Anak saya suka menconteng dinding di taskanya. Sebelum ini dia pernah menconteng dinding rumah dan apabila dimarahi oleh ayahnya dia tidak lagi buat kesalahan tersebut. Tapi gurunya ada mengadu dia suka menconteng dinding di taska, walaupun di tegur oleh guru dia tetap tidak endahkan dan buat seolah-olah tak dengar apa yang dilarang. Bagaimana cara untuk saya pastikan anak saya tak lagi menconteng dinding di taska kerana perbuatan tersebut bagi saya salah.

Elaina, Klang

Saya anggarkan anak Puan Elaina berada di dalam lingkungan 5 tahun ke bawah kerana situasi yang diberikan adalah di Taska. Untuk situasi ini, kita perlu kenal pasti terlebih dahulu tingkah laku menconteng ini dengan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.

Untuk awal kanak-kanak, menconteng adalah salah satu aktiviti untuk perkembangan fizikal secara menyeluruh. Ia memerlukan penguasaan otot besar dan kecil yang membabitkan kemahiran motor kasar dan halus. Jika otot besar tidak dikuasai dengan baik, maka ia memberi kesan langsung kepada otot kecil – kanak-kanak sukar dan lambat untuk menulis.

Tambahan pula, menconteng di dinding lagi banyak kebaikan berbanding menconteng di atas buku atau di bawah untuk kanak-kanak awal. Kebaikannya seperti menguatkan otot bahu dan tangan seperti yang saya katakan tadi, berupaya di dalam midline crossing, genggaman alatan menulis yang lebih baik, ruang fleksibiliti menulis yang lebih luas, menguatkan otot leher dan pergerakan tangan, kreativiti, koordinasi bilateral yang lebih baik, memahami ruang (spatial awareness) dan sebagainya.

IKLAN

Jika kita menghalang aktiviti diteruskan oleh kanak-kanak, maknanya kita menghalang perkembangan mereka berkembang dengan lebih baik. Ini adalah di peringkat mereka melalui proses perkembangan mengikut umur mereka. Maka, kenapa kita perlu haling benda yang memberi manfaat kepada tumbesaran anak-anak?

Saya faham, mungkin Puan Elaina dan guru gusarkan ialah kanak-kanak bebas menconteng di mana-mana dinding yang ada. Antara yang kita boleh lakukan untuk menggalakkan kanak-kanak menconteng ialah

IKLAN

– Memberi ruang yang khusus untuk mereka menconteng. Ruang ini boleh dilekatkan seperti kertas mahjong, cat yang senang dipadam, papat hitam (cat papat hitam yang khas) untuk menconteng.

– Sentiasa galakkan mereka jika menconteng itu sebagai satu luahan ekpsresi diri.

IKLAN

– Wujudkan komunikasi dua hala seperti bertanyakan tentang apa yang diconteng, tanya tentang bentuk, symbol dan sebagainya

– Jangan lupa untuk sentiasa memuji anak. Contengan dari pandangan mereka berbeza dengan orang dewasa. Semuanya bermakna.

– Letak peraturan jika kanak-kanak menconteng di luar kawasan yang tidak boleh diconteng, jangan marah-marah ya.

– Bersihkan sama-sama ruang contengan yang ada untuk mewujudkan rasa tanggungjawab.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI