“Finally Hari Raya is over for me. 2 ke 3 hari cukup la. Bila beraya berminggu minggu ini rasa lemas.Kita pulak dah tua dan seorang.”
“Personally saya suka berpuasa didalam keadaan yang berserdehana tanpa makan berlebih lebih.”
“Sama juga menyambut Aidil fitri sehari dua bagi makan lauk2 Hari Raya cukup la.”
“After that tak boleh bau lagi rendang, ketupat, lemang mau pun kuih-kuih Raya.”
“Pandang pun naik jelak. Jika cookies banyak pun habis saya kasi-kasi kan tukang sapu sampah, security di guard house so that I am left with just 2 kinds.”
Tambahnya lagi, sebagai manusia kita tidak boleh ada sifat tamak dan takut untuk bersedekah sedangkan kita sendiri tak mampu untuk habiskan makanan tersebut.
“Itu makan 2 bulan tak habis..Sugar is bad for us….Lagi dah tua ini saya takut kena kencing manis.”
“Kita tak boleh ada sifat tamak dan gelojoh atau pun selfish. Our health is for more important then consuming too much carbo and sweets daily over the festive seasons.”
Gelagat Serina, anak sulung Chef Wan turut mencuri tumpuan kerana Serina juga sama seperti kita semua apabila ibu dan ayah suruh ‘tapau’ semua makanan bawa balik ke rumah masing-masing.
Malah mereka turut memuji Chef Wan sebagai bapa dan bapa mertua yang sangat baik hati.
❤️ you’re so kind chef.. love seeing you treat your family nicely 😇
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.