Menjadi kebiasaan bila lahirnya adik yang baru, kakak atau abang paling sulung menjadi harapan ibu dan ayah. Kadang sampai kita lupa mereka juga ada yang masih kecil dan perlukan perhatian.

Tapi demi tanggungjawab yang diberikan secara tidak sengaja, si sulung bagaikan reda dan akur dengan apa sahaja yang berlaku. Terpaksa berkorban, mengalah, banyak memberi itu bagaikan sifat semulajadi yang hadir tanpa disuruh.

Kadang ibu ayah mungkin terlupa bukan sengaja tapi sesekali pandanglah mereka, jaga emosi mereka. peluk dan ucaplah kata-kata sayang untuk mereka. Pasti apa yang dibuat oleh kakak atau abang sulung terasa terbalas dan dihargai.

Seperti perkongsian oleh seorang ibu Rose Farra tentang anak sulungnya. Cukup menyentuh hati bagai terkena batang hidung penulis sendiri. Moga bermanfaat untuk semua.

Anak Sulung Banyak Berkorban, Selalu Mengalah. Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka!

Terima kasih Sofia!

” Ummi minta maaf tau, time kasih Sofia jaga adik, ummi hargai sangat. ”

Setiap kali tidur malam mesti yang ni saya bagitau anak yang sulong. Susah payah dia jaga sambil tengok kartun pun mata tu kena pantau adik dia.

Sambil makan pinggan sendiri pun adik minta makanan minta di suapkan. Nganga lah si adik. Walaupun suapan yang mungkin akan comot.

Bila nak mandi sendiri pun adik juga minta bukakan baju dan pampers. Walaupun dia tak mampu nak angkat berat nya si adik.

IKLAN

Lagi susah bila mainan di sepahkan adik, terpaksa akur kutip tunduk satu satu ambil simpan di tempat nya. Walau pun adik yang buat akhirnya dia di marahi.

Bila nak tidur malam ummi asyik menyusu adik saja, sampai lupa nak peluk akhirnya tertidur sendirian.

Bila tengah tidur enak si adik pulak menangis, terpaksa akur turut bangun juga sekali. Yela suara adik menangis satu rumah pun dengar.

Anak Sulung Banyak Berkorban, Selalu Mengalah. Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka!

Sulung banyak memberi tapi kita banyak memarahi

Begitulah.
Kadang kala kita lupa yang sulong lebih banyak memberi tetapi kita lebih banyak memarahi.

IKLAN

Bila tengok balik cara si sulong nasihat kan adik pun dah sama gaya mak mak potpet. Sebab terikut sama cara kita marahkan dia.

Bila di tanya “kakak tak sayang kan adik ke? ”
lalu jawap lah si dia ” tak! ”

Dah soalan kita tanya pun dah tau jawapan nya.
Tukar lah cara kita tanya kakak kan sayangkan adik. Kakak kan jaga adik baik baik. Peluk lah adik jangan di pukul.

Saya rasa perlu saya tanam dalam hatinya, marah boleh tapi sebab sayang. Peluklah adik, mungkin adik juga tidak mengerti tetapi tahu kakak sayang kan dia melalui pelukan.

Ada kalanya kita letih sebagai ibu ayah dalam mendidik, tapi ingat lah setiap detik Allah rasa kan tangggungjawab lepas lahirnya si sulong kedunia.

Dialah menjadikan ibu dan ayah buat pertama kali

IKLAN

Dialah yang menceriakan hari kita,
Dialah yang menutup mulut orang bertanya bila nak ada anak,
Dialah yang menjadikan kita ibu dan ayah buat pertama kali,
Dan
Dialah biasa kita paling marahi.

Anak Sulung Banyak Berkorban, Selalu Mengalah. Mak Ayah Jagalah Emosi Mereka!

Walaupun kita salah erti akan maksudnya, perkataan nya dan kurang faham.

Ketahuilah kita hanya memarahi anak-anak syurga.

Moga kita di beri kefahaman dalam mendidik anak-anak yang bakal bawa kita ke syurga.

Jemput #kongsi jika bermanfaat.

Ikhlas ibu mu,
Rose Farra

#SRFW
#InspirasiSRFW

Sumber: Rose Farra

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI