Walau pun anak didiagnosis mengalami speech & development delay, ibu ini tidak putus asa melatih menerusi beberapa perkara pengurusan diri, mengenali anggota badan dan barangan bilik mandi. Akhirnya perkembangannya menjadi semakin baik!

Puan Zakira Mn menceritakan tentang apa yang dilakukan kepada anak perempuannya. Maryam Safiyya telah didiagnosis mengalami mengalami speech & development delay.

Maryam telah pun melalui terapi pada Oktober 2018. Ibu ini tetap meneruskan latihan di rumah dan keadaan Maryam semakin baik. Apa yang dilakukannya sesuai untuk diaplikasikan oleh semua ibu bapa.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Sejak memahami arahan, Maryam kurang mengamuk dan baling barang.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Ajar dia hormat barang. Proses yang bukan mudah tapi berbaloi.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Maryam seorang yang kinestetik di mana dia perlu melihat, mendengar & menyentuh untuk belajar dengan berkesan. 

IKLAN

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Berikan dia rasa makanan. Kalau pahit katakan pahit & berikan dia rasa sedikit. Tidak mahu anak ada masalah untuk percaya kepada ibu bapa.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

MELATIH UNTUK BERDIKARIAnak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Ibu duduk si sebelah ajar nak buat apa, nyanyikan lagu body part supaya kenal anggota badan. Kalau bantu mesti mention yang ibu tolong. Kreatif guna lagu Baby Shark!

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Speech delay tapi bila dilatih begini, anaknya sudah pandai sebut semua anggota badan. 

IKLAN

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Galak anak sikat rambut sendiri tapi dibantu. Perlu beritahu yang ibu sedang bantu, mesti kena baut sendiri.

Sediakan juga cermin & rak untuk menguruskan diri. Beli yang sesuai dengan bajet tetapi biarkan dia pilih sendiri warna yang dia suka supaya dia seronok & ecxited.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Sudah boleh buka baju sendiri, tapi bila perlu dibantu ibu akan beritahu ibu tolong, nanti dia perlu buat sendiri.

Sebuah kekuda kecil juga dibeli supaya anak boleh masukkan sendiri baju kotor ke dalam mesin basuh.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Setiap kali lepas mandi, ajar untuk bye bye kepada semua berus gigi, ubat gigi, sabun dan semua peralatan bilik mandi.

IKLAN

Dengan itu anak belajar untuk sebut semuanya walau pun masih pelat.Turut membiarkan anak tutup suis lampu bilik air. Semuanya perlu diletakkan ke tempat lepas digunakan.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Selepas mandi, bagi peluang untuk pilih pakaian sendiri. Adakan perbualan supaya dia boleh bercakap. Pada awalnya Zakira mengakui yang Maryam hanya menunjuk ke arah baju yang diingini, lama kelamaan dia menyebut warna baju.

Anak Speech & Development Delay Semakin Baik. Caranya Ibu Latih Berdikari, Belajar Anggota Badan & Peralatan Bilik Air

Selain itu, Maryam juga telah diajar untuk melakukan perkara asas di dapur. Misalnya untuk mengambil minuman sendiri.

Sumber: Zakira Mn

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI