Anak suka tarik telinga, meragam ketika tumbuh gigi, doktor ini jelaskan sebabnya. Bagi anda yang mempunyai anak kecil yang sedang mengalami pertumbuhan gigi, jika diperhatikan dengan teliti, tentu akan perasan yang anak anda akan suka menarik-narik telinga mereka kan?
Anak Suka Tarik Telinga, Meragam Ketika Tumbuh Gigi, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya
Nak tahu kenapa bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik telinga mereka? Apa kaitan gigi yang mahu tumbuh dengan telinga bayi anda?
BAIK BEGINI. BAYI KECIL AKAN MULA TUMBUH GIGI SUSU SEAWAL USIA 6 BULAN. PROSES PERTUMBUHAN GIGI INI AKAN MENYEBABKAN ANAK MENGALAMI KETIDAKSELESAAN PADA BAHAGIAN GUSI MEREKA. KEADAAN INI DISEBUT SEBAGAI “TEETHING”, DAN MERUPAKAN SUATU PROSES FISIOLOGIS YANG BERSIFAT NORMAL.
Bayi yang masih kecil belum pandai mengekspresikan rasa sakit mereka mahupun memberikan respons terhadap kesakitan yang mereka alami.
Dalam keadaan tertentu, rasa sakit pada bahagian gusi yang mahu tumbuh gigi ini akan turut menyebar sehinggakan bayi merasa seolah-olah rasa sakit itu merebak sehingga ke bahagian telinga, kerana saraf di bahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf di bahagian telinga mereka.
Kerana itulah bayi cenderung untuk menarik-narik telinga mereka jika mereka mula memasuki fasa “teething” ini.
Ads
SELAIN MENARIK-NARIK TELINGA, BAYI JUGA CENDERUNG UNTUK MERABA-RABA PIPI MEREKA BAGI MEREDAKAN KETIDAKSELSAAN YANG MEREKA RASAKAN KETIKA GIGI MEREKA SEDANG TUMBUH.
‘Teether’ untuk legakan gusi. Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan situasi begini, jangan terlalu risau ya. Anda boleh membantu anak anda melalui fasa “teething” ini dengan lebih selesa dengan cara memberikan mereka “teether” yang disejukkan untuk digigit.
Jika tiada “teether”, ibu bapa boleh menggunakan kain atau tuala kecil bersih yang direndam di dalam air sejuk untuk digigit oleh mereka.
Melalui cara ini, bayi anda akan merasa lebih selesa dan mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang mereka alami.
Jika ada anak yang masih bayi tidak bermakna anda tidak boleh pergi bercuti dengan percutian bajet! Cuma sebelum pergi perlu mencari tip melancong supaya percutian menjadi kenangan manis buat anda.
Perkongsian Puan Huda Hamid yang telah bercuti ke Perth, Australia selama lima hari empat malam, memang best dan boleh dijadikan panduan.
Jom kita lihat itinerari percutian pasangan suami isteri ini bersama bayi mereka.
Ramai yang bertanya tentang itinerary bercuti di Perth dan tidak menyewa kereta untuk percutian 5 hari dan 4 malam.
Biasanya orang pergi Perth selalu sewa kereta tapi kami lagi suka pilih public transport. (Nak save budget punya pasal) ?
Last minit punya plan, seminggu dari tarikh pergi, so kami redah je.
Kami pergi Perth dari 21/8/16 – 25/8/16
(2 Dewasa & 1 bayi)
Tinggal dekat CITY WATER LODGE (Apartment)
Bajet percutian 5H 4M
1- Visa : RM20 seorang, boleh buat dekat KLIA -Balai Perlepasan (Departure Hall) KAUNTER D
2- City Water Lodge : RM 940- seorang dalam RM470. Bilik kami ade satu single bed dan satu queen bed.
3- Simcard Optus : AUD 10 = rm31 (5hari) Lepas je dari pemeriksaan kastam dekat Perth Airport, boleh terus beli dekat luar.
4- Bus / Train : AUD 28 = RM87 sorang
5- Caversham : AUD 27 = RM84 sorang
6- Kailis Fish & Chip : AUD 16.90 = rm53
7- Groceries : RM100- Masak sendiri. Sebab dekat Apartment boleh masak. ✌?️
Jumlah:- RM 845
Hari pertama ⁃ Hello Perth ! Perjalanan 5 jam lebih. Suhu around 17’Celcius- (Pergi time musim sejuk) ⁃ Dari Perth Terminal 1 nak ke Apartment (dekat Perth City/CBD) boleh naik bus nombor 380. Time naik tu boleh cakap dekat pemandu bas nak turun dekat Novotel Hotel (landmark) sebab City Water Apartment terletak belakang Hotel Novotel. Tiket bus AUD 4.60 (seorang). ⁃ Sampai apartment & check in, rehat kejap kemudian pergi jalan2 area Bell Tower. Dalam masa 12 minit jalan kaki. Check penginapan murah kat sini.
Hari kedua ( Fremantle) ⁃ Dari Apartment, Jalan kaki ke bus stop hanya 5 minit (bus stop terletak depan Hotel Novotel) ⁃ Naik bus no 111 / 103 / 158 terus ke Fremantle (bus setiap 5min sampai). Perjalanan lebih kurang dalam sejam. Tiket bas AUD 4.60 (seorang) sebab Fremantle luar dari bandar (zone 2). ⁃ Lunch dekat Kailis Fish & Chips(HALAL). Kalau sampai kat Fremantle ni memang tak sah kalau tak rasa Fish & Chips! Memang rasa segar, sebab kawasan Fremantle terletak di tepi laut. Harga Fish & Chips AUD 16.90. ⁃ Di Fremantle ada market setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Salah satu market yg paling murah & meriah untuk beli souvenir di “E Shed” dekat dengan Train Station Fremantle. ⁃ Alang2 train station dah dekat (jalan around 9minit), kami balik naik train & stop dekat Perth Station. Tiket AUD 4.60 (seorang) (zone 2). ⁃ Dari Perth Station,dekat Jamie Oliver Restaurant. Kami singgah bergambar kat depan restaurant. Then kami singgah Coles supermarket beli barang dapur untuk masak makan malam (al maklumlah, nasib baik bawak mr.chef). ⁃ Masa nak balik, jalan kaki sampai ke jalan St George Terrace & bas akan berhenti depan novotel hotel.
Gunakan kod promo ini untuk harga yang berpatutan.
Hari ketiga (Caversham Wildlife Park) ⁃ Kalau pergi Aussie,mesti nak tengok kangaroo. So, sebelum nak ke Perth ni kami dah survey tempat Wildlife Park, Caversham. Dekat sini bolehlah nak bergambar dengan haiwan ke, nak bagi kangaroo makan ke, (ikut suka anda). Ada jadual masa yang Wildlife Park sediakan. ⁃ Dari Perth Station, beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & pergi ke Midland Line, berhenti dekat Bassendean Station (perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit). ⁃ Bila turun je dari train, boleh naik bus no 955 @ 956 & cakap dekat pemandu bas, nak pergi ke Whiteman Park. Tiket boleh pakai tiket train tadi (sebab satu tiket boleh pakai dalam masa 2 jam dari tarikh beli). Jimat kannn. ⁃ Sampai Whiteman Park, dekat entrance ada satu pondok untuk call shuttle bus ke Caversham Wildlife Park (free). Nak jalan pon boleh tapi jalan around 2km. Last shuttle bus 4pm. ⁃ Enterance fee AUD 27 untuk dewasa.Buka setiap hari (kecuali krismas) dari 9pagi-5.30ptg.
⁃ Macam2 aktiviti dan show ada
1-Tangkap gambar dgn Koala
Time :9pg – 9.30pg / 11.30pg-12tghari / 2.30ptg-3ptg / 4ptg-4.30ptg
2-Farm Show tengok sheep shearing(cukur bulu kambing), susukan lembu, susukan kambing)
Time :10pg / 1ptg / 3ptg
3-Meet the Wombat & friends
Time : 11pg /2ptg / 3.45ptg
4-Penguin feeding
Time : 12tghari / 2ptg
⁃ Kalau nak makan sini,ada jual halal food tapi kena tanya. Kami prefer bawak bekal sendiri. Jimat kata mr.chef. Dekat sini ada picnic area.(jangan segan nak picnic) ⁃ Bila nak balik, naik shuttle bas sampai gate depan & tunggu bas 955 @ 956 ke Bassendean Station. Bas setiap 10minit sampai. ⁃ Sampai train station,beli tiket (zone 2) AUD 4.60 & berhenti dekat Perth Station
Hari Keempat (Watertown Brands Outlet) ⁃ Watertown Brands Outlet Centre mcm JPO, Mitsui. Tapi, harga barang murah juga. Esprit sales 50-70%, Levi’s buy 1 free 1. Memang tak boleh tahan nafsu! ⁃ Dari Apartment jalan sampai Wellington Street dalam 20 minit, then naik Yellow Cat bas (FREE) around 7 minit & berhenti betul2 depan Watertown ⁃ Dekat sini ada jual kebab Halal.
Hari kelima ⁃ Memandangkan flight kul 3.30ptg,kami checkout pukul 10pg. ⁃ Then naik bus 380 (terus ke aiport terminal 1). Bas ke airport setiap 30minit. Tiket AUD 4.60
Info & Tips
-Bus di Perth dalam bandar, bas dia PERCUMA. Kalau keluar dari bandar, kira keluar zone 2, 3, 4, baru kena bayar tambang. Kalau naik bas, sangat menyenangkan untuk sesiapa bawa stroller or pakai wheelchair. Tiket bas & Train boleh valid sampai 2 jam.So, 2 jam boleh naik turun kalau salah. Best kan?
Untuk maklumat lanjut, boleh tgk laman web Transperth. Boleh siapkan plan perjalanan nak pergi Perth. ⁃ Kalau nak senang pergi mana-mana, better beli simcard Optus. Simcard harga AUD 2 & Internet 500mb AUD 2 untuk 1 hari. Bolehlah Google Maps atau Waze. ⁃ City Water Apartment reception dia available 8 pagi – 8malam. Apartment ni memang best. Setiap hari tukar towel, toiletries, kemas bilik. Dalam apartment ada disediakan dapur, tv, pemanas badan, private bathroom, peti sejuk, iron, hair dryer. Wifi ada tp kena bayar. Sebab tu kena beli simkad. Dalam bilik ada 1 katil queen & 1 katil single. Boleh 3orang tido.Mini market 5 minit dari apartment (berhadapan novotel hotel). Apartment berhadapan Swan River. ⁃ Visa australia boleh siap terus. Tapi kalau nama sangkut, ambil masa 12jam ⁃ Nak masuk negara Australia, pastikan anda tidak membawa barang-barang yang berunsurkan tenusu(dairy), buah-buahan dan bijirin tak boleh bawa masuk. Kalau ada bawa ikan bilis ke, maggi ke, pastikan anda DECLARE!!!
Pastikan anda semua merancang perjalanan anda sebaik mungkin. ✌?️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Turun berat badan selepas bersalin, ia jarang kedengaran. Lazimnya mama-mama akan naik berat badan lepas bersalin.
Menurut aktres cantik, Amyra Rosli ia terjadi tanpa disedari. Tapi bila sedar berat turun, dia terus mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kerana bimbang masalah kesihatan. Tapi ternyata keputusan pemeriksaan tidak menunjukkan sesuatu yang buruk kecuali tekanan darah yang agak rendah yang telah dihadapinya sebelum ini. Ia berlaku ketika bulan Ramadan lalu dan kini dia bersyukur kerana beratnya telah naik ke 43kg.
Amyra sempat memberitahu, yang ajaibnya, semasa mengandungkan Anaqi, tekanan darahnya menunjukkan bacaan yang baik, tidak rendah seperti sebelumnya. Beratnya sebelum bersalin pulas ialah 58kg.
Aqeef Anaqi, 10 bulan yang sedang aktif juga salah satu ‘pembakar kalori’ buat Amyra. Walau pun tinggal dengan dengan ibu bapanya, Amyra tidak pernah menyerahkan tugas menguruskan anak dan suami kepada orang lain. Semuanya dilakukan sendiri.
Malah setiap hari dia memastikan untuk memasak sendiri sajian makan tengah hari dan malam untuk Aqeef Anaqi dan menguruskan makan pakai suami Amar Baharin. Katanya ia adalah kepuasan bila boleh melakukannya sendiri.
Kini dengan berat badan 43kg, ibu muda ini akui faktor pemakanan juga salah satu sebab berat tidak naik mencanak. Dia yang gemar makanan berkuah, sup dan dimasak secara kukus. Amyra kurang gemar makanan yang bergoreng dan minuman manis.
Aktres 27 tahun ini juga mengamalkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Ia juga salah satu sebab kenapa dia sentiasa tampak langsing walau pun sudah bergelar ibu. Senaman ringan di rumah juga dilakukan untuk menjaga kecergasan diri.
Amyra amat berterima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan Anaqi setiap kali dia perlu bekerja diluar. Anaqi juga memberikan kerjasama yang baik kerana tidak banyak meragam serta mudah diuruskan.
Bila anak dah tidur kita selalu dengar ada dengkuran dan nafas berbunyi. Kadang-kala kita rasa bunyi biasa. Tapi bila sudah terlalu kerap, kita kena bawa anak jumpa doktor pakar. Ada sebabnya.
Menurut Dr Ezairy M.Sallih, doktor telinga, hidung dan tekak, nafas bayi yang berbunyi biasanya disebabkan oleh masalah ‘Laryngomalacia’. Malah ada beberapa perkara mama papa kena ambil tahu!
Nafas bayi berbunyi : Bahaya atau tidak?
“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu.
1. ‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi.
3. Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan.
4. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Sebab berlakunya masalah ini?
2. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis.
ℹ️ Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak!
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
1. Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang)
2. Kesukaran ketika makan atau menyusu
3. Mengalami masalah berat badan
4. Kemungkinan tercekik semasa memberi makan
5. Apnea (penghentian pernafasan)
6. Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas
7. Cyanosis (menjadikan biru)
8. Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi)
9. Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
Sembuh Tanpa Rawatan
1. Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan.
2. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
❗️Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
1. Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat
2. Kelihatan biru di sekeliling bibir
3. Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya.
Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat. Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari.
Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah.
Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.