Biasanya ibu bapa tak nampak kekuatan atau kelebihan lain pada anak kerana apa yang mereka nilai adalah pencapaian dari akademik semata-mata.

Malah masyarakat pun akan membandingkan antara anak dia dan anak orang lain melalui cara yang sama. Sedangkan banyak lagi kelebihan anak yang kita tak perasan.

Mungkin lima orang anak, ada lima kekuatan yang berlainan. Bagaimana kita nak pastikan ia digilap dengan baik dan anak-anak ni berjaya, ibu bapa kena main peranan.

Perkongsian dari Puan Noor Afidah Abu Bakar ini memberi panduan untuk kenal pasti kekuatan anak kita.

Ramai ayah dan ibu selalu bertanyakan bagaimana caranya untuk mengenal pasti kekuatan yang ada pada diri anak.

Jangan Tengok Anak Orang Lain. Lihat Dulu Kelebihan Anak Sendiri. Baru Kita Bangga!

Bagi anda yang sering mengikuti hantaran-hantaran saya, anda mungkin telah menghafal tentang 9 jenis Kecerdasan Pelbagai (9 Multiple Intelligence) oleh Howard Gardner, yang sering saya ulang kongsi sejak beberapa tahun yang lalu. Teori tersebut memberi panduan tentang JENIS kekuatan dan kelebihan yang mungkin dimiliki oleh anak-anak.

Bagaimanapun, terdapat 3 elemen* yang PERLU ada pada anak untuk membentuk sesuatu kekuatan.

IKLAN

1) Pencapaian (performance)
2) Bertenaga (Energy)
3) Kekerapan (High use)

Luangkan masa bersama anak anda dan perhatikan tingkahlaku dan kecenderungan anak.

Tanya diri anda 3 soalan ini:

1) Adakah saya melihat PENCAPAIAN?

Perhatikan sama ada anak berkebolehan dalam sesuatu bidang atau skil melebihi tahap usianya.

IKLAN

Adakah anak mempelajari atau menguasai skil dalam bidang tersebut dengan cepat dan mencapai kejayaan demi kejayaan dalam usahanya?

Contohnya:
Anak kecil yang lincah menggelecek bola seperti Messi ataupun anak sekolah rendah yang mahir menggunakan bahasa yang tinggi dengan susunan ayat seumpama seorang sasterawan. Ataupun mungkin anak yang mempunyai tahap sensitiviti dan empati yang tinggi melebihi seorang dewasa.

2) Adakah saya melihat TENAGA?

Kekuatan sepatutnya memberikan semangat kepada anak. Semakin anak menggunakan kekuatan yang ada pada dirinya, dia menjadi semakin bersemangat untuk terus perolehi manfaat daripadanya.

IKLAN

Adik saya memiliki bakat yang luar biasa dalam lukisan sejak kecil. Melukis memberikan semangat dan ketekunan yang luar biasa baginya. Semakin dia melukis semakin galak semangatnya untuk meneruskannya. Adakah anak anda juga begitu?

3) Adakah saya melihat KEKERAPAN?

Perhatikan apakah yang dilakukan anak ketika waktu lapangnya. Berapa kerapkah dia melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu? Adakah dia bersemangat bercerita dan berkongsi tentang aktiviti tersebut?

Kepada ibu bapa yang bertanya kepada saya, begitulah panduan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelebihan anak anda.

3 elemen tersebut perlu ada untuk sesuatu itu menjadi satu KEKUATAN. Apa yang penting adalah LUANGKAN MASA dan PERHATI.

Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

*Rujukan dan bacaan lanjut:
The Strength Switch, Dr. Lea Waters.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI