Anak sulung biasa banyak mengalah dan memendam perasaan. Mereka lebih banyak berkorban demi untuk adik-adiknya. Sebagai ketua di antara adik-beradik yang lain, pastinya sifat anak sulung akan lebih tegas, nampak garang dan ego.

Anak Sulung Banyak Mengalah, Pendam Perasaan

Hakikatnya anak sulung dikatakan seorang yang sensitif. Aduh! Bukan mudah nak mendidik mereka sekaligus untuk berlaku adil tanpa mengguris perasan anak. Jom ikuti perkongsian Sharifah Zahidah tentang caranya mengatasi rasa cemburu dalam kalangan anak-anak.

Inilah taktik paling cepat dan berkesan yang saya gunakan untuk ‘lenturkan’ ego kakak.
Maklumlah, anak sulung ini kadang, ada ‘ragam’ dia sendiri bila dia dah dapat adik.

Anak Sulung Banyak Mengalah, Pendam Perasaan, Jangan Sampai Mereka Anggap Adik Sebagai ‘Pencabar’

Ada 5 ‘ayat keramat’ yang boleh digunakan supaya anak sulung langsung tak anggap adiknya adalah ‘pencabar’ baru kedudukannya sebagai makhluk paling disayangi ibubapa.

Dan yang penting, ayat keramat ini bukan sekadar nak ‘tone down’ anak sulung ketika marah sahaja, tapi nak INSTALL THE RIGHT BELIEF SYSTEM tentang SIAPA DIRINYA DI MATA IBUBAPA. InshaALLAH, kena dengan caranya, anak sulung kita akan jadi PEMBANTU kita yang berjaya dalam menjadi contoh tauladan kepada semua adik-adiknya.

Adiknya umur berapa tahun, tak jadi masalah. Yang penting, taktik ini sudah boleh praktis kepada anak sulung yang sudah berumur 2 tahun ke atas, atau yang sudah boleh faham bahasa. Boleh mulakan ketika anak berusia 3 tahun ke 4 tahun ke atas. Cuba gunakan ayat ini depan anak sulung, dan perhatikan bagaimana ‘egonya’ lentur dan tiba-tiba, dari jadi PESAING adik-adik, dia boleh berubah jadi ‘PELINDUNG’ adik-adik.

Jangan Sampai Mereka Anggap Adik Sebagai ‘Pencabar’

1. SITUASI BEREBUT BARANG

Selalu sahaja anak-anak berebut barang bukan?

Kalau anak-anak berebut barang, jangan sewenang-wenang menangkan adik yang kecil tak mengerti apa-apa lagi. Tapi jagalah perasaan si anak sulung yang sudah mula pandai kecil hati, cemburu dan kecewa itu. Jadi, dalam situasi berebut barang, tunjukkan macam kakak yang menang.

Guna ayat keramat, “Adik, minta izin dulu dari kakak/abang..” Walaupun adik baru berusia 6 bulan yang obviously takkan faham pun minta izin itu apa, tapi sebenarnya kita bukan bercakap dengan adik, kita sebenarnya ‘bercakap’ dengan si anak sulung untuk lenturkan ego dia, biar dia mengalah, biar dia lembut hati dengan adiknya selalu.

Selalunya, lepas suruh adik ‘minta izin’ untuk guna sesuatu barang, automatik kakak pun akan bagi izin dan BERHENTILAH sudah adegan berebut barang dalam masa kurang 10 saat.

Tak perlu berceramah pada kakak suruh mengalah, atau beri arahan kasar suruh kakak jangan berebut atau sebagainya. Cara marah dan guna kuasa veto suruh kakak lepas barang pada adik, MEMANG BERKESAN kadangnya, tetapi IANYA MENINGGALKAN KESAN yang TIDAK BAIK terhadap hubungan adik-kakak untuk jangka panjang.

Guna taktik ayat keramat di atas, inshaALLAH, kakak mengalah, hubungan adik beradik pun lebih harmoni selepas ini.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba nanti semua toys kakak dia sanggup kongsi dengan adik tanpa drama derita dan air mata lagi. InshaALLAH.

Anak Sulung Banyak Mengalah, Pendam Perasaan, Jangan Sampai Mereka Anggap Adik Sebagai ‘Pencabar’

2. SITUASI BERGADUH, SI ADIK MENJERIT

IKLAN

Ini perkara biasa. Adik tak pandai cakap lagi, bila dia marah atau tak puas hati, dia akan menjerit dan menangis. Bila seorang sudah menjerit, seorang lagi pun selalunya akan sama-sama menjerit dan guna intonasi tinggi sebab tak puas hati atau sebab rasa TERANCAM dengar adik jerit.

Selalunya bila adik jerit mesti ibu bapa serbu dan terus salahkan anak sulung bukan?
Jeritan adik sangat memberi ‘ancaman’ yang build ‘tense’ dalam diri kakak. Tense ini lama-lama akan buat kakak benci adik sebab sikit-sikit menangis dan pada akhirnya dia yang kena.

Maka, kakak dengan adik masing-masing jadi tak rapat kerana kakak yang lebih selesa ‘menjauhkan’ diri dari si adik. Perasan bukan masalah ini?

Jadi kembali pada situasi jerit-jerit ni, memang kita kena tenangkan si adik. Ada kalanya, adik marah sebab anak sulung/kakak/abang yang kacau.

Jadi, guna ayat keramat “Adik, cakap baik-baik dengan kakak..” Sebagai hint, nak beritahu pada kakak, “Kakak dulu yang kena ajar adik bercakap dengan baik..”

Adik yang menjerit menangis itu kita tenangkan macam biasa. Dan kakak yang dengar ayat keramat itu pun, automatik akan mula ‘lembut’ dan tone down. Tiba-tiba, dia pun mengadu dengan kata dalam nada suara yang rendah dan lembut. Tiada lagi adegan jerit-jerit marah-marah. Mudah bukan?

“Anak faham ke reverse phsychology macam ni…?”

Jawapan saya, inshaALLAH, anak faham. Tapi bukan buat sekali dua, buatlah beberapa kali. Jangan harap express result ya. Kita pun belajar sesuatu, kena ulang berkali-kali. Sama jugalah dengan anak-anak. Beri masa. Sabar itu adalah ASAS dalam mendidik anak-anak.

3. SITUASI MINTA TOLONG ANAK SULUNG JAGA ADIK

Untuk ajar kakak menjadi kakak yang betul-betul bertanggungjawab dan boleh diharap tengok-tengokkan adik sementara ibu mesyurat, mengajar, memasak, kemas rumah dan sebagainya. Untuk pastikan sesi kakak babysitting adik berjalan tanpa adegan yang tak diingini. Pesan awal-awal kepada adik supaya dia mendengar kata-kata kakaknya.

“Adik, adik dengar cakap kakak ya..” Dan selepas itu, sambunglah dengan segala amanat kita untuk si kakak. Contohnya, “Adik, adik dengar cakap kakak ya. Kakak tak bagi panjat kerusi, adik jangan panjat ya.. Kakak suruh makan duduk, adik duduk ya. Adik DENGAR CAKAP kakak ya..”

Dan kemudian, baru ulangkan skrip di atas kepada kakak pula. Selalunya, kalau adik buat apa-apa yang bahaya atau anda sebagai ibu menegah sejak dari awal, memang si kakak akan bertindak sebagai penjaga dan penyelamat yang sangat berjaya. Dia takkan biar adiknya sendirian dalam bahaya. Syaratnya, kena buat taktik di atas.

IKLAN

Automatik, perasaan sebagai SEORANG KAPTEN KAPAL YANG BERTAGGUNGJAWAB terhadap anak kapalnya, akan terus teraktif dalam diri Kakak.

4. SITUASI PUJUK ANAK SULUNG 

Selalunya, anak yang berusia 2 tahun ke atas sudah pandai merajuk dan ‘bawa diri’ sebab keinginan yang tak dipenuhi selalunya.

Logik anak-anak ini, kalau ibu bapa sayang mereka dan hargai mereka, semua kehendak mereka mesti ditunaikan. Mereka tak faham, kadang-kadang, larangan dan penegasan juga adalah salah satu tanda kita sayang mereka.

Jadi, dalam situasi anak-anak merajuk ini, depan-depan adik, kita tuturkan ayat keramat kita. Make sure, kakak dengar. “Adik, tengok kakak lukis ni, hebat kan kakak? SubhanALLAH..” atau

“Adik, tadi Kakak solehah sangat, sebab Kakak tolong ibu kemas mainan tadi.. Adik TIRU/IKUT PERANGAI KAKAK ya..”

By the time anak sulung dengar yang DIA KENA JADI CONTOH/ROLE MODEL kepada adik-adik, selalunya dia pun akan terus sejuk dan tak jadi nak buat perangai tak solehah dia.

