“Anak saya ada tabiat suka mengibas-ngibas tangan, bagaimana cara nak kurangkan tingkah laku ini?” Soalan ini antara yang selalu ditanya oleh ibu bapa.
Menurut Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol, bila anak mula menunjukkan tanda mengibas-ngibas tangan ini, ada beberapa tip yang boleh mengurangkan tingkah laku ini.
Antara tipnya adalah:
Beri mereka objek atau mainan untuk dipegang.
Selalunya flappy hands berlaku apabila tangan bebas daripada memegang objek atau apa-apa barang.
IKLAN
Boleh beri kereta mainan atau buku, atau permainan kegemaran mereka untuk dipegang. Sibukkan tangan mereka untuk memegang.
Tip ini saya selalu guna dan memang boleh nampak kesan berkurangan tingkah laku ini melalui pengalaman sendiri. Boleh cuba!
Ajar untuk letak tangan dalam poket.
Boleh diguna pakai juga dalam ketika kita terlupa bawa mainan atau tak mahu anak kita terlalu bergantung kepada objek atau mainan.
IKLAN
Tapi nampak macam ada style yang kurang disenangi apabila tangan masuk poket ni.
Tetapi tidak salah sekali sekala nak cuba. Kita cuba ya.
IKLAN
Ajar untuk tepuk tangan jika terasa nak flap hands.
Yang ini saya belajar masa jadi student OT di UK dulu. Tepuk tangan. Boleh cuba. Tapi kena sesuaikan dengan culture kita juga ya. Macam pelik sedikit tiba-tiba tepuk tangan. Tak salah jika mahu cuba.
Boleh guna teknik social story (visual) untuk terangkan bahawa ‘flapping your hands’ is not appropriate in public. Yang ini pun saya belajar semasa jadi OT student di UK dulu.
Teknik social story sangat digunakan secara meluas di sana. Dan it works for autistic kids yang suka kepada visual stories. Yes, boleh cuba!
Boleh share tips ini untuk membantu rakan-rakan yang mungkin menghadapi masalah ini. No harm sharing! Tapi masih perlu buat sensory assessment juga kerana setiap masalah sensory kanak-kanak adalah berbeza. Tip ini untuk idea bagi yang menghadapi masalah yang sama.
Kita paling takut anak kita terkena hujan. Bimbang anak demam, selesema dan sekaligus batuk. Air hujan sebenarnya tidak seharusnya dipersalahkan. Apa sebabnya?
Seperti jangkitan lain, demam dan selesema berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau mikroorganisma berkaitan. Mandi hujan itu sendiri bukan punca kepada anak anda sakit. Jadi kenapa anak sakit setiap kali dia mandi hujan?
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan keadaan tersebut berlaku, namun kuncinya terletak pada sistem pertahanan badan mereka.
Ada kanak kanak yang mempunyai sistem imun rendah disebabkan oleh faktor berikut:
* Sering makan makanan tidak seimbang. * Stres * Tidur tidak cukup * Tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Namun, apabila meningkat usia mereka, sistem imun kanak kanak akan menjadi kuat. Dalam proses untuk menjadi kuat, memang lazim mereka akan jatuh sakit disebabkan oleh jangkitan.
Mandi hujan lemahkan sistem pertahanan badan kanak kanak
Walaupun kini anda sudah tahu hujan tidak menyebabkan anak anda sakit, tapi ada faktor yang memudahkan penyebaran virus ketika hujan.
Cuaca sejuk sering dikaitkan dengan keadaan kondusif untuk virus selesema merebak. Oleh sebab cuaca sejuk sering mengiringi hujan, mereka yang mandi hujan mudah untuk mendapat jangkitan virus.
Kajian pada tahun 2013 oleh sebuah kolej perubatan di Amerika menunjukkan kebolehan virus rhino (virus selesema) untuk mengalami proses replikasi meningkat jika suhu badan lebih rendah daripada 37°C.
Ia turut disokong oleh satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Universiti Oulu di Finland. Subjek yang terlibat dalam kajian itu mengalami peningkatan risiko jangkitan apabila suhu dan kelembapan diturunkan selama 3 hari.
Virus influenza juga mudah untuk tersebar semasa cuaca sejuk. Kajian menunjukkan suhu ideal untuk ia tersebar adalah dalam lingkungan 5°C.
Berdasarkan kepada kajian tersebut, jelas menunjukkan mandi hujan boleh menyebabkan risiko mendapat jangkitan meningkat, namun, ia berlaku secara tidak langsung. Oleh sebab itulah anda digalakkan mandi dalam bilik air selepas mandi hujan.
Bukan untuk membersihkan air hujan tersebut tetapi untuk memastikan suhu badan anda ideal untuk melawan virus.
Jika anda mandi selepas terkena hujan, anda mesti perasan, air tersebut lebih suam berbanding dengan air hujan.
Suhu badan memainkan peranan penting bagi mengawal atur sistem keselamatan dalaman daripada ancaman mikroorganisme.
Hujan tidak menyebabkan masalah selesema dan demam seperti yang disangka. Walau bagaimanapun, ia boleh melemahkan sistem imun dan menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan virus.
Tidak salah jika anak anda nak mandi hujan. Namun, selepas itu pastikan mereka mandi semula dan kekalkan suhu dalam rumah pada tahap yang ideal.
Pernah tak ibu ada masalah anak kecil suka conteng dinding? Kadang-kadang sampai stres sebab hampir segenap ruang dinding rumah dah ada macam-macam corak.
Ibu kena faham lumrah anak dia suka teroka. Tak perlu halang tapi sediakan satu ruang untuk anak berkarya dan buat ikut kreativiti mereka. Cara ini sangat baik untuk merangsang otaknya dan meluahkan apa yang ada dalam dirinya melalui lukisan.
Perkongsian dari ibu ini, Yatie Eimra yang menyediakan ruang khas untuk anaknya menconteng serta manfaatnya boleh dijadikan panduan semua ibu.
Alhamdulillah, anak saya walaupun dia suka menconteng, tapi dia takde lak conteng dinding rumah. Mungkin sebab sejak anak setahun++ lagi saya dah sediakan dinding khas untuk dia conteng, jadi dia tak conteng tempat lain.
Seingat saya, sekali dua jer anak conteng dinding. Itu pun masa baru² nak belajar menconteng dulu. Tapi sebabkan saya gunakan dry erase marker, memang mudah jer nak bersihkan balik.
Bagi mak-mak yang ada masalah anak conteng dinding.. Bolehlah cuba buat macam saya ni..
1. Sediakan dinding/kawasan khas untuk anak conteng
2. Tampalkan dengan plastik alas meja (transparent) pada dinding. Lagi besar lagi bagus sebenarnya.
3. Gunakan dry erase marker (boleh beli kat Mr. Diy). Marker ni boleh dipadam gunakan tisu jer. Kalau anak terconteng kat dinding pun boleh padam balik (gunakan baby wipes). Yang dah lebih 24 jam pun masih boleh padam guna baby wipes tu. Tapi kalau boleh jangan biarkan lama-lama sangat pulak.
Sesetengah mak-mak memang tak benarkan langsung anak conteng dinding. Tapi saya memang galakkan lagi anak conteng dinding khas dia ni. Tak semestinya conteng pada dinding, gunakan blackboard/whiteboard yang digantung pada dinding ataupun easel melukis pun boleh. Tapi guna plastik alas meja ni cara yang paling mudah & murah.
Mak-mak tau tak, sebenarnya banyak sangat kebaikan aktiviti menconteng/menulis secara menegak. Kat bawah ni saya senaraikan antara kebaikan/kelebihannya:
Menconteng/scribbles
Menconteng adalah salah satu proses pembelajaran sebagai persediaan tubuh & otak hadapi task yang lebih sukar dikemudian hari
Kesan marah anak menconteng
❌ sebabkan anak tak dapat ekspres kreativiti diri
❌ turut membantutkan perkembangan sel bahagian visual dalam otak
❌ apabila terlalu banyak bantahan & larangan, anak kurang keyakinan, jadi takut belajar kerana takut buat silap
Kebaikan menconteng/menulis secara vertical (sahsiah diri)
✅motivate anak & merangsang proses pembesarannya
✅ anak lebih berkeyakinan, rasa bangga sebab dapat lihat hasil kreativitinya ‘dipamerkan’ apa lagi jika dipuji
✅ persekitaran yang positif – rasa ingin tahu, belajar & explore dapat bina personaliti yang sihat & karakter yang kuat
Kelebihan menconteng/melukis secara vertical (perkembangan sensori, motor & minda
?Kuatkan otot bahu & otot tangan. Boleh dilakukan dengan posisi duduk, berlutut, ataupun berdiri. Dalam masa yang sama, berlutut/berdiri juga akan kuatkan otot kaki
?Lebih besar area, lebih banyak pergerakan tangan & otot bahu = rangsang fleksibiliti dalam pergerakan
?Midline crossing – ruangan besar memerlukan kanak² melukis merentasi midline tubuh (pergerakan tangan kanan ke kiri, kiri ke kanan). Sangat mempengaruhi skill menulis nanti
?Menguatkan pergelangan tangan = dapat mengenggam pensel lebih stabil
?Mudah lihat apa yang dilukis. Tingkatkan kebolehan sel otak memproses data berkaitan visual (mempengaruhi keupayaan koordinasi mata-tangan)
?Merangsang spartial awareness – anak lebih mudah paham kedudukan kiri/kanan/atas/bawah sebab posisi yang selari tubuh anak
?Merangsang posisi kepala & pergerakan tangan yang betul ketika menconteng/menulis
?Latihan menulis bagi anak yang mempunyai isu sensori & sukar untuk duduk diam
?Penggunaan kedua belah tangan bagus untuk koordinasi bilateral & rangsang penggunaan kedua² bahagian otak. Untuk anak 4 tahun ke atas, boleh galakkan guna kedua² belah tangan dengan sebelah tangan menulis & sebelah lagi memegang kertas/stencil/pembaris.
Tip jika anak conteng ditempat tak sepatutnya
?Pastikan sediakan ruang khas untuk anak berkarya & ekspresi diri mereka
?Jangan marah sebaliknya terangkan mengapa tak boleh conteng tempat lain – buat ibu rasa sedih, penat untuk bersihkan, dsbnya. Dalam masa sama mendidik anak sifat empati
?Jika dah conteng, minta anak bantu bersihkan bersama² untuk latih rasa tanggungjawab
?Puji tiap kali anak conteng ditempat yang betul
?Join buat doodle sekali (didinding khas mereka), sebab anak mudah ikut apa yang ibubapa mereka lakukan
Stage lukisan
2-18 bulan
?garisan putus², anak conteng dengan membuat titik² atau ketuk² pensil/krayon (peringkat awal anak² lebih teruja menconteng disebabkan bunyi yang terhasil)
?contengan secara rawak
18-24 bulan
?contengan lebih terkawal – garis lurus (melintang/menegak)
?garisan bulat
>2tahun
?Mula namakan bentuk yang dilukis. Peringkat ni anak sudah mula berfikir secara kompleks.
?Imaginary stories. Bila anak dah banyak tahu kosa kata, anak akan mula bercerita/berimaginasi tentang lukisannya – merangsang pemikiran kreatif yang akan mempengaruhi keupayaan menyelesaikan masalah.
Sekali-sekala bagilah anak main kotor. Ini penting untuk anak belajar demi kebaikannya. Tapi hari ini boleh dikatakan semua ibu bapa sekarang terlalu berkira jika anak-anak nak main diluar. Sebabnya tak nak anak main kotor, mudah jatuh sakit dan macam-macam lagi.
Mengikut kajian, membenarkan anak-anak kesayangan anda untuk explore dirty atau messy play ini sangat bagus untuk perkembangannya.
Tak rugi pun, malah itulah yang sistem deria sentuhan anak kita perlukan untuk berfungsi dengan lebih baik semasa sesi persekolahan mereka kelak.
“Malas nak cuci dan bersihkan segala benda yang kotor”, kata si ibu.
Makanya..anak-anak nanti pun membesar menjadi seorang yang terlalu pembersih.
Sistem deria sentuhan tidak dapat berfungsi dengan baik, maka anak-anak menjadi sangat pembersih sehingga dikhuatiri boleh mendapat penyakit “too hygienic” seperti “Obsessive Compulsive Disorder”.
Saya pernah jumpa satu kes murid darjah 1 yang macam ni.. sejak hari pertama masuk darjah 1, smpailah sekarang nak masuk darjah 3, tidak pernah sekali pun dia guna tandas di sekolah.. bila di tanya kenapa?? “Saya jijik nak masuk tandas sekolah saya”.
Sanggup di tahannya kencing, kadang-kadang dia bawa siap-siap botol plastik dalam beg, untuk dia elak dari guna toilet di sekolah. Normal ke macam kes ni?
Itulah, kalau tanya saya. Lagi sekali saya akan cakap ini disebabkan ibu bapa yang gagal memberi pendedahan secara menyeluruh masa umurnya sedang untuk belajar dan meneroka sesuatu. Betul kebersihan itu separuh dari IMAN.
Tapi betul ke disebabkan anak-anak terlalu pembersih sehingga jijik nak bersih najis mak ayahnya sendiri yang sakit tua atau terlantar nanti??
UNTUNG kan kita membesar zaman-zaman sebelum ni. Ada peluang main teng-teng, berkaki ayam, lukis kotak teng-teng pakai jari atas tanah, main bola tak pakai kasut, main hujan, tak pakai selipar, pijak-pijak lumpur, tolong mak bakar sampah belakang rumah tanpa pakai sarung tangan, tolong mak tabur baja najis ayam atau kambing dalam pasu bunga, dan lain-lain. Bagusnya mak ayah kita dulu-dulu.️