Setiap pasangan suami isteri pastinya mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia sampai ke syurga.
Setiap kali sambutan ulang tahun perkahwinan, diraikan dengan penuh kesyukuran dan mengharapkan agar jodoh terus dilimpahi kebahagiaan.
Bagi pasangan suami isteri yang baharu mendirikan rumah tangga, sepatutnya mempelajari pelbagai tip dan panduan daripada pasangan suami isteri senior yang kekal bahagia melayari perkahwinan lebih daripada 10 tahun.
Pelakon senior Fauzi Nawawi baru-baru ini berkongsi ucapan untuk isteri tercinta aktres Lisdawati sempena sambutan ulang tahun ke-15 perkahwinan mereka pada 9 September lalu.
Sebagai pasangan suami isteri yang sama-sama mencari rezeki dalam industri hiburan sudah tentu ada banyak dugaan dan cabaran yang perlu diharungi untuk sampai ke tahap ini.
Coretan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya itu boleh dijadikan panduan kepada pasangan suami isteri lain terutama yang baharu melayari bahtera rumah tangga.
Antara yang ditekankan oleh Fauzi iaitu kebahagiaan hidup sebagai suami isteri yang dibina tak perlu terlalu dikongsi.
Ads
“09-09-2007. Tarikh Aku terima nikah. Semalam masuk tahun ke-15 kami bersama dalam macam-macam situasi suka duka dan bahagia.
“Kebahagiaan tak perlu dikongsikan kerana tak semua orang suka kita bahagia. Derita dan kesusahan tak perlu diceritakan kerana akan bertambahlah penderitaan.
“Di zaman ini tak perlu kita beritahu apa yang kita ada dan apa yang kita miliki,” tulisnya.
Pelakon filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ini pada masa yang sama memilih untuk menjalani kehidupan berkeluarga secara sederhana sahaja.
“Hidup biasa-biasa sudah, yang penting pasangan kita bahagia dan memahami. Sorry sweetheart @lisdawati15, tak sempat nk ucap apa-apa dan hadiah kan apa-apa.
“Jadual masing-masing tak mengizinkan untuk spent time sama. InsyaAllah semoga hubungan ini sentiasa Allah berkati. Luv u sayangku @lisdawati15 take a good care,” tulisnya lagi.
Ads
Fauzi Nawawi mempunyai lapan orang cahayamata iaitu empat orang daripada perkahwinan terdahulu dan empat orang lagi bersama Lisdawati.
Ramai yang menganggap suami yang sweet bila bawa isteri jalan-jalan, belikan hadiah yang mahal-mahal dan selalu buatkan surprise. Tapi definisi sebenar bagi pasangan yang sweet bila saling mengingatkan tentang akhirat.
Ustaz Azhar Idrus (uaioriganal) telah berkongsi satu perkongsian menarik daripada Ustaz Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari tentang “Sweet yang sebenar bagi pasangan” di laman instagramnya.
Isteri Yang Solehah “Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga.
Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah.
“Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.”
“Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.”
Kerja memang tak akan pernah habis! Bergelar seorang isteri, ibu, pekerja memerlukan komitmen yang bukan sedikit tetapi boleh dikatakan ada sahaja perkara yang perlu dibuat dan diselesaikan selagi tak tidur.
Itulah sebabnya seorang ibu tidak boleh kejar kesempurnaan tetapi cukuplah buatkan seisi keluarga rasa selesa dan diri sendiri pun tak sengsara. Jangan sebabkan nak baut yang terbaik, diri ibu yang sakit.
Tak salah untuk buat sikit-sikit tetapi tanggungjawab itu dapat diselesaikan. Kadang isteri dan ibu ni bukan robot. Kita pun tetap perlukan rehat dan masa untuk diri sendiri. Sebab itulah pasangan juga harus memahami dan saling menolong apa yang patut.
Untuk wanita bergelar ibu, mama, umi, mommy, bonda atau apa saja panggilan anak-anak untuk anda, ini yang harus anda faham dan cubalah let go perasaan tu demi kebaikan diri sendiri ya!
It’s OK Mommy…
It’s OK Mommy untuk take a break dari melayan anak bermain dan memintanya bermain sendiri pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari memasak dan memberi anak makan apa saja yang ada di rumah, asalkan kenyang pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari sesi pengajaran akademik dan membiar anak menonton kartun dari ipadnya pada hari ini.
It’s Ok Mommy untuk take a break dari mengemas dan mencuci lalu bergolek saja senang hati layan YouTube pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari mengurus rumah dan anak-anak untuk melepak sebentar bersama kawan-kawan pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari tidurkan anak on time demi layankan movie best di Netflix pada hari ini.
It’s OK Mommy untuk take a break dari habit pantang nampak makanan kegemaran anak di kedai pasti nak belikan dan beli saja apa anda mahu untuk diri sendiri pada hari ini.
Tidak ada sesiapa yang akan berikan ibu cuti jika bukan ibu sendiri. Tidak ada sesiapa, TERMASUK anak- anak, boleh buat ibu gembira jika bukan ibu sendiri.
Tidak ada anak yang gembira memiliki ibu yang tak hidup dengan gembira. Pemandangan indah yang terpampang di depan mata hanya MAMPU DI NIKMATI ANDAI KITA MEMILIH UNTUK BERHENTI SEKETIKA.
Maka ibu belajarlah untuk berhenti seketika. Kerana…Urusan hidup dan tanggungjawab tidak akan pernah selesai sama ada ibu pilih untuk take a break atau tidak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Besar nanti jadi anak soleh ya sayang,” ungkapan sering diucapkan kebanyakan ibu bapa kepada anak. Namun bagaimana caranya untuk menjadikan anak itu sebagai anak yang soleh dan solehah?
Anak soleh bermula daripada didikan
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak yang soleh, mendengar kata dan bijak. Tetapi bagaimana sebenarnya cara yang terbaik untuk menjadikan si kecil membesar menjadi anak soleh? Adakah ia sukar untuk dilakukan?
Sebenarnya, untuk menjadikan anak membesar sebagai insan yang soleh dan solehah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Ini kerana ia bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Dalam erti kata yang mudah, jika ibu bapa mendidik anak dengan cara yang betul dan terbaik, maka impian memperolehi anak soleh dan mendengar kata, pastinya akan dapat dicapai. Tetapi bagaimana?
Mengalas tanggungjawab sebagai ibu bapa memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Dalam masa yang sama tanggungjawab tersebut perlu dilengkapi dengan perasaan kasih sayang.
Kaedah mendidik anak
Bagaimana yang dikatakan sebagai cara didikan yang betul dan terbaik agar si manja membesar menjadi anak soleh? Penulis akui, setiap ibu bapa mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza dalam mendidik anak.
Walau bagaimanapun, berikut adalah antara beberapa kesilapan yang tanpa disedari dilakukan oleh kebanyakan individu bergelar ibu bapa:
Penggunaan bahasa yang kasar
Anda pasti pernah berada dalam situasi di mana seorang ibu memarahi anaknya di depan khalayak umum, bukan? Ataupun pernah tak anda mendengar jiran anda menjerit dan menggunakan bahasa yang kasar kepada anaknya?
Apakah perasaan anda tatkala mendengar jeritan, maki hamun dan amarah seorang ibu kepada anaknya? Mungkin anda berasakan itu adalah cara si ibu melepaskan tekanannya akibat sikap si anak.
Tetapi sebenarnya perbuatan seperti itu lebih cenderung menjadi ikutan si anak apabila dewasa kelak. Mereka mungkin akan menjerit, marah dan memaki sesiapa sahaja yang tidak mengikut keinginannya. Adakah anda mahu anak anda menjadi individu seperti itu?
Bukankah setiap tutur kata ibu bapa itu adalah doa? Bukankah anak itu cerminan diri ibu bapa? Maka jika anda mahu si kecil menjadi anak soleh dan solehah, maka elakkan daripada menuturkan perkataan kasar yang tidak elok. Ubah diri anda terlebih dahulu sebagai ibu bapa sebelum anda membentuk si manja menjadi anak yang baik.
