Jika anda pernah perkenalkan anak dengan sushi pasti mereka akan menyukainya. Persoalannya adakah boleh berikan anak makan sushi secara kerap memandangkan umurnya masih lagi muda?
Sushi merupakan makanan yang sinonim dengan negara matahari terbit, Jepun. Penyediaan sushi adalah pelbagai tetapi kebiasaannya sushi terdiri daripada nasi dengan campuran cuka bersama bahan-bahan tambahan seperti makanan laut, sayur-sayuran atau buah-buahan tropika.
Ads
Kebimbangan para ibu bapa terhadap anak-anak yang menyukai sushi mungkin disebabkan oleh:
Pertama, adakah anak mereka mendapat zat makanan yang mencukupi kerana menggemari makanan selain ruji penduduk Malaysia iaitu nasi. Secara amnya, bahan-bahan sushi adalah rendah lemak, tinggi protein, karbohidrat, vitamin dan mineral. Sayur-sayuran yang terdapat di dalam sushi menyumbang kepada serat, vitamin dan mineral. Makanan laut mengandungi kebaikan omega-3 yang memberi kebaikan kepada kesihatan jantung.
Ads
Kedua, kebimbangan ibu bapa adalah kerana sesetengah bahan sushi terutamanya yang disediakan mentah boleh menjejaskan kesihatan. Majalah kekeluargaan dari negara Jepun mencadangkan supaya ibu bapa tidak memberikan makanan laut tanpa dimasak kepada kanak-kanak pada usia yang terlalu muda. Ini disebabkan oleh sistem penghadaman mereka yang masih belum matang. Ibu-ibu di negara Jepun memberi anak mereka ikan yang telah dimasak bersama makanan pelengkap lain setelah anak mereka mula makan makanan pejal. Secara amnya, mereka mencadangkan kanak-kanak yang berusia dua tahun setengah ke atas untuk mula diperkenalkan sushi yang mengandungi ikan mentah. Jika ibu bapa masih mahu menyediakan sushi ikan mentah atau sashimi di rumah kepada kanak-kanak sambil anak-anak boleh menikmati kepelbagaian tekstur dan rasa, adalah dicadangkan untuk melayurkannya terlebih dahulu di atas api.
Adakah sushi sesuai dimakan pada setiap hari?
Ads
Jawapannya tidak sesuai terutamanya kepada kanak-kanak kerana walaupun sushi rendah kandungan lemak, tetapi kebanyakan sushi adalah tinggi dengan garam dan gula yang digunakan sebagai perasa dan bahan perapan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakanan untuk bayi tidak dibenarkan untuk meletak perasa seperti garam dan ajinomoto. Garam atau ajinomoto boleh digantikan dengan beberapa jenis herba dan rempah dalam makanan bayi yang berumur satu tahu ke atas sahaja. Bagi bayi yang berumur 6 bulan pastikan tiada sebarang penambah rasa diberikan.
Puan Syida menerusi laman facebooknya berkongsi penyedap rasa yang digunakan olehnya dalam masakan untuk bayi yang berusia satu tahun.
Sy selalu dpt pm yg bertanyakan, kalau x letak garam gula and aji, mcm mana makanan nak berasa?
Okay lah. Hari nie nak share dgn korg, makanan anak rasanya tidak lah terlalu plain cuma tawar. Natural flavour dari bahan2 yg kita guna tu tetap ada.
Tp utk rasa yg lebih kick and sedap, sy memang selalunya akan add on herbs & spices dalam makanan Opa. Herbs & spices nie mmg bagus utk pencernaan (bg dgn kuantiti yg berlimit la kalau x cerry berry pulak) and boost immune.
So far Opa mmg x pernah sembelit and jarang flu atau demam selama dua tahun nie. Lupa nak cakap, sy intro most herbs and spices masa Opa 8m.
Utk sedikit rasa manis sy akan tambah sikit date concetrate atau madu (utk 1y above). Alhamdulillah Opa dah 2y.
Cuma gula, sy masih elakkan and cukup sekadar pemanis dari natural honey or date concentrate. Ok sy akan terangkan sikit2 di setiap gambar apa yg boleh dibuat dgn antara herbs & spices yg ada nie.
