Doa untuk anak-anak sukakan makanan sihat perlu jadi yang utama kerana yang mampu ubah hati dan fikiran kita hanya Allah saja.
Jadi, janganlah ketepikan Allah dan jadikan Allah yang TERAKHIR (TAWAKKAL).
Tip yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini sangat membantu dan boleh jadi panduan untuk ibu bapa didik anak suka makanan sihat.
“Kita dah usaha ni, selebihnya tawakkal je lah. Tak tahulah Allah nak makbulkan ke tak. Hmmm.”
Ayat selalu didengar.
Kita cuba ubah daripada sekarang.
Bersangka baik pada Allah yang kebaikan dan cintaNya pada kita melebihi cinta ibu bapa kepada kita, melebihi cinta kasih kita pada anak. Boleh bayangkan ke hebatnya kasih sayang Allah?
Jadi, logik ke Allah yang penuh kasih sayang itu sengaja tak bantu kita?
Ingat selalu, dalam lakukan sesuatu, DAHULUKAN ALLAH. DOA HARUS JADI USAHA KITA YANG PERTAMA.
Usaha kedua, terpulanglah nak guna cara psikologi paling hebat di duniapun terpulanglah. Tapi, doa pada Allah harus jadi yang pertama. Jika Dia jadi yang terakhir? Mahukah kita jadi yang terakhir di sisi Allah? Taknak, kan? Jadi, mari kita ubah.
Ads
+ Zikir Ya Rahim (penyayang)
+ Zikir Ya Latif (lembut)
+ Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak dan roh kita sendiri. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
+ Makanan setiap kali memasak
+ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Ads
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat.
Dilindungi daripada yang sebaliknya.
Niatkan dilembutkan hati kita untuk sentiasa gunakan kata-kata elok pada anak, bukan asyik komplen dan fokus pada kesalahan mereka saja.
YA, SANGAT PENTING: JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana?
ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN. INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.
Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda.
Jadikan dapur kita, tempat mencipta memori indah bersama.
Bila anak dah masuk 6 bulan dah boleh mula makan, mama papa tentu ‘excited’ kan? Walaupun banyak resipi yang boleh dicuba, tapi ingat ya! Jangan tambahkan garam, gula dalam makanan bayi.
Tapi kenapa? Ikuti perkongsian ini
KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA
Haaaa takleh bagi gula dan garam sampai umur 1 tahun???
‘Tak sedapla bubur ni patutla baby taknak makan..cuba tambah garam sikit’
‘Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa’
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus..
‘Kesian anak puan…makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja’
Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam..
Begini ceritanya
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja/ Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru. SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby
Mungkin baby suka. Ada yang menolak.. Ada muka pelik tapi makan juga. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima Ini ikut kepada personalti anak masing. TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan baby
Pada usia 6-12bulan fokus kita bukan nak bagi anak makan sedap tapi nak:
Kenalkan makanan lain selain susu ibu
Kenalkan tekstur makanan selain susu ibu
Mengenalpasti allergy
Dan tambah zat sebab keperluan baby dah makin meningkat dan susu ibu sahaja tidak mencukupi
3 sebab utama GULA dan GARAM tidak boleh diletakkan.
1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
Bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang
Jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah. Tetapi bayi tak mampu lagi…yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak
2. DERIA RASA BAYI 100X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA
Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita. Deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain.
Walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambah apa apa lagi dah. Ada garam dan gula semulajadi dah dalam makanan, tak perlu tambah lagi.
3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER
Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa
Ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
Biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal
Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu..banyak banyak nanti takut ada yang tak baca pulaks..hehehe. Biar rasa semulajadi ye makanan baby!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pertama kali melahirkan anak pastinya sedikit menyukarkan. Kurang pengalaman dan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apa lagi melihat susu yang dipam tidak mencapai jumlah yang diinginkan berbanding orang lain.
Jangan cepat mengalah dulu, usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.
Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!
ORGANIC MILKBOOSTER
Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.
2. Masukkan halba dan kurma. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.
3. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.
Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.
Punyalah senang cara nak membuatnya, hanya rebuskan sahaja dua bahan ini dan biarkan jadi pekat kekuningan dan kemudian diminum setiap hari. Lakukan sesuatu pastinya lebih baik daripada tidak mencuba. Niatkan untuk tambahkan susu untuk kenyangkan anak kita. Selamat mencuba mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu untuk bayi dan kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis dan bentuk antaranya; susu segar dan susu tepung.
Disebabkan itu, ramai individu yang keliru apabila perlu memilih salah satu daripadanya. Jom ikuti artikel ini untuk membantu anda memahami perbezaan nutrisi antara susu segar dan susu tepung!
Kandungan nutrisi susu segar dan susu tepung
Kedua-dua susu ini mengandungi nutrien yang diperlukan oleh manusia dan lebih kurang sama dalam kandungan nutrisinya.
Satu cawan hidangan susu segar dan susu tepung akan membawa 80 kalori, 8 gram protein dan 30% keperluan kalsium seharian.
Kelebihan susu segar
Susu segar sebenarnya mempunyai kandungan vitamin B yang lebih banyak. Satu cawan susu segar akan memberi kita 1.2 mikrogram vitamin B12 dan 0.9 miligram vitamin B5.
Sementara itu, satu cawan susu tepung pula mengandungi 0.9 mikrogram vitamin B12 dan 0.8 miligram vitamin B5.
Fungsi vitamin B5 adalah membantu sel otak untuk kekal sihat dan vitamin B12 pula adalah penting untuk pengaliran oksigen dalam badan.
Selain itu, susu segar juga mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak, sistem metabolisme serta fungsi enzim dan tiroid.
Satu hidangan susu segar akan membawa 7.6 mikrogram selenium dan 47 miligram fosforus.
Sementara itu pula, susu tepung hanya mengandungi 6.3 mikrogram selenium dan 27 miligram fosforus.
Paling penting, kebanyakan individu bersetuju bahawa rasa susu segar adalah jauh lebih sedap berbanding susu tepung.
Kelebihan susu tepung
Susu segar tidak boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang sementara susu tepung mempunyai kelebihan ini.
Susu tepung tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan masih mampu mengekalkan kandungan nutrisinya. Selain itu, susu tepung juga adalah tidak semahal susu segar.
Susu yang manakah paling sesuai buat anda?
Kedua-dua susu ini sebenarnya menyediakan kandungan nutrisi yang hampir sama. Jika anda merupakan seorang individu yang kurang gemar produk yang diproses, susu segar adalah pilihan yang terbaik kerana ia adalah bebas daripada bahan pengawet dan antibiotik.
Bagi kegunaan dapur, susu segar sebenarnya adalah pilihan yang terbaik. Namun begitu, jika dilihat dari aspek masa dan kos, susu tepung dilihat sebagai alternatif yang lebih baik.
Bagi beberapa jenis minuman seperti smoothie, susu tepung adalah lebih sesuai berbanding susu segar.
Konklusinya, kedua-dua susu ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja.
Oleh itu, ia sebenarnya terpulang kepada ibu bapa untuk memilih susu untuk bayi dan kanak-kanak yang terbaik buat si manja anda.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak mampu lagi berdiam, seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar yang terkorban selepas terjatuh dari bangunan sekolah di Papar, akhirnya bersuara di media sosial.Untuk...