Memaksa anak
Anda mahukan anak mendengar setiap kata dan mengikut telunjuk anda. Anda langsung tidak cuba memahami keinginan si kecil. Adakah anda sedar tindakan anda itu boleh menyebabkan si kecil menjadi tertekan? Lebih menakutkan jika mereka tidak mempunyai keinginan dan semangat untuk melakukan sesuatu seperti bermain?
Ya, kita semua sebagai ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, tetapi adakah apa yang kita rasakan terbaik itu, sememangnya terbaik buat si kecil? Bayangkan jika anda berada di tempat si manja dan dipaksa melakukan sesuatu yang bukan kehendak anda, apakah perasaan anda? Malahan, tidak mustahil ia boleh menyebabkan wujudnya dendam dalam hati si manja.
Sebaiknya, jangan terlalu memaksa anak anda mengikut telunjuk anda semata-mata. Berikan si kecil peluang menikmati zaman kanak-kanak mereka. Benarkan mereka untuk mempunyai pengalaman dan memori menyeronokkan dan akan dikenang sepanjang hayat mereka.
Jika mereka mempunyai minat dalam sesuatu perkara, bantu mereka untuk menjadi terbaik dalam apa juga bidang kegemaran mereka. Jika mereka masih kabur, maka ia adalah tugas anda untuk membantu mereka membina dan mewujudkan perkara yang mereka gemari.
Melarang anak
Pernah tak si kecil secara tiba-tiba datang kepada anda dan menyatakan “Mama, Husna nak tolong sapu sampah”, apakah reaksi anda? Mengizinkan atau menghalang? Jika anda mengizinkan, maka anda membuat keputusan yang betul walaupun hakikatnya si kecil mungkin hanya akan menambahkan lagi kerja anda.
Ini sekurang-kurangnya dapat mendidik sifat dan keinginan untuk membantu dalam diri mereka. Dalam masa yang sama membangunkan rasa tanggungjawab dalam diri anak anda.
Sebaliknya, jika anda memarahi mereka dan menolak keinginan mereka untuk membantu, malah lebih teruk lagi apabila anda memarahi mereka, percayalah situasi ini akan menyebabkan mereka sukar untuk membantu dalam melakukan tugasan di rumah.
Menipu
Kenapa anak takut untuk bercakap benar apabila melakukan kesalahan? Sudah tentu kerana mereka bimbang akan dimarahi anda. Kenapa anak gemar untuk menipu? Pastinya kerana mereka pernah melihat anda menipu.
Seperti yang dikatakan pada awal tadi, anak adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda merupakan individu yang tidak beradab, gemar meninggikan suara dan menipu, maka tidak mustahil anak anda juga akan bersikap sebegitu. Si kecil mudah meniru apa yang sering mereka lihat.
Buat perangai
Anak meminta anda membelikan sesuatu dan anda tidak memenuhi permintaannya, apa yang akan berlaku? Adakah dia mengamuk, menangis atau mendiamkan diri? Jika mereka mengamuk dan membuat perangai, ini bermakna mereka sudah biasa dengan situasi segala kehendak dan keinginan mereka dipenuhi.
Mungkin ada antara anda bertanyakan, adakah ia sesuatu yang tidak bagus sedangkan anda mampu untuk memberikannya? Sebenarnya, anak anda harus mempunyai satu kesedaran bahawa bukan semua perkara yang diingini akan diperolehi.
Mereka harus belajar bersyukur dengan apa yang mereka miliki dan bukannya hanya tahu meminta-minta. Ini kerana dikhuatiri sikap ini akan terbawa-bawa sehingga anak anda sukar menerima pendapat dan pandangan individu lain.
Segalanya bermula daripada didikan anda sebagai ibu bapa. Banyakkan bersabar, okay?
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senyuman bayi bukan sekadar reaksi comel, tetapi petanda penting perkembangan emosi, pembentukan ikatan dengan ibu bapa dan asas keyakinan diri anak sejak awal kehidupan.