Anak suka bertanya soalan yang sama, walau pun sudah tahu jawapannya. Normalkah keadaan ini?
Ibu ayah jangan rimas, bersabarlah melalui fasa ini kerana ia adalah perkembangan yang baik.
Terdapat lima cara untuk mama dan papa menghadapi si manja yang banyak bertanya iaitu:
Langkah 1: Mendengar dengan baik
Ibu bapa perlulah memberikan perhatian apabila diajukan soalan. Hal ini penting kerana selain menjadikan anak berasa dihargai, perhatian yang diberikan juga adalah komunikasi dua hala yang lebih berkesan. Hanya apabila anda mendengar dengan teliti, anda akan dapat membantu si manja memahami apa yang ingin diketahuinya.
Langkah 2: Menjawab soalan yang ditanya
Selepas mendengar soalan, jawablah dengan fakta yang betul. Jangan sesekali mendongengkan jawapan atau memberikan fakta yang salah. Sebagai contoh, anak menyoal “Mama, kenapa burung terbang?”. Anda perlulah menjawab jawapan yang logik yang sesuai dengan usianya. Anda mungkin boleh menjawab “Burung terbang kerana ia ada bersayap.Burung terbang untuk cari makanan. Dia lapar agaknya tu”. Jawapan anda hendaklah tidak terlalu rumit untuk difahami si kecil.
Ads
Langkah 3: Menyuruhnya mengulangi jawapan
Minta si manja anda mengulangi jawapan tersebut sehingga dia mengingati fakta tersebut. Memanglah langkah ini mengambil masa yang agak lama. Namun hasilnya nanti anak anda akan mampu menyimpan memori tersebut dan bolehlah anda menyuruhnya mengulangi jawapan tersebut setiap kali dia bertanyakan soalan yang sama.
Langkah 4: Gambar atau objek untuk sokong fakta
Anda juga boleh mengukuhkan jawapan anda dengan menunjukkan gambar atau objek yang menyokong. Sebagai contoh, bagi membuktikan kesahihan fakta yang anda berikan mengenai burung yang terbang, bolehlah mengemukakan gambar di dalam buku dan menunjukkan bentuk sayap burung. Saat ini, anda boleh menambahkan beberapa fakta lain seperti “Adik tengok, sayap burung terdiri daripada bulu-bulu pelepah yang sangat ringan. Sebab itu bila burung mengepakkan sayap, ia boleh terbang dengan mudah.”
Ads
Langkah 5: Sabar dan positif
Bersabarlah dengan kerenah si manja dan jangan menunjukkan air muka yang anda tidak suka dengan perbuatannya. Ketahuilah pada peringkat usia tiga hingga empat tahun adalah tempoh keemasan si manja menyerap pelbagai maklumat dan informasi, membina keyakinan diri dan kepercayaannya kepada anda. Penerokaan ilmu pengetahuan akan memberikan asas kukuh pembentukan karakter insan yang cemerlang.
SI KECIL BERTANYA SOALAN YANG SAMA BERULANG KALI
Ramai kanak-kanak suka pertanyaan yang sama berulang kali. Kenapa ini berlaku dan adakah ia normal? Menurut Dr. Leon Hoffman, pengasas Pusat Kanak-kanak Pacella New York Psychoanalytic Society & Institute, kanak-kanak berbuat demikian kerana beberapa sebab. Antaranya ialah;
Ads
1)Untuk memahami perkataan
Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2 tahun sedang belajar bercakap, jadi mereka mengulangi soalan untuk menjelaskan apa yang setiap perkataan bermakna.
2)Menguatkan daya ingatan
Mendengar ibu bapa memberikan jawapan yang sama beberapa kali dapat membantu memandu konsep tersebut.
3)Sokongan emosi
Si kecil berbuat untuk mencari keselesaan. Dalam pengulangan tanya-jawab antaranya dan ibu bapa, mereka mendapat sokongan emosi. Apabila emosi stabil, mereka akan lebih gembira dan positif dalam pelbagai perkara.
Dr. Hoffman menyarankan ibu bapa agar meluangkan masa untuk menjawab seberapa banyak dan kekerapan soalan yang boleh untuk membina perkembangan tatabahasa anak, kepercayaan si kecil kepada anda dan menyokong emosinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang ni, ibu bapa lebih mudah tewas dengan anak-anak. Anak menangis kerana terjatuh sedikit terus berlari untuk dukung dan pujuk. Anak merengek kerana mahukan mainan terus dituruti segala permintaan anak. Anak mengamuk tak nak makan kerana mahukan makanan ringan terus diberi segala ‘junk food’ asalkan anak makan dan tidak berlapar.
