Khas untuk anak speech delay yang geli dengan pasir. Aktiviti ini untuk anak-anak anda. Apa kata cari masa untuk kita buat aktiviti messy play bersama anak? Tak kisah waktu hujung minggu atau bila-bila masa terluang.
Menurut Terapi Pertuturan & Bahasa, Puan Aishah Kassim, aktiviti ini nampak mudah tapi banyak kelebihannya untuk anak especially buat mereka yang geli dengan tekstur yang melekit, lembut dan kotor.
CARI GULI DALAM PASIR
1- Sorokkan guli ke dalam pasir (jika ada masukkan guli yang pelbagai warna)
2- Minta anak cari guli di dalam pasir dan asingkan guli mengikut warna.
3- Beri bantuan pada anak dan pegang tangan mereka sekiranya mereka geli atau takut utk memegang pasir
4- Jangan lupa beri rangsangan bahasa pada anak sbg cth “eh, mana guli’, “jom cari”, “dalam pasir”, guli biru dan lain-lain.
Ads
Antara objektif dan skills yang boleh dirangsang adalah :
☑ Merangsang deria sentuhan
☑ Kognitif skills (asingkan guli mengikut warna)
☑ Eye hand coordination
☑ Attention dan fokus
☑ Merangsang bahasa pada anak
Ads
Jadi dah ada idea untuk buat aktiviti ni pada masa terluang? Jom buat bersama-sama anak ok..
P/s: kalau anak geli sangat dengan pasir, mudahkan pencarian guli mereka dan dedahkan pasir sedikit demi sedikit pada tangan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila dah marah pada anak memang sukar untuk meredakannya. Ibu ayah yang selalu marah anak cubalah buat cara dikongsi ibu ini untuk meredakan kemarahan.
“Ha, kan dah tumpah air milo tu.Ummi kan dah cakap minum air elok-elok.Habis kotor seluar baju,melekit-lekit satu badan! “
Semua ibu bapa tidak pernah terlepas dari memarahi anak. Dengan pelbagai masalah di pejabat dan kerja yang berlambak di rumah, perangai anak-anak kadang kala membuatkan kita melepaskan segala kemarahan pada si kecil tanpa disedari.
Berikut merupakan 7 langkah yang bijak dan senang untuk mengawal kemarahan kita terhadap anak-anak.
Semoga kita semua dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak
Sekolah pertama anak-anak bermula di rumah.
“Cuba tengok kakak tu,baik je dia kn?Kenapa awk ni nakal sangat?”
“Kalau ummi buat cmni dulu,memang dah kena la dgn tok pa”
Ini antara ayat perbandingan yang kita biasa gunakan kepada anak. Anak kecil juga mempunyai hati dan perasaan. Cuma tidak mampu diluahkan.Cuba berhenti membandingkan anak-anak.Setiap anak itu unik dan istimewa.Bergembiralah dengan setiap keunikan anak-anak kita.
2. MEMBERI PELUKAN KEPADA ANAK SEERATNYA
Ibu bapa perlu bijak mengawal emosi ketika anak-anak mula buat perangai.Apabila mereka bergaduh antara satu sama lain.Tarik salah seorang dan cuba tenangkan.Peluk seeratnya.Apabila anak-anak sedang marah,mereka dalam fasa “api”. Kitalah sebagai airnya.
Minta anak-anak menarik nafas sedalamnya dan hembus perlahan-lahan.Biarkan dia tenang.
3. MENJERIT DAN MEMBEBEL HANYA AKAN MEMBURUKKAN KEADAAN
Bila anak sedang meragam, mereka tidak dapat fokus pada percakapan kita dengan baik. Menjerit-jerit dan membebel hanya menambahkan ketegangan mereka dan yang lebih teruk,mereka akan mengikut perbuatan kita.Pilihlah waktu yang sesuai untuk menegur.
4. SEJUKKAN BADAN
Jika perasaan marah sedang meluap-luap, ambil sedikit masa untuk mengasingkan diri.Cara terbaik adalah dengan mencuci muka atau mengambil wudhuk ataupun minum segelas air jika perlu.Sedikit sebanyak, air ini dapat menyejukkan ‘api’ kemarahan.
5. KENAL PASTI WAKTU ‘BERMASALAH’
Kenal pasti waktu anda kerap melenting. Rasa penat dan keadaan yang tidak terkawal sering membuatkan kita cepat marah. Oleh itu, cuba fikirkan cara untuk mengatur jadual secara efisyen agar anda dapat menguruskan waktu ‘bermasalah’ ini dengan lebih baik. Bertolak ansur dengan pasangan kunci kebahagiaan.
6. LETAK DIRI DI POSISI ANAK
Bayangkan kalau kita berada di tempat anak.Apakah yang akan kita rasa?Tengah excited nak bermain dengan ibu ayah, anak pula dimarah dan diherdik sedangkan mereka belum faham apa-apa tentang masalah di tempat kerja.
Kena sentiasa beringat bahawa anak-anak mempunyai hati yang perlu dibelai dan dijaga sebaiknya.
7. AMALKAN MENYEBUT “YA ALLAH”
Berdoalah yang baik-baik ketika kita diselubungi rasa panik, kelam-kabut, atau stress. Sekurang-kurangnya kita cepat-cepat beristighfar dan menyebut ” Ya Allah”. Ringkas,mudah dan sangat mujarab dalam meredakan api kemarahan.
Tanggungjawab ibu bapa semakin besar seiringan dengan peningkatan usia anak. Ini apa yang perlu anda fahami berkaitan perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak.
Perkembangan fizikal kanak kanak
Istilah kanak-kanak kecil atau toddler, biasanya merujuk kepada anak yang berusia lingkungan 1 hingga 5 tahun.
Malah, kebanyakan daripada kita menganggap akhir usia bagi kanak-kanak kecil adalah apabila mereka bersedia untuk beralih ke alam prasekolah.
Jika terfikir tentang kanak-kanak berusia 3 atau 4 tahun, pasti terbayang betapa aktifnya mereka menggunakan kemahiran baru, bercakap dan meneroka dunia.
Tidak dinafikan adakalanya akan timbul kekeliruan mengenai perkembangan dan aspek keperluan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Berikut antara 3 perkara asas yang perlu anda ketahui semasa membesarkan anak kecil.
Titik pencapaian dalam pendidikan awal kanak-kanak
Semakin anak membesar, kemahiran dalam diri mereka juga akan bertambah. Seperkara yang perlu anda fahami, apa yang dikongsikan di bawah bukanlah kemahiran khusus kepada anak.
Namun ia adalah untuk membantu anda mengetahui kemahiran apa yang mungkin dapat dikembangkan seorang kanak-kanak pada usia ini.
Kemahiran komunikasi
Kemahiran motor kasar
Kemahiran yang menggunakan otot besar – kaki, lengan, tubuh dan leher.
Kemahiran motor halus
Kemahiran yang menggunakan otot kecil – tangan dan jari.
Kemahiran berdikari
Antara kemahiran penting dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk mengajar anak melakukan sesuatu dengan sendiri.
Kemahiran kognitif
Melibatkan kemahiran mental seperti berfikir, belajar dan menyelesaikan masalah
Memahami perkembangan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak
Ketika bayi memasuki tahun kedua kehidupan, mereka akan lebih bebas dan mempunyai keinginan untuk meneroka segalanya yang boleh dicapai.
Kebanyakan anak kecil sudah boleh berjalan apabila mencapai usia 1 tahun 6 bulan. Si manja juga akan mula belajar bercakap, mengenal pasti dan meniru individu di sekeliling mereka serta dapat mengikuti arahan mudah.
Semua ini boleh dianggap sebagai proses pendidikan awal kanak-kanak. Semakin meningkat usia, anak anda akan belajar mengekspresi lebih banyak emosi, bercakap dalam frasa dan ayat.
Mereka akan menggemari permainan mudah, lagu dan irama, mula mempelajari mengenai warna, bentuk dan abjad. Seperti span, anak akan menyerap segalanya dan mengingatnya dengan mudah.
Namun, seperkara jangan dilupakan, anak anda masih memerlukan kuantiti tidur malam antara 10 hingga 12 jam bersama tidur siang.
Keperluan nutrisi anak
Memberi anak kecil makan adakalanya boleh mendatangkan kekecewaan. Mungkin ketika berusia 6 bulan, anda boleh menyuapkan si kecil dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan.
Namun apabila mereka semakin membesar, segalanya berubah. Anak akan lebih memilih atau cerewat dalam soal makan. Malah mereka mungkin makan dalam saiz hidangan lebih sedikit.
Usah bimbang, anda tidak keseorangan dalam hal ini, kerana keadaan itu boleh dianggap sebagai normal dan dialami oleh kebanyakan ibu bapa.
Apa yang penting, berat badan si kecil tetap bertambah dan aspek perkembangan fizikal kanak-kanak adalah normal.
Berikut antara cadangan yang boleh anda cuba untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan:
Paling utama, ketika memberi anak makan, anda perlu sentiasa memantau dan memastikan mereka duduk ketika makan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Kredit: Hello Health
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syawal sudah kini sudah dihari keempat, jemputan rumah terbuka raya diterima daripada sanak saudara dan rakan taulan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, siap sedia dari awal supaya mood anak sentiasa terjaga.
Ya, memang betul. Hanya ibu bapa yang memahami anak. Satu perihal yang sangat penting dan memberikan impak besar kepada si kecil iaitu tidur. Keperluan ini sangat mustahak untuk si kecil dan ia perlu dititikberatkan oleh ibu bapa
Perkongsian Puan Uswatun Hasanah, Kaunselor Tangisan Bayi, Baby Language ini boleh anda jadikan panduan untuk memahami bagaimana tidur memberikan impak besar kepada keseluruhan tingkah laku anak.
Bila badan manusia mengesan bahawa kita telah masuk fasa letih dan malangnya tiada usaha ke arah tidur/berehat di dapatkan segera, maka sistem kita akan memasuki fasa respon ‘fight or flight’ bila mula terlalu letih (overtired) .
Atau bahasa mudahnya fasa badan merespon bila berdepan dengan sebarang ancaman survival (untuk terus hidup, terus bergerak dan berfungsi).
Demi survival ‘terpaksa terus berjaga’ dalam kes ini, maka hormon stress seperti Cortisol akan dirembeskan. Dalam kadar yang optimum, Cortisol ini bagus untuk kita . Sebab? Cortisol pada kadar yang tertentu, membantu selaraskan perkara-perkara seperti bendalir badan dan tekanan darah. “MALANGNYA”, ia turut membuat kita segar dalam masa yang sama. Malah, kehadiran nya menghalang hormon tidur iaitu Melatonin untuk beraksi.
MAKA, ini lah punca mengapa bila kita terlalu letih, makin sukar nak terlelap. Sebagai orang dewasa, kita akan mencari jalan untuk mengatasi situasi ini. Misalnya, kita mengisi masa dengan menyibukkan diri membuat sebarang kerja.
‘Masa’ dan ‘aktiviti’ yang kita buat, membantu penyingkiran Cortisol dari sistem badan kerana Cortisol boleh di singkirkan melalui bendalir badan seperti air mata, air liur, urin dan peluh.
SAMA halnya dengan bayi dan anak kecil. BEZANYA, mereka tak pandai nak ‘sibukkan diri’. Lalu SAMA ADA, mereka jadi lagi ‘hiper’ melompat ke sana sini enggan tidur atau lagi malang mula menangis dan mengamuk lama serta menolak semua usaha untuk menidurkan mereka. Kenapa?
#1:Badannya sedang cuba singkirkan Cortisol dan ia bukan proses yang 10-15 minit boleh siap, NO.
#2: Anak ‘serabut’ sebab sistem otak dah masuk mood segar/berjaga tetapi badannya pula sangat letih.
Bantu dan benarkan anak tidur pada bila-bila masa yang dia perlu, mahu dan patut dapatkan. Jangan halang dan tangguh, atau anak akan lebih sukar di tidurkan.
Tidur di mana dan cara bagaimana itu tak penting, asalkan anak tidur. Dan, suka atau tak, hakikatnya, hidup ada anak kecil TIDAK AKAN SAMA dengan semasa bujang dahulu.
Saya masih ingat bagaimana kami (saya dan suami) akan menangguhkan aktiviti beraya untuk memberi masa anak tidur dengan ‘lebih sempurna’ di rumah bila perlu.
Juga, bagaimana sebahagian tetamu hanya dapat mengirim duit raya buat anak-anak kami kerana tak dapat berjumpa mereka yang sedang kesedapan tidur.
Selalu ingat, ibubapa yang harus ‘masuk’ ke dalam hidup anak, bukan anak yang harus ‘masuk’ ke dalam hidup ibubapa.