Bermain di luar rumah bantu anak bijak dan kreatif berfikir adalah cara yang ibu bapa perlu beri perhatian. Jika anak-anak tidak terdedah kepada aktiviti outdoor, ia akan menjadi anak lebih lemah dari segi mental dan fizikal. Selagi gus menyebabkan daya keupayaan berfikir anak menjadi lemah.
Kajian daripada pendapat pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak sependapat bahawa kanak-kanak yang tidak aktif bermain di luar rumah akan mengalami kesan negatif dari segi perkembangannnya antaranya ialah tidak berkemahiran mengawal emosi, daya kreativit dan penggunaan minda kurang serta menjejaskan kemahiran motor kasar.
Apa kata ibu bapa pada hujung minggu ni, galakkan anak-anak melakukan aktiviti luar rumah. Jangan pula biarkan anak pegang gajet yang sudah diketahui umum akan menjejaskan perkembangan dirinya.
Berikut 20 cadangan aktiviti bermain diluar yang boleh dilakukan bersama anak anda. Pilih aje yang mana sesuai untuk anak anda. Yang pasti, ada aktiviti untuk anak-anak membina perkembangan dirinya secara postif.
20 AKTIVITI BERMAIN DI LUAR RUMAH
1.Berkebun
Ajak anak untuk menyediakan pasu atau bekas untuk aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran. Pastikan anda menyediakan sarung tangan sebelum anak anda mula menyentuh tanah untuk tanam pokok bunga.
2.Siram bunga
Sediakan bekas berisi air untuk anak menyiram pokok di sekitar kawasan rumah anda. Pasti dia sukakannya apabila menyiram pokok dari satu pasu bunga ke pasu bunga yang lain.
3.Meja mesra alam
Sediakan meja yang berhampiran dengan pokok kecil di halaman rumah. Di meja itu anda boleh makan bersama anak anda. Pasti si kecil berselera untuk makan dengan suasana baru ini.
4.Memetik bunga
Sediakan bakul dan bawa si kecil untuk memetik bunga di taman kecil anda halaman rumah. Bunga yang dipetik di simpan dalam bakul untuk hiasan di meja makan.
Ads
5.Melukis dengan air
Berikan satu bekas yang mengandungi air, perwarna air dan berus lukisan. Biarkan dia melukis mengikut gerak hatinya pada kertas lukisan. Dan cuaca yang panas yang mengeringkan lukisannya.
6.Berbasikal bersama
Mengayuh basikal bersamanya anda. Lakukan ia seperti perlumbaan dan anak anda sebagai juara setelah berjaya mengalahkan anda. Pasti dia akan teruja dengan aktiviti ini dan menjadi seorang yang berkeyakinan diri.
7.Kutip daun dan bunga.
Aktiviti lain yang membolehkan anda menghabiskan masa bersama anak ialah aktiviti mengutip pelbagai daun dan bunga. Setelah dikumpulkan satu tempat, bawa ke dalam rumah untuk diletakkan dalam pasu di atas meja makan.
8.Basuhan
Si kecil suka meniru perbuatan ibu bapanya. Jadi sediakan satu mangkuk yang mengandungi buih mandian (tidak memedihkan mata), dia biarkan dia membasuh anak patung atau pakaian patungnya. Sediakan mangkuk untuk dia mengeringkannya dan biarkan dia menyidai sendiri apa yang dibasuhnya tadi.
9.Buih
Anda tiup buih, si kecil akan mengejarnya ke sana sini. Pastinya dia akan melompat-lompat untuk mengejar dan mendapatkan buih itu.
10.Cari Harta karun
Ads
Sembunyikan beberapa hadiah kecil untuk menjadi ‘buruan’ si kecil. Berikan petanda-petanda di mana hadiah itu disembunyikan. Misalnya, katakan hadiah itu di sebalik pasu bunga atau di celah pokok kecil.
11.Bermain dengan tangan
Memberi pendedahan deria sentuhan menggunakan tangan. Susun mangkuk yang mengandungi nasi, jeli, tepung dan gula di halaman rumah. Tutup matanya dan pegang tangannya untuk merasai setiap jenis mangkuk.
12.Permainan bola
Ambil bola dan lontarkan ke dalam bakul. Anda juga boleh mengajaknya bermain bola sepak. Pasti si kecil seronok berlari bersama anda.
13.Istana pasir
Memang menyeronokkan dapat bermain pasir terutama sekali apabila pergi ke pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata, lakukan aktiviti membina istana pasir. Pasti si kecil teruja untuk melakukan aktiviti ini.
14.Kutip sampah
Apabila tiba hujung minggu, inilah masa untuk anda mengajak anak membersihkan rumah. Sediakan bekas plastik untuk mengutip sampah, rumput atau daun kering di sekitar rumah. Anak anda akan sedar akan tanggungjawab menjaga kebersihan halaman rumah.