Jawapan kepada semua situasi ini adalah biarkan saja anak anda menangis.
Tip menangani anak
1)Anak menangis kerana terjatuh
Kalau anak terjatuh, kita perhatikan saja dulu dari jauh dan jika ia tidak teruk biarkan sahaja anak tersebut walaupun dia sedang menangis. Apabila si anak mula berhenti menangis baru lah kita menghampiri dia untuk memujuk sambil menasihati bagaimana untuk mengelakkan kejadian itu dari berulang.
2)Anak merengek mahukan mainan
Anak merengek mahukan mainan setiap kali keluar berjalan? Biarkan saja. Walaupun kemungkinan besar si anak akan meraung dan bergolek di lantai seperti di tepi pantai, abaikan saja. Proses ini mungkin agak sukar untuk dihadapai oleh ibu bapa kerana khuatir dipandang pelik oleh orang keliling, namun percayalah ini antara salah satu proses terbaik untuk mendidik anak-anak.
Setelah anak mula berasa tenang, hampiri mereka dengan cara yang baik dan terangkan kenapa tidak boleh. Letakkan syarat setiap kali anda mahu belikan barang kegemaran si anak. Contohnya seperti siapkan kerja sekolah terlebih dahulu, solat 5 waktu, atau bantu kemas mainan di rumah.
3)Anak tidak mahu makan
Jika anak mengamuk tidak mahu makan kerana inginkan makanan ringan, jangan dituruti. Biarkan saja anak kelaparan pada waktu itu. Dengan cara ini anak akan lebih beringat jika dia tidak makan, dia tidak akan dapat makanan lain dan akan berlapar. Maka pada sesi makan seterusnya, si anak tidak mempunyai pilihan lain selain memakan makanan yang telah disediakan.
4)Anak menangis bila kalah sewaktu sedang bermain ‘game’ atau dengan kawan-kawan
Biarkan saja anak dengan perasaan ‘frust’ kerana kalah itu. Didik anak untuk tenangkan diri sendiri dan belajar untuk terima kekalahan. Secara tidak langsung ia menunjukkan sifat positif anak iaitu suka bersaing. Elakkan untuk didik anak sentiasa menang dalam semua perkara.
Kebaikan biarkan mereka menangis
Menangis merupakan salah satu cara komunikasi anak-anak. Masalah terjadi apabila kita salah mendidik, kerana tidak mahu si anak menangis. Segala permintaan anak dipenuhi kerana tidak tahu cara untuk mengawal mereka. Biarkan si anak menangis selagi ia tidak memudaratkan. Ini adalah kerana semakin anak itu membesar, semakin sukar untuk dikawal dan dibentuk. When No means No. Pastikan anak jelas dengan prinsip itu agar mereka hormat dengan setiap keputusan yang dibuat ibu dan ayah mereka.
“Frustration Tolerance”
Ia sangat penting sebagai persediaan emosi anak-anak untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. Didik anak untuk belajar menerima sesuatu yang diluar kawalan serta kawal perasaan ‘frust’ tersebut. Ini adalah kerana di dunia luar, tidak semua yang kita inginkan akan kita peroleh melainkan dengan usaha.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya berfikiran lebih jauh dalam mendidik anak-anak. Jangan anggap menangis itu suatu perkara yang tidak elok. Biarkan si anak belajar untuk memujuk diri sendiri agar mereka lebih matang, berdikari, dan patuh arahan.
Mana-mana anak kecil tak kan lepas memasukkan barang ke dalam mulut. Lagi-lagi kalau ada mainan di tangan. Di larang macam mana pun, si kecil semakin buat.
Selain memasukkan barang ke dalam mulut, anak akan suka dengan mainan-mainan yang berwarna terang. Biasanya yang terang itulah yang akan jadi pilihannya. Namun menurut Dr Taufiq Razif, mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam berbahaya untuk anak. Ikuti penjelasannya.
Paling bahaya adalah mainan lama yang berwarna KUNING, MERAH dan HITAM.
Kenapa?
Dr Andrew Turner daripada University of Plymouth mendapati unsur bahan kimia berbahaya paling banyak pada mainan lama yang berwarna kuning, merah dan hitam!
Mainan lama ni tinggi kandungan kimia berbahaya seperti kadmium kerana kadmium diperlukan untuk membuat mainan yang berwarna warni.
Mainan lama ni banyak unsur kimia berbahaya seperti plumbum, kadmium, selenium dan bermacam lagi dibandingkan mainan moden kerana zaman dulu kawalan untuk mainan tak seketat zaman sekarang.
Jadi hati-hati bila ziarah ke rumah orang tua atau saudara mara yang banyak barang mainan lama ye.
Jangan bagi anak masukkan ke dalam mulut terutamanya mainan lama yang berwarna kuning, merah dan juga hitam.
p/s : Mainan baru pun lebih kurang sama je. Elakkan anak kita gigit atau masukkan ke mulut selagi boleh kecuali kita yakin mainan tu selamat untuk anak kita sebab banyak kes keracunan plumbum tanpa sedar daripada mainan yang digigit ni.
Bila anak tak nak tidur, mulalah ibu pun nak jadi naga atau raksaksa hijau dah. Selagi jam tak tunjuk pukul 12 tengah malam, bukan main lincahnya anak bermain.
Sebaiknya latih anak kecil anda tidur awal bermula sewaktu usia bayi, ia jadi mudah untuk malam tidur dan siang berjaga dengan 1-3 kali nap siang ikut keperluan.
Menurut Kaunselor, Maznah Ibrahim, pattern tidur anak juga dipengaruhi oleh cara tidur ibu semasa mengandung. Jadi, usahlah marah anak tidur lewat jika kita sendiri jenis tidur lewat orangnya.
Berikut antara beberapa tip untuk pastikan anak mudah tidur yang dikongsikan Puan Maznah:
1) Biasanya, sibukkan anak-anak dengan kepenatan waktu petang melalui aktiviti fizikal, agar malam tidur awal, lepas Isya’. Matahari petang sebenarnya amat baik sebab beri / bantu rembes hormon gembira serotonin untuk manusia, elak depress. Jika Ramadan, saya selamba aja bawa anak-anak ke playground sebentar selepas kerja, dan tidak ramai orang pula. Bila penat petang, malam mudah ‘pengsan’, hehe.
Tidur selepas Isya’ juga baik untuk orang dewasa bagi bangun malam untuk ibadah sunat lain dan kerja rumah lain. Jika Ramadan, aktiviti masih boleh berjalan selagi anak minat dan ada tenaga.
2) Keynya tidur awal, untuk bangun awal. Kenapa penting bangun awal ? Sebab banyak aktiviti bermula selepas subuh, seperti ayat Al Quran, bertebaranlah kamu di muka bumi selepas solat (62:10). Sekolah juga banyaknya pagi. Malah tidur selepas subuh juga sangat tak baik untuk badan, otak dan kejayaan kerja yang melibatkan manusia lain di luar.
(Nap anak kecil 1-3 kali, ikut usia, manakala orang dewasa 1 kali untuk 27 min tidur tengahari = 33% kualiti tidur malam nanti * sumber rujukan OCOC Dr Rizal).
3) Malam tu mak teman sekali tidur si kecil. Lepas anak dah tidur kita bangun semula untuk selesaikan aktiviti rumahtangga. Anak kecil suka menurut cara orang dewasa, dan mahu ‘sama’. Jika mak ayah sahaja suruh anak tidur awal tapi mak ayah sendiri sibuk bergajet/ ber tv, (nampak belum selesai aktiviti lagi), anak juga mahu sama macam mak ayah. Jadi salah seorang mak ayah temani si anak sebentar. Anggap sedekah 1/2 jam berkualiti untuk bonding time dengan si anak, dapat selesaikan banyak isu masa yang lain.
4) Harus difahami, biasanya anak kecil ni jika bukan Ramadan pun dah biasa tidur lewat memang akan lewat lah. Maksud, ia latihan makan masa, bukan terus jadi di waktu ini anda mahu train. Kan mula dari bayi ? Jadi bagaimana nak strategi lagi.
5) Nak induce tidur awal tu, masuk awal ke tempat tidur dalam setengah jam, dan beri aktiviti santai sambil baring (atau aktiviti lain secara duduk * untuk induce body ke baring untuk tidur), terbaik ialah STORYTELLING kisah-kisah samada anda reka sendiri atau guna buku sahaja. Budak memang suka dengar cerita.. hehe.
So katakan nak dia tidur 930pm, anda dah macam ibaratnya ting ting ting announcement “masuk bilik tidur semua” (kul 9pm). Ia mula-mula mungkin akan drag masa aktiviti sebelum tidur smpai 1 hour, means pukul 10.30 pm baru semua tidur. Tapi tak mengapa, ia satu latihan masa untuk body clock baru nak dilatih.
Cuma Ramadan ni, jika si abang besar ayah handle untuk tarawih bagai, mak handle anak kecil semua tu, mak tarawihindividu sahaja selepas itu.
Pastikan bilik tidur gelap sepenuhnya dan tiada alat gajet sedang on untuk elakkan gangguan vibrasi / gelombang luar. Pasangkan alunan al-Quran. Contohsurah al-Mulk secara amat perlahan dan tak ganggu pendengaran.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.