Bila raya, tentu kita inginkan rumah sentiasa kemas. Maklumlah tetamu  akan datang bila-bila masa untuk meraikan Syawal.  Namun jika anak kecil ni, rumah ada  yang macam tongkah pecah dengan permainan penuh diruang tamu.

Kadang kala, penat nak mengemas rumah setiap hari. Lebih-lebih  hari raya.  Perkongsian pasangan suami isteri ini iaitu Encik Fendi Isa dan Puan Maslina ini memberi inspirasi. Mereka mampu menjadikan kediaman mereka sentiasa bersih dan kemas walau pun rumah tersebut dihuni bersama 3 orang anak yang masih kecil. Tentu hari raya tiada masalah buat mereka. Anak-anak telah didik awal mengenai tata tertib kekemasan rumah.

Jom ikuti perkongsian tip ini. Moga tahun depan rumah tak sepah lagi!

Tip Suami Isteri Ini Berguna Sangat Masa Raya. Anak Masih Kecil Tetapi Rumah  Tetap Kemas
Tetapkan peraturan yang objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main Tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu.

ADA ANAK KECIL BUKAN ALASAN UNTUK RUMAH TIDAK SELALU KEMAS

Ramai yg PM saya tanya tips untuk rumah sentiasa kemas bila ada anak kecil yg suka sepah-sepahkan rumah. Ada juga saya terbaca komen pada gambar yg saya post dengan mengatakan ”alaaaa dia xde anak kecik, boleh la deko2 kemas mcm tu…”. Utk pengetahuan, saya ada 3 org anak yang masih kecil, paling kecil umur 1 tahun setengah. So saya kongsikan apa yg saya buat utk ‘maintain’ kekemasan rumah saya:

IKLAN

1.Asuh anak untuk suka mengemas setiap kali main atau sepah-sepahkan mainan. Sgt penting untuk kita tidak menghalang mereka main sepah2, tp tanamkan tabiat suka simpan mainan ke tempat asal selepas main. Biarkan mereka main sepenuhnya.

2.Ajar mereka untuk mengemas sejak dari kecik lagi. Sebagai mak ayah, kita kena sabar bila mereka sepah2kan umah kerana kanak-kanak bwh umo 3-4 tahun masih belum memahami sepenuhnya utk kemas2. So, kita kena konsisten untuk bagi arahan, mesej: kemas selepas main. Mula2 susah untuk mereka akur, tp percaya lah lama2 mereka akan ikut.

IKLAN

3.Tetapkan peraturan yg objektif dan konsisten seperti main hanya kat ruang main, tidak boleh main di ruang makan atau ruang tamu. Terapkan disiplin, sebelum tidur kena pastikan mereka kemas dahulu mainan yg mereka sepahkan, setiap hari setiap malam.

4.Kanak-kanak kecil suka untuk alihkan aksesori kecil seperti lilin, bunga dan hiasan lain. Disini kita kena sentiasa igtkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah. Biasanya dlm tempoh 1-2 bulan, anak-anak  yang umur bawah dua tahun pasti akan mengulangi perkara yang sama, maka arahan kita mesti konsisten. JANGAN SESEKALI MENENGKING ATAU GUNA NADA MARAH2. Lama kelamaan mereka akan faham dan x akan mengulanginya.

IKLAN

5.Peranan kita sbg ibu bapa. Ada masanya mereka tetap akan sepahkan rumah dan tidak akan kemas balik. Maka, kita sendiri kena pastikan setiap hari sblm tidur, kita sendiri akan kemaskan rumah, letak semua barang di tempat asal. Yg penting, kena rajin dan terus menerus melakukannya setiap hari, bukan sekali seminggu.

6.Kalaupun kita sendiri tiada masa untuk mengemas rumah sbb letih balik kerja, kita cuba gunakan khidmat bibik yg bayar jam, seperti RM50 utk 4 jam sebagai contohnya. Yg paling utama, konsisten dlm menjaga kekemasan rumah dan tidak bertangguh. Sikap bertangguh ini lama kelamaan menyebabkan rumah akan tidak kemas dan deko2 kita yg cantik tidak bertahan lama ?

Tip Suami Isteri Ini Berguna Sangat Masa Raya. Anak Masih Kecil Tetapi Rumah  Tetap Kemas
kita kena sentiasa ingatkan mereka, ‘jangan main’, ‘jangan sentuh’ nanti jatuh/pecah dan sebagainya setiap kali mereka berbuat demikian dengan nada bersahaja dan tidak marah

Nota: semua tips ini adalah berdasarkan pengelaman saya semata-mata dan tidak diambil dari mana2 pembacaan atau rujukan.

Kredit: Fendi Isa via KDIM

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI