Juara Master Chef dan juga penyanyi terkenal, Dato’ Fazley Yaakob mengakui dia tetap mencari peluang untuk menguruskan anak-anak dan dia tidak akan melepaskan peluang tersebut.
Dia yang sentiasa sibuk dengan tugas harian dan beberapa perniagaan yang diusahakan berkongsi luahan tersebut di instagram miliknya 1jam yang lalu.
Menurutnya lagi, dia tetap akan meluangkan masa dan menjadikan aktiviti tersebut sebagai rutin walau sesibuk mana dirinya dan dia berharap suatu hari nanti anak-anaknya pula dapat berkhidmat untuknya di hari tua.
Ads
Setiap kali ada kesempatan saya tetap mandikan anak2 saya, semalam saya mandikan @elliefazley , rutin saya tetap saya untuk setiap anak, saya buat belon pakai sabun lepas tu anak2 tiup.. moga bila saya tua nanti mereka pulak mandikan saya bila saya dah tak mampu mandi sendiri
Netizen memuji sikap baik serta penyayang yang ditunjukkan oleh Dato’ Fazley dalam melayan anak-anak dan boleh dijadikan contoh terbaik buat bapa diluar sana. Ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama denganya.
Dato’ Fazley mendirikan rumah tangga 13 tahun yang lalu iaitu pada 2017 bersama Datin Azrene Soraya dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah 10, Ahmad Fieradz Shah 9, Ahmad Firudz Shah 7, dan Alayna Selma 1 tahun 7 bulan.
Home schooling adalah pembelajaran di rumah di mana ibu bapa yang memilih untuk anak belajar dirumah berbanding di sekolah. Home Schooling ada beberapa jenis sama ada ibu bapa memilih sendiri untuk menjadi guru di rumah atau mengupah tenaga pengajar di rumah.
Minggu ini, TV Pa&Ma bertajuk Home Schooling dan Dr. Iqbal sebagai hos squad ke rumah Puan Miza untuk menemubual tentang home schooling. Puan Miza berkongsi pengalaman tentang bagaimana dia menguruskan anak dalam masa yang sama membuat home schooling.
“Masa MCO memang kita buat home schooling, tapi bila dah masuk ke PKPP, kita dah tak buat sebab mereka dah mula bersekolah. Semua subjek memang kena buat home schooling dan masa tulah yang terbaik untuk saya dapat luangkan masa dengan anak-anak.”
Menurut Dr. Iqbal, “Home school ada dua jenis iaitu ada formal dan tak formal. Formal maksudnya anak-anak akan belajar subjek yang sama seperti di sekolah. Umur anak untuk home schooling bermula 1 tahun dan ke atas. Tapi cara mengajar anak-anak adalah bergantung kepada umur anak tersebut.”
Sephya mengakui dia lebih fokus apabila belajar di rumah, selain itu dia mempunyai banyak masa bersama ibunya, Puan Miza. Dia juga seronok belajar bersama-sama adiknya dan boleh turut serta mengajar adik jika diperlukan.
Tip untuk start Home Schooling;
1. Belajar kaedah mengajar dari sumber yang pelbagai mengikut kesuaian diri dan anak.
2. Dapatkan tip dari ibu bapa yang pernah membuat Home Schooling untuk membantu kita menjadi guru yang lebih baik.
3. Seimbangkan masa belajar dan bermain kanak-kanak supaya mereka tak stress.
4. Belajar mengikut minat anak-anak agar sesi pembelajaran lebih efektif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bapa merupakan pusat kesejahteraan emosi anak-anak, bapa juga adalah penjaga dan guru disiplin yang berkebolehan. Kajian menunjukkan bahawa jika ayah anak anda penyayang, menyokong, dan terlibat, dia dapat memberi sumbangan besar kepada perkembangan kognitif, bahasa, dan sosial anak anda, serta pencapaian akademik, sumber dalaman yang kuat, dan kesejahteraan diri.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah. Kajian ni juga dapati, lagi kerap kulit ayah menyentuh kulit bayi, lagi erat hubungan bayi tu dengan si ayah.
Menurut perkongsian Akif Basri di Twitternya pula, ada beberapa perkara yang memberikan kesan positif jika adanya penglibatan ayah dalam hidup anak-anak. Perkongsian ini diterjemahkan daripada buku Do Fathers Matter?
10 Fakta Tentang Pengaruh Bapa Terhadap Anak
Bapa Lebih Berpengaruh Dalam Membantu Perkembangan Bahasa Anak
Skil Sosial Yang Lebih Baik
Anak Perempuan Yang Rapat Dengan Ayah Lebih Tinggi IQnya
Sumber: Twitter Akif Basri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sebentar tadi kita dikejutkan dengan berita kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia disebabkan tercekik biji rambutan. Salam Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik.
Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz kecil boleh menyebabkan tercekik. Ini termasuklah bahan makanan, perkakasan rumah dan alat permainan.
Sebentar tadi kita baru dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dipercayai akibat tercekik gula-gula jenis jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar.
Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam kanak-kanak tersebut meminta gula-gula jenis jeli sebelum terkcekik dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Labuan.
Sebagai ibu bapa, ada beberapa langkah yang perlu kita ketahui apabila berhadapan dengan detik cemas. Ikuti artikel penuh ini.
Apakah tanda-tanda seseorang itu tercekik? Kanak-kanak mungkin akan mengalami:
-Sesak nafas secara tiba-tiba.
-Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
-Menggenggam kerongkong.
-Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan.
-Bernafas dengan cepat.
-Lubang hidung kembang-kempis setiap kali bernafas.
-Pengsan.
-Berhenti bernafas.
Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami:
-Batuk yang berterusan.
-Termengah-mengah.
-Tiada apa-apa tanda.
-Komplikasi
-Jangkitan pada paru-paru seperti radang paru-paru.
-Kerosakan otak akibat kekurangan oksigen.
-Kematian akibat radang/ bengkak paru-paru yang teruk atau kekurangan oksigen ke otak.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda tercekik? Langkah-langkah jika anak anda tercekik:
LAKUKAN:
-Tunggu sehingga mangsa batuk.
-Minta bantuan.
-Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN: -Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
-Mendongakkan kepala mangsa.
-Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.
BAGI KANAK-KANAK DEWASA
-Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
-Posisikan badan anda di belakang mereka.
-Lakukan Heimlich manouvre.
-Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR).
Langkah-langkah pencegahan:
-Jangan benarkan anak anda makan ketika bermain.
-Sediakan makanan dalam bentuk saiz kunyahan.
-Pastikan lantai, meja dan tempat mereka bermain bebas dari objek-objek yang kecil seperti butang, guli, duit syiling, pin dan manik-manik.
-Elakkan makanan yang mudah tercekik bagi kanak-kanak seperti kacang tanah, gula-gula dan bertih jagung.
-Elakkan memberi alat permainan yang mempunyai bahagian-bahagian yang kecil kepada kanak-kanak.
-Pelajari bantuan kecemasan dan langkah-langkah yang patut dilakukan jika anak anda tercekik.
Sumber: PORTAL MyHEALTH, KKM, PHM
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.