Tak semestinya brand nie je korg boleh guna ya. Depends la. Baca label and ikot kemampuan harga ok.
Oregano nie sedap letak dalam aglio olio. Tp mama byk tibai je letak dalam egg muffin, carbonara, murtabak telur, fritters, daging perap. Semua sedap tp jgn byk ya sbb kalau lebih boleh jadi pahit.
Kalau nak bakar ayam ke, kentang ke nak kasi warna merah2 lawa mcm alala ayam goreng mamak, korg gaul la parika nie. Rasa x pedas langsung. Sedap pon sedap. Kalau anak dah pass capsicum baru boleh guna yg nie ya.
Paling byk jasa so far. Korg kalau nak buat sauce bolognese yg bau and raaa sebijik mcm sos prego tu, wajib tabur mix herbs nie ok. Rasa and bau dia sgt sedap. Mama campak je dalam sup, dalam pasta, dalam baked potato, masak lemak pon sedap wangi je. Kalau opa x poopoo dua hari, letak nie je confirm lepas tu smooth je.
Sedap and ada sikit rasa2 masin. Kalau tgk ingt mmg xde salt. Tp rasa dia tu dah boleh menambah flavour. Kalau nak goreng2 kunyit je mama gaul lauk dgn ini lah + kunyit. Sedap bau pon bes. Selain tu mama campak je dalam apa2 yg kena guna garlic kalau malas sgt. Bagus nie superfood.
Tabur lepas pasta dah siap as garnish. Mama tabur je atas telur, atas kentang putar, atas kuah2 pasta. Sedap and wangi. Kalau jumpa yg fresh lg sedap. tp kalau xde yg nie pon ok.
Mama suka letak dalam perapan or apa2 makanan mcm sup, goreng2 sayur..rasa dia sedap and berangin.
Immume booster nie. mama guna blackpepper yg powder. Blend kering halus biji2 nie. Setiap kali nak, amik hujung sudu masukkan. Letak dalam masak blackpepper, sup, marinate, goreng gorengan pon sedap. Letak sikit je jgn byk. kang pedas anak x suka pulak.
Korg mesti selalu je jumpa apa2 pastry yg guna cinnamon kan. Sedap cinnamon nie..dia bg rasa naturally sweet tp x la manis mcm gula. Gaul dgn apple then baked, buat pie, tabur cinnamon and tambah madu pon sedap. mama masukkan dalam pancake, muffin, tabur atas french toast, or pastry. Sedap. Sweet & savoury.
Kalau buat sayur goreng tgk sayur warna pucat x menarik tu, korg boleh la titis kan sikit sesame oil nie. Bau dia alala2 chinese food. Masuk dalam bubur pon bau alala bubur mcd. Mama guna utk marinate jugak. Nnt bau semerbak. Try!
Lebih tertumpu pd masakan italy mcm pasta or pizza. Lebih kurang mix herbs je tp herbs lain ya. Sedap and wangi!
Sebenarnya banyak je makanan yang berkhasiat dari sumber yang asli untuk dijadikan kudap-kudapan untuk anak-anak. Malah makanan tersebut juga boleh melatih gigi anak menjadi lebih kuat serta mampu mengurangkan plak di gigi anak.
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa pun dah buntu kan? Jadi jom kita baca apa kata pakar tentang kebaikan timun batang dan juga lobak untuk kesihatan gigi anak-anak.
Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja?
Makanan punca sistem pertahanan badan lemah? Bolehkah makanan membuatkan kita sakit?
Berdasarkan kajian menerusi perkongsian Hello Doktor, pengambilan gula berlebihan boleh menekan sistem imun atau pertahanan badan. Maka apabila sistem kekebalan ini terganggu, ia akan cenderung membuatkan anda sakit.
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia, termasuklah anak anda.
Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat halus sebagai makanan harian, di mana ia akan diproses sebagai gula, berkemungkinan boleh mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan anak untuk melawan penyakit.
Tetapi apakah jenis makanan yang boleh melemahkan sistem imun si manja sekali gus membuatkan mereka mudah jatuh sakit?
7 jenis makanan menjejaskan sistem pertahanan badan
Diet makanan harian yang diberikan kepada anak adalah salah satu cara untuk menyokong sistem imun badan mereka.
Jadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik serta mengelakkan makanan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan mereka.
Berikut adalah senarai makanan yang tidak bagus dan perlu dielak daripada diberikan kepada anak untuk menjaga sistem kekebalan badan si manja.
Gula-gula
Kanak-kanak mana yang tidak gemarkannya? Tetapi jika anda mahu menjaga sistem imun anak, kurangkan atau sebaiknya elakkan daripada memberi mereka makan gula-gula seperti coklat dan gummies yang tinggi kandungan gula.
Berdasarkan kajian tahun 2018, gula yang diproses seperti terdapat dalam gula-gula boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan. Jumlah keradangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap sistem imun anak.
Minuman soda
Ahhhh…sedapnya kalau ‘pekena’ soda dengan tambahan ais, kan? Lagi-lagi pada waktu panas.
Pun begitu, minuman manis seperti soda adalah tinggi kandungan gula dan kalori serta tiada nutrisi. Pastinya minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk membina imuniti badan si manja.
Penyelidikan pada tahun 2011 menyokong pengambilan soda mahupun sebarang minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti.
Individu yang mengalami obesiti berisiko untuk berdepan keadaan fungsi imun yang berkurangan.
Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti kentang goreng dan kepak ayam bukanlah pilihan terbaik untuk menyokong sistem imun anak kerana kandungan lemak dan minyak yang tinggi.
Makanan bergoreng cenderung berlemak tinggi dan berminyak serta boleh menekan sistem pertahanan badan anak.
Dalam kajian 2016, diet tinggi lemak memberikan kesan negatif terhadap mikrobioma usus – bakteria yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun.
Makanan segera
Kebanyakan kanak-kanak pernah mengambil makanan segera, bahkan, mungkin ada yang mengambilnya sebagai menu makanan harian.
Ya, tidak dinafikan rasanya sedap, apatah lagi saat sedang kelaparan. Tetapi sebaiknya, elak daripada membiarkan anak terus memakan burger, kentang goreng atau sebarang menu makanan segera lain.
Ini kerana makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kanak-kanak.
Kajian mencadangkan diet yang tinggi lemak dan kalori, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imuniti badan dan juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Aiskrim
Ia berkrim, manis dan enak serta sukar untuk ditolak oleh sesiapapun terutamanya kanak-kanak. Tetapi malangnya pencuci mulut ini penuh lemak tepu dan gula yang boleh mengakibatkan keradangan.
Umumnya, aiskrim mempunyai jumlah gula sehingga 6x ganda melebihi jumlah yang anda perlukan dalam sehari.
Dan itu belum lagi ditambah dengan pilihan condiment seperti coklat tabur atau sprinkle.
Kerepek kentang
Makanan ringan ini sangat enak dimakan saat menonton televisyen, kan? Malahan, anak mungkin leka mengunyah sehingga habis sepaket.
Namun, ia bukanlah pilihan makanan harian yang baik jika anda mahu meningkatkan sistem ketahanan badan si manja.
Ia sejenis makanan yang telah diproses dan rendah nutrien. Pengambilan dalam jumlah yang tinggi boleh menjejaskan imuniti badan si kecil.
Kek, pastri & biskut
Satu lagi pilihan makanan manis yang digemari ramai kanak-kanak. Apatah lagi jika ia dihias dengan krim yang pelbagai warna.
Namun makanan seperti ini adalah makanan harian tinggi lemak, kalori dan gula serta boleh mengakibatkan keradangan serta kenaikan berat badan pada anak.
Jangan terkejut, kek, pastri dan biskut boleh memberikan ancaman 3x ganda kepada sistem pertahanan badan.
Utamakan penjagaan kesihatan
Sekiranya, anak mungkin mahukan makanan ringan seperti di atas, tawarkan pilihan makan yang lebih baik untuk membantu menjaga sistem pertahanan badan mereka.
Kawallah pengambilan makanan yang tidak sihat atau sebaiknya elakkan terus daripada memakannya.
Gantikan dengan pilihan makanan harian yang lebih sihat seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan sayuran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!