Ya, anak-anak umur 3 tahun ke atas, sudah boleh tahu perangai soleh dan perangai tak soleh. Dia boleh tahu mana perangai dia patut buat, dan mana yang dia patut tak buat. Dengar ayat keramat tadi, terus dia malu nak buat perangai yang bukan-bukan.

Anak Sulung Banyak Mengalah, Pendam Perasaan, Jangan Sampai Mereka Anggap Adik Sebagai ‘Pencabar’

5. SITUASI BEREBUT PERHATIAN IBU/AYAH & ANAK SULUNG CEMBURU

Normallah kadang-kadang anak sulung ambil masa untuk ‘move on’ dan terima hakikat yang dia kini berkongsi kasih sayang dengan adiknya.

IKLAN

Kadang-kadang, ketika kita nak menyusukan, beri makan, layan adik atau apa saja dengan adik, time itu jugalah kakak pun buat-buat terdesak nak itu ini sampai tergendala kerja kita. Dalam situasi ni, ingat ibubapa, jangan sekali-kali ABAIKAN perasaan anak sulung.

Anak sulung kita sudah pandai ‘kecil hati’ dan pandai ‘buat judgment’ sama ada kita sayangkan dia atau tak. Sedangkan adik-adik yang masih baby/kecil lagi itu belum faham lagi sepenuhnya apa yang berlaku.

Bila kakak/abang cemburu dengan layanan, jelaskan dengan mudah keperluan adik dan minta adik ‘minta maaf.’

“Adik nak Ibu suap makan ya? Ok, adik minta kakak tunggu sekejap, dan adik minta maaf kakak ya.. Lepas ni, Ibu suap kakak pula makan, ya?” Dan tarik tangan adik acah-acah minta maaf dengan kakak. Sambil beritahu kepada kakak, adik kecil lagi, adik lapar, adik minta maaf sebab adik nak makan dulu dan sebagainya.

Si kakak/abang yang DAPAT PENGHORMATAN sebegitu, lazimnya akan cair dan tiba-tiba keluarlah ayat keramat dia, “Tak apalah, ibu bagi adik makan dulu. Kesian adik lapar..”

Ini situasi benar yang selalu dihadapi. Bila kakak rasa ‘hak’ dia terancam, minta adik minta maaf. Dan dia pun, akan mula bertolak ansur dan dia tahu, dalam ‘hak’ dia untuk dapatkan perhatian ibubapa, adik juga mempunyai hak yang sama.

KESIMPULAN

Sampai bila kena guna taktik ni? Takkan sampai bila-bila?

Ya! Memang takkan sampai bila-bila. Cuba buat beberapa hari ke beberapa minggu saja. Lambat laun, Kakak memang tak kisah lagi untuk beralah dengan adik bila berlaku ‘perebutan’ meraih cinta dan perhatian ibubapa.

Tapi yang penting, kita ini parents WAJIB attend kakak pula selepas tu. Jangan diabaikan kakak pula. Mentang-mentang dia dah bertolak ansur, kita abaikan dia saja lepas tu. JANGAN ya.

HARGAI KEPERCAYAAN yang anak beri kepada kita. Sudah attend adik dan janji nak attend kakak pula, jangan buat-buat lupa dengan janji kita. ATAU nanti, KESEMUA AYAT KERAMAT YANG KELUAR DARI MULUT KITA AKAN TERUS HILANG SEGALA ‘BISANYA.’ Di saat tu, sebut apa saja pada Kakak, semuanya jadi tak lut.

Sebab apa tak lut? Sebab anak dah hilang percaya. Ada banyak sebab kenapa kata-kata kita dah kurang lut dengan anak-anak, inshaALLAH lain kali saya cerita.
Cuma basically, ini adalah 5 AYAT KERAMAT yang boleh kita gunakan untuk LENTURKAN ego anak sulung dan supaya hatinya terpujuk untuk SENTIASA BERSIKAP RAHMAH
DAN TOLERABLE dengan adiknya.

Ada banyak lagi ayat keramat lainnya, antara yang famous adalah, “Adik sayang Kakak, adik rindu kakak, Ibu sayang kakak” dan sebagainya. Tapi sebab ayat ni dah ramai orang tahu, saya tulis ayat yang jarang disebut seperti 5 contoh di atas tu. Ada masa, kita sambung lagi.

Kalau anda rasa bermanfaat, boleh dikongsi dengan yang lain. Kita mungkin tak ada masa menulis begini, tapi kita BOLEH DAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN PENULIS, andai bantu sebarkan kebaikan ini kepada orang lain. Mudah nak kumpul pahala sebenarnya!

Kredit: Sharifah Zahidah

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI