Penyusuan susu ibu adalah makanan TERBAIK untuk bayi kita dan ramai ibu telah mengetahuinya. Ia adalah fitrah seorang ibu buat anaknya. Namun belum tentu ia boleh berlangsung baik sekiranya tiada atau kurang ilmu.
Walaupun orang kata penyusuan susu ibu kena banyak berkorban masa dan tenaga tetapi demi anak dan nak berikan makanan terbaik pada si kecil seawal lahir pengorbanan ini satu jihad buat seorang wanita.
Selagi ada rezeki susu, berilah tanpa jemu pada anak kita kerana masih ada lagi ibu yang tidak berpeluang menyusukan bayi kerana masalah tertentu.
INILAH PENYUSUAN SUSU IBU
1) Persiapan dan menjalani perjalanan penyusuan susu ibu itu lebih sukar berbanding persiapan sepanjang kehamilan
2) Ia adalah “kerja sepenuh masa” tiada part time or some time. FULL TIME!
Tiada lagi jadual perahan, tiada lagi sendawakan bayi. Tiada lagi mencari bilik penyusuan apa lagi anak yang “clingy”. Semua sudah berakhir!
Ia sebuah “ikatan” yang tidak dapat diberi oleh sebarang botol dan puting tiruan apatah lagi susu rumusan
Bertahanlah wahai ibu, sebentar saja lagi ia akan berakhir dan akhirilah dengan kemenangan dan kegembiraan kerana ia berbaloi!
Sumber: Dr Nurhaya Yacob
Penyusuan susu ibu adalah “pengorbanan” ibu bukti cinta tanpa syarat. Crack nipple dah mengigil badan pun mereka hadapkan juga
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi demam panas. Ibu bapa mana yang tidak bimbang apabila si anak mengalami demam panas. Apatah lagi, ia berlaku di tengah malam dan klinik pula sudah tutup!
Melihatkan wajah si anak yang selalu gembira, kini jadi monyok dan tak lalu makan, sudah pasti anda dan suami tak tenang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Demam bukan penyakit, melainkan tanda sistem pertahanan tubuhnya sedang aktif bekerja. Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Mengapa bayi demam panas?
Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa bayi demam panas, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuklah:
panaOleh itu, ibu bapa hendaklah prihatin dengan tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan bayi anda diserang demam panas:
1.Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’).
Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.
Merawat Bayi Demam Panas
Tip Ekstra!
Sumber: www.wom.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan anak sebagai pelengkap rumah tangga. Namun apabila Allah uji di peringkat awalnya pasti ia sedikit terkesan apatah lagi kandungan itu adalah yang pertama.
Pengalaman menghadapi keguguran itu akan diingati sampai bila-bila. Berkongsi mengenai kisah tersebut, Nurul Aqmar Mohd Ismail, 29, menceritakan bagaimana dia terpaksa berdepan situasi terpaksa berpantang seperti selepas bersalin tetapi tiada bayi.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan di media sosial, wanita yang menetap di Semenyih, Selangor ini, menceritakan pengalamannya sewaktu tempoh kehamilan yang dianggap sangat mudah dan tidak bermasalah.
Berkongsi perasaan itu kepada Mstar sebelum ini, rezekinya dapat mengandung masa Ramadan 2020. Saya puasa sebulan sebab mampu buat penuh. Ada je orang sekeliling nasihatkan saya masa tu, tak galakkan saya puasa sebab kandungan masih baru dan perlukan banyak khasiat untuk perkembangan bayi.
Wanita ini yakin untuk berpuasa kerana tidak memiliki simptom seperti kebiasaan ibu mengandung.
“Tapi saya rasa larat je jadi saya teruskan saja berpuasa. Lagi buat saya yakin nak puasa sebab tak ada morning sickness, tak ada rasa mual-mual, makan pun berselera je.
“Bila saya tak ada semua simptom tu saya ingat itu satu perkara baik, tapi rupanya tidak. Selepas keguguran baru saya tahu rupanya kandungan dan baby mungkin tak kuat dan tak sihat sebab tu saya tak alami semua simptom tu,” ujarnya.
Wanita yang mesra disapa Aqmar ini berkata dia kehilangan cahaya mata yang pertama itu ketika kandungan memasuki usia empat ke lima bulan.
Keluar setitik cecair seakan darah
Usahawan itu memberitahu, masalah mula timbul apabila dia pulang ke kampung di Ipoh, Perak untuk meraikan Aidiladha tetapi memutuskan untuk tidak memberitahu suaminya kerana tidak mahu lelaki itu bimbang.
“Masa tu suami tak dapat cuti raya. Jadi saya ikut mak ayah balik kampung beraya. Elok sampai dekat rumah opah, saya perasan macam ada setitik cecair seakan-akan darah tapi saya cuma abaikan saja. Lagipun cuma setitik kecil sahaja.
“Suami masa tu tak ada bersama. Bila jadi macam tu saya tak tahu macam mana nak beritahu dia. Saya tak nak dia bimbang. Sudahlah dia jauh, tengah kerja pula.
“Saya abaikan je pasal setitis darah tu dan sambut je raya macam biasa dengan keluarga dekat kampung. Memang tak ada rasa sak1t atau rasa pelik lepas darah menitik tu dan tak ada masalah lain pun,” ujar Aqmar.
Hampir 2 minggu bayi meninggal dalam perut
Menurut wanita ini, perkara tersebut dibiarkan berlarutan sehingga dia pulang semula ke rumahnya di Semenyih dan ketika itulah dia memberitahu suami, Muhifuddin Mansur, 31, tentang perkara yang dianggap tidak serius itu.
Pasangan ini kemudian pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan kepastian tentang apa yang berlaku dan tidak menyangka ia menjadi suatu titik hitam yang mengubah kehidupan mereka selepas itu.
“Lepas saya cerita, suami saya nak pengsan dengar. Terus esok tu dia bawa saya pergi ke klinik. Bila doktor buat pemeriksaan, dia cakap dah tak ada degupan jantung. Lagi sedih bila doktor maklumkan baby dah mengecut.
“Maksudnya bayi saya mungkin dah meninggal dalam kandungan lebih kurang dua minggu cuma saya je yang tak perasan dengan keadaan tu. Rupanya saya dah dua minggu kendong bayi yang dah meninggal.
“Hati saya luluh dengan apa yang doktor sampaikan. Masa tu saya harap sangat dapat tahu lebih awal dan lebih bersedia, jadi saya boleh ucap selamat tinggal dekat baby. Saya juga nak cakap terima kasih dekat dia sebab bagi peluang saya ‘merasa’ bawa dia dalam perut saya,” ujar wanita itu.
Dalam pada itu, kehilangan bayi ini tidak hanya memberi kesan terhadap dirinya yang asyik menyalahkan diri sendiri, malah suaminya turut bersedih.
Namun di sebalik ujian getir yang dilalui, Aqmar bersyukur kerana masih dikelilingi keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat dan sokongan kepadanya sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 12 Oktober 2019.
“Saya bersedih agak lama selepas alami keguguran tu. Rasa badan saya khianati diri saya. Saya banyak salahkan diri sebab tak jaga kandungan betul-betul.
“Keluarga suruh suami jaga saya betul-betul sebab risau dengan kesihatan mental lepas keguguran tu. Semua orang cuma risaukan tentang saya sebab terpaksa berpantang tanpa anak, tapi tak ada siapa tanya suami saya OK ke tak masa tu.
“Ada satu malam tu, suami bawa makanan ke bilik sebab saya tak rasa nak keluar makan. Masa tengah makan sambil berborak dengan suami, tiba-tiba dia menangis tanpa henti.
“Sedangkan masa tu kami tengah cakap pasal topik lain. Saya rasa dia dah pendam lama kesedihannya tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab terpaksa tunjuk kuat depan saya. Masa tu baru sedar apa yang saya alami ni, suami alami juga,” tambah Aqmar.
Ujian berat ini cukup memberi impak yang mendalam kepada pasangan ini namun pepatah ada mengatakan selepas hujan pasti akan muncul pelangi kerana rezeki tetap ada untuk setiap hamba-Nya.
Jelas Aqmar, dia telah diberi peluang lagi sekali untuk hamil pada Januari 2021 setelah mendapatkan nasihat doktor dan bayi perempuan telah selamat dilahirkan walaupun dia terpaksa mengalami ‘morning sickness’.
Wanita ini bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengandung buat kali kedua.
“Terasa macam dunia ni ada warna kembali. Doa kami yang tak putus-putus tu dah didengari Allah. Saya dapat peluang lagi sekali untuk mengandung. Kali ni saya happy bila kena morning sickness teruk sebab saya tahu maksudnya bayi saya sihat.
“Saya diberi peluang lagi sekali selepas keguguran. Sebab tu orang panggil bayi yang dilahirkan selepas keguguran sebagai ‘rainbow baby’. Memang terasa seperti diberi sinar baharu selepas peristiwa hitam tu,” katanya.
Kredit: TikTok aqmarism & Mstar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kerap tak sihat mungkin boleh jadi punca daripada pemakanan. Sebab itu bila anak sakit, ibu bapa kena periksa jenis makanan apa yang selalu anak makan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan, bila anak sakit, terutama yang berkaitan dengan saluran pernafasan, ini sepatutnya ibu bapa kena perhatikan.
Biasanya bila anak sakit, saya akan cuba elak sebolehnya makanan yang akan perbanyakkan kahak.
Bila anak batuk atau selsema, saya suka buat sup atau singgang, yang mana kuantiti bawang putih dan halia saya lebihkan dari biasa.
Jika ada ibu ayah yang bawa anak mereka ke klinik, juga saya akan berikan maklumat makanan apa yang perlu dihentikan sementara dan makanan apa yang perlu diperbanyakkan untuk proses penyembuhan dengan lebih cepat.
Ada juga yang datang ke klinik, hanya dengan sebab berkahak tapi tiada batuk mahupun selsema. Bila diambil sejarah pemakanan secara ringkas, mereka memang ambil makanan penggalak kahak secara harian.
Tidak lupa juga untuk saya ingatkan ibu ayah yang ada anak yang diuji dengan asma, elakkan terus makanan penggalak kahak jika mampu. InsyaAllah asma akan jarang-jarang sekali nak dekat dengan anak.
Makanan, tidak dipanggil ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.