Ads
Berenang
Kanak-kanak sukakkan air. Lakukan aktiviti berenang untuk mendapatkan manfaat cahaya ini. Seeloknya memakai krim pelindung cahaya matahari untuk mengelak kulit daripada mengalami kerengsaan.
16.Bermain dengan tangan
Memberi pendedahan deria sentuhan menggunakan tangan. Sediakan mangkuk yang mengandungi nasi, jeli, pasir, tepung dan gula. Tutup matanya dan pegang tangannya untuk merasai setiap jenis mangkuk.
17.Baring bersama
Aktiviti ini sesuai dilakukan awal pagi sebelum cahaya matahari memancar. Anda dan bayi duduk menghadap hadapan dan bercakaplah dengannya sambil menghirup udara pagi yang segara.
18.Melompat
Dengan tidak memakai kasut, biarkan si kecil anda melompat di atas rumput. Pastikan ia rumput yang selamat dan tidak terdapat objek tajam yang boleh mencederakan kaki si kecil.
19.Cop kaki
Sediakan surat khabar dan sapukan beberapa jenis pewarna bukan toksik yang berbeza pada tapak kaki si kecil. Biarkan anak anda berjalan di atas kertas. Pasti dia teruja apabila melihat cop kakinya ada pada surat khabar.
20.Main sembunyi-sembunyi
Anak anda akan gembira untuk mencari anak di sebalik celah rimbun pokok atau kerusi rehat di halaman rumah. Apabila dia berjaya mengesan anda, terus memeluknya untuk menunjukkan dia berjaya mencari anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap masa berlalu, video terbaru anak keempat Dato’ Seri Eizlan Yusof, Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai. Bila jarang-jarang kongsi, tahu-tahu dah besar si comel ini. Bulan April depan genaplah dua tahun usianya.
Zaelynn Rosa adalah anak kacukan Serani dan Melayu melalui perkahwinan kedua Eizlan Yusof dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berketurunan Serani.
Menerusi instagram Sasha Boudville, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan isteri Eizlan dan anak perempuannya di sebuah restoran sedang menikmati makanan.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Zaelynn yang semakin bijak dan comel serta dah mula faham arahan apabila disuruh oleh mommynya.
“Anak nakal tu,mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak kecil yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram. Justeru, perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa. 1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin 2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…”
Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi. 4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak. 5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya. Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya. Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas. 6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.” 8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul. 9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak. Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah. Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bemain ialah fitrah kanak-kanak. Menerusi bermain anak mudah faham & ingat. Manakala pengulangan pula bantu perkembangan sel otak.
Menurut Puan Noor Afidah Abu Bakar, konsultan keibubapaan dengan bermain anak 20 kali ganda lebih mudah faham. Jadi ibu bapa jangan rimas kalau anak buat perkara sama berulang kali, itu tanda sel otak sedang berhubung.
Beliau menampilkan kajian yang dilakukan oleh saintis di mana pengulangan menerusi bermain jauh lebih berkesan kepada kanak-kanak!
KANAK-KANAK BELAJAR LEBIH EFEKTIF DENGAN PENGULANGAN
Secara umumnya kita sudah pun tahu bahawa kanak-kanak belajar dengan efektif apabila sesuatu pembelajaran itu berlaku secara berulang-ulang. Contohnya
pengulangan melalui latihan
pengulangan pergerakan
berulang-ulang didedahkan kepada sesuatu informasi
berulangkali berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat.
Tingkah laku yang positif juga boleh dipupuk jika dilatih dan diamalkan secara berulang-ulang.
BANTU BINA PERHUBUNGAN NEURON DALAM OTAK
Pengulangan atau ‘repetition’ ini sangat penting untuk proses pembelajaran kerana pengulangan inilah yang membina perhubungan neuron dalam otak. Perhubungan neuron ini diperkukuhkan lagi apabila pengulangan berlaku.
DENGAN BERMAIN, TAK PERLU ULANG BANYAK KALI UNTUK INGAT
Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa BERMAIN tidak memerlukan pengulangan yang banyak bagi mewujudkan perhubungan neuron.
Ini kerana bermain itu sendiri adalah kaedah pembelajaran yang SANGAT EFEKTIF bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari pelbagai perkara melalui bermain, walaupun mereka kelihatan releks dan santai, kerana itulah tugas hakiki mereka.
PAKSA DUDUK DIAM BERTENTANG DENGAN PROSES PEMBELAJARAN
Memaksa kanak-kanak untuk duduk diam di meja pada satu jangkamasa yang lama tanpa sebarang pergerakan atau penerokaan adalah ‘counter productive’ bagi proses pembelajaran.
Ini merupakan satu penderaan intelektual kerana ia melawan fitrah semulajadi kanak-kanak.
Bandingkan 400 pengulangan dan 20.
Bezanya sungguh banyak.
Menjadi seorang ibu menyusu bukan mudah. Lebih-lebih lagi bila perlu kembali bekerja, urus rumah tangga dan dalam masa yang sama ingin pastikan si manja...