Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak. cakap baik-baik.
Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham.
NAMUN sebelum itu buat ini dulu;
Ads
1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
Ads
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.
Ads
Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyruruh dia duduk dia sorang-sorang dan fikirkan perbuatan dia.
Semasa dia duduk dia, anda janganlah berleter. Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.
Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kalau selepas menyusukan si manja, ibu ada cuba sendawakan bayi tak? Jika tidak, ini cara mudah sendawakan bayi yang boleh dicuba. Percayalah, pasti mereka takkan meragam.
Bahagian penting dalam sesi penyusuan adalah untuk membuatkan bayi sendawa.
Ini kerana ia bantu menyingkirkan sebahagian udara yang cenderung tertelan oleh bayi semasa menyusu.
Bayi yang tidak disendawakan dan menelan udara terlalu banyak sering kali akan terjeluak atau memuntahkan kembali susu.
Mereka juga sering meragam disebabkan ketidakselesaan yang dialami kesan kembung perut dan berangin.
Sebab itulah penting untuk ibu ayah mengetahui cara mudah sendawakan bayi.
Sendawa adalah penting untuk dilakukan kepada bayi tidak kira pada siang atau malam hari.
Adakalanya si manja mungkin terlelap ketika penyusuan, namun itu bukan bermakna anda tidak perlu sendawakan mereka.
Bayi yang sudah dibantu untuk bersendawa dikatakan akan mendapat tidur dengan lebih lena.
Tidak dinafikan, apabila si kecil tertidur semasa menyusu, ibu akan berasa serba salah.
Risau seandainya pergerakan ketika cuba menyendawakan bayi akan membuatkan mereka terjaga, betul tak?
Walau apa pun, ibu masih perlu mencuba cara sendawakan bayi selepas menyusu selama beberapa minit sebelum meletakkan mereka kembali ke tempat pembaringan.
Jika tidak, akan ada kemungkinan untuk mereka terjaga kerana rasa sakit disebabkan gas yang terperangkap.
Sememangnya ada bayi yang tidak bersendawa, tidak kira sama ada dengan sendiri atau melalui bantuan anda.
Seandainya, si manja berada dalam kelompok yang perlu disendawakan, ada pelbagai cara mudah sendawakan bayi yang boleh anda cuba walaupun ketika mereka sedang tidur.
Berikut beberapa petua untuk membantu anda sendawakan bayi dengan jayanya:
Terdapat 3 cara sendawakan bayi selepas menyusu yang paling asas, iaitu:
Untuk mengetahui posisi terbaik dan berkesan bagi si manja, anda perlu mencuba ketiga-tiga kedudukan ini terlebih dahulu.
Sandarkan bayi pada bahu anda.
Letakkan sebelah tangan pada bahagian punggung si kecil sebagai sokongan untuk tubuh mereka.
Kemudian, lakukan tepukan atau gosok secara perlahan di bahagian belakang tubuh mereka dengan tapak tangan sebelah lagi.
Baringkan bayi secara meniarap pada pangkuan paha anda – perut si manja berada di sebelah kaki, manakala bahagian kepalanya di bahagian kaki lain.
Angkat sikit bahagian dada dan letakkan sebelah tangan anda untuk menyokong dan memegangnya dengan selamat.
Dengan sebelah tangan yang lain, lakukan gosokan atau tepuk perlahan belakang badan bayi sehingga mereka bersendawa.
Pegang bayi seperti dalam kedudukan duduk di atas pangkuan paha anda. Bongkokkan tubuh bayi sedikit ke hadapan.
Berikan sokongan pada kepada dan dada mereka menggunakan sebelah tangan anda.
Sebelah tangan lain pula, berikan tepukan atau gosok secara perlahan belakang badan si manja.
Posisi ini hanya disarankan untuk dilakukan kepada bayi yang sudah mampu mengawal kepala mereka sendiri.
Anda boleh mendukung bayi pada bahagian dada dan biarkan muka si manja menghadap ke luar.
Pastikan sebelah tangan anda memberikan sokongan pada bahagian bawah badan mereka.
Letakkan sebelah tangan lain pada bahagian bawah perutnya untuk memberikan tekanan ringan.
Dengan cara pegangan dan latihan yang betul, tip untuk membuatkan bayi sendawa di bawah pasti boleh membuatkan mereka mengeluarkan gas:
Merupakan kedudukan yang paling mudah jika ingin membantu bayi mengeluarkan gas ketika tidur tanpa membangunkan mereka.
Letakkan mereka di bahu dan pegang bahagian bawah badan dengan selesa semasa anda menepuk atau menggosok belakang badan si manja
Jangan terlalu kuat, okay? Atau padahnya si kecil akan terjaga!
Sama seperti kedudukan di atas, cuma bezanya bayi berada pada bahagian dada anda.
Posisi ini mungkin lebih selesa jika anda sedang duduk di atas sofa.
Bayi akan membengkokkan kakinya seakan posisi katak – ia sekali gus membantu mengeluarkan lebih banyak gas.
Jika perlu, gosokan secara perlahan bahagian belakang si manja.
Dengan perlahan-lahan, letakkan bayi seperti posisi berbaring di pangkuan anda untuk membuatnya bersendawa.
Tetapi anda harus ketahui, dalam posisi ini, si manja mungkin akan lebih cenderung mengalami muntah susu.
Cara ini mungkin janggal, khususnya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa.
Tetapi cara sendawakan bayi selepas menyusu ini adalah teknik terbaik untuk bayi baru lahir atau si manja yang bersaiz kecil kerana tubuh mereka dapat muat dengan sebaiknya pada lengan anda.
Pastikan kepala bayi berada pada bahagian sudut siku. Tepuk atau gosok perlahan belakang badan si manja sehingga mereka mengeluarkan gas.
Ada sesetengah bayi tidak menelan udara dalam kuantiti yang banyak, jadi mereka mungkin tidak akan sendawa dengan kerap.
Bagi bayi lain pula, mereka mungkin mengeluarkan gas dengan sebaiknya, jadi tidak perlu bersendawa.
Sekiranya si manja anda tidak terganggu dengan masalah perut kembung atau berangin, jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mula Kehidupan berumah tangga sememangnya banyak cabarannya. Diuji dengan kesusahan pada awalnya adalah perkara biasa. Namun inilah keindahan berumah tangga. Jangan buang masa, cepat-cepatlah merancang kewangan dan paling penting beli rumah segera.
Jangan tunggu lama-lama. Menurut Perancang Kewangan, Azizul Azli Ahmad, membeli rumah di awal perkahwinan adalah wajar dilakukan. Ini tipnya!
Kehidupan di awal perkahwinan tidak selalunya indah. Kita semua bermula dengan kehidupan seperti ini (gambar).
Tetapi dari situlah bermulanya ujian untuk memulakan kehidupan baru. Dan percayalah rezeki itu pasti ada utnuk mereka yang bersabar.
Pasang impian untuk tidak selamanya susah. Selepas 5 tahun kahwin, ushakan ada rumah pertama.
Jangan juga terlalu banyak meminta, jika kemampuan suami ada batasnya. * Jangan cepat merajuk * Jangan suka membanding banding * Jangan cepat terasa hati * Jangan cepat kecewa * Jangan cepat putus asa * Jangan berhenti menabung * Jangan cepat padam impian.
Belilah Rumah Sebelum Usia 30 Tahun
Sebaik berkahwin, cepat-cepatlah buat perancangan untuk masa depan. Membeli rumah adalah langkah bijak di awal perkahwinan. Sebolehnya biarlah seawal usia, sebelum 30 tahun.
Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha. Apa nak buat?
1. Buat satu Tabung Rumah Impian kita.
2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan.
3. Nak senang, suami RM250 dan isteri RM250.
4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan.
6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja.
7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.
8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)
9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000.
10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa.
11. Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.
12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.
13. Amacam? Ada berani?
14. Oh lupa, semak rumah subsale di mudah . my
15. Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu.
16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu.
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.
Kawan kawan,
Banyak kenangan indah dicipta waktu susah bukannya waktu bahagia. Bila dah senang, janganlah menggatal dan ada impian tambah cawangan. Kita jaga keluarga kita.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu mengadu kadang-kadang rasa pelik apabila bayi menangis tanpa sebab yang jelas sedangkan baru je lepas menyusu atau tukar lampin. Nak kata kembung perut semua ok.
Mungkin bagi yang baru bergelar ibu tak tahu nak buat apa kerana tiada pengalaman cuma ada ketikanya kena percaya juga adakah gangguan luar yang menyebabkan anak jadi seperti ini.
Ustaz kongsikan ciri-ciri bayi menangis yang mengalami gangguan jin (sebelum mengesyaki bayi anda semua mengalami gangguan jin pastikan bayi tidak demam, lapar atau serta sudah dibawa ke klinik) :
1. Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi, manakala bunyi tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa.
2. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang teramat banyak *boleh menyebabkan kita panik. Bayi yang mengalami gangguan kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula.
3. Mata yang pejam ketika berhenti menangis akan bergerak-gerak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
4. Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
5. Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
6. Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin(makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
7. Ketika menangis mata bayi akan tumpu pada 1 tempat sahaja *contoh mata bayi hanya pandang syiling rumah sahaja.
8. Bayi menangis hanya di waktu tertentu, selalunya bermula asar hingga subuh.
9. Bayi menangis hingga mengalami sawan tangis, sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakkan otak & demam panas.
Di kongsikan cara merawat bayi menangis malam, ibu bapa yang mengalami masalah bayi menangis malam boleh mengamalkannya.
1. Baca surah Al Fatihah, ayat kursi, surah An-Nas, surah Al-Falaq, surah Al-Ikhlas. Hembus pada ubun-ubun bayi sebanyak 3 kali.
2. Bacakan azan di telinga kanan dan iqamah pada telinga kiri (sekali atau tiga kali)
3. Baca ayat kursi 7 kali sehingga habis tiupkan pada ubun-ubun kepala bayi, semasa membaca ayat kursi pastikan badan dan muka bayi menghadap ke bawah *posisi meniarap
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.