Bercakap dengan anak adalah salah satu momen yang paling menyeronokkan buat ibu bapa. Malah, percakapan yang didengarnya setiap hari akan menjadi ‘bahan rujukan’ buat si kecil. Ketika ini juga, anak suka melakukan meniru percakapan.

Anak Suka Maki Orang & Cakap Kasar, Tak Pandai Sendiri Tapi Ikut Apa Dia Dengar

Namun, ia perkara biasa yang dilakukan oleh kanak-kanak pada usia ini. Bagaimanapun, ia akan menjadi perkara yang amat dibimbangkan apabila anak-anak ini akan meniru apa sahaja yang didengarinya.

Artikel Menarik: [Jangan Tengok Anak Orang Lain. Lihat Dulu Kelebihan Anak Sendiri. Baru Kita Bangga]

Salah satu peniruan yang dilakukan ialah mengulangi kata-kata anda tanpa jemu. Malah, anak ini juga akan meniru kata-kata yang didengari tanpa mengira kata-kata itu positif atau negatif. Seterusnya anak anda mulai mengumpul dan meluahkan maklumat dalam cara kemahiran komunikasi.

Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini ingin sentiasa mencuba untuk bercakap.

Malah akan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindak balas daripada ibu bapanya.

Ikuti beberapa panduan mudah untuk anda memastikan anak ini bercakap dengan cara yang betul dan bersopan:
  1. Bebas bercakap

Memang menyeronokkan apabila anak mula bercakap. Namun jika anak anda kelihatan meniru apa yang anda ucapkan, biarkan dia berbuat demikian. Jika melarang perbuatan peniruan ini, kemungkinan akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya.

IKLAN

Anak Suka Maki Orang & Cakap Kasar, Tak Pandai Sendiri Tapi Ikut Apa Dia Dengar

Memang benar, anda tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan anda tetapi biarkan sahaja. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.

  1. Perbendaharaan kata baru

Anda sebagai ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan anak. Apa sahaja yang anda ucapkan anak akan melakukan peniruan bahasa. Oleh itu, ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda mengembangkan perbendaharaan katanya.

Berbuallah dengan anak-anak dan biarkan dia belajar bahasa baru. Malah pada usia ini juga boleh didedahkan dengan penggunaan bahasa asing seperti Arab, Inggeris dan Mandarin.

Artikel Menarik: [“Ibu Penatlah Hari-Hari Kemas”. Walaupun Tiada Niat, Jangan Mengeluh Depan Anak]

IKLAN
  1. Pengucapan yang betul

Anak anda masih sukar untuk menyebut perkataan yang baru didengarinya. Sebutan menjadi pelat untuk sesetengah perbendaharaan kata. Oleh itu, untuk memastikan sebutannya jelas dan betul, anda perlu berkomunikasi dengannya secara perlahan tetapi jelas.

Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan disebut dengan betul. Biarkan anak anda melihat pergerakaan mulut anda. Kemudian, ajarinya untuk bersama-sama menyebutnya dengan sempurna. Dengan ini, proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

  1. Bahasa negatif  

Awas jika anak-anak menyebut perkataan yang negatif. Kadang kala, si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda atau saudara mara. Situasi ini amat mengejutkan anda, sedangkan anda tidak mengungkapkan kata-kata tidak baik kepadanya.

Anak Suka Maki Orang & Cakap Kasar, Tak Pandai Sendiri Tapi Ikut Apa Dia Dengar

Ia mungkin disebabkan pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil mula meniru. Pengaruh daripada televisyen, rakan sebaya, sepupu, teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak.

IKLAN
  1. Pengucapan positif

Amat penting untuk mendidik anak supaya bercakap menggunakan bahasa yang positif. Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik (ungkapan yang kasar) dan  tidak tepat, janganlah terus memarahinya.

Anda harus menjelaskan kepadanya bahawa pengucapan itu tidak baik. Perlu juga menjelaskan maksud perkataan itu dan gantikan perkataan itu dengan perkataan yang sopan.

Artikel Menarik: [Anak Kita Dah Ada Bau Syurga, Cukup ‘Sedap’. Tak Perlu Letak Bedak]

  1. Pujian

Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai. Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yang baik, berikan tindak balas positif  misalnya memberikan pujian kepadanya. “Bagusnya anak mama. Sudah pandai mengucapkan terima kasih kepada mama.”

Anak Suka Maki Orang & Cakap Kasar, Tak Pandai Sendiri Tapi Ikut Apa Dia Dengar

Kata-kata dorongan kepada anak ini adalah untuk terus mendidiknya bersikap begitu seterusnya. Selain itu, anda juga digalakkan memberikan senyuman dan pelukan sebagai penghargaan kepada sikapnya itu.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI