Biarpun sudah dua hari kejadian nahas helikopter terhempar di Lumut berlaku, namun seluruh rakyat Malaysia masih berduka dan tidak putus-putus mendoakan kesemua keluarga mangsa untuk terus tabah menghadapi ujian berat ini. Salah seorang mangsa di dalam kemalangan udara yang melibatkan dua buah helikopter ketika raptai diadakan pada hari Selasa lepas adalah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.

Anak Tak Berhenti Panggil Daddy, Momen Sayu Ketika Pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Sumber foto: mStar

Menerusi portal mStar, dilaporkan jenazah Allahyarham telah selamat disemadikan dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak kira-kira 9.50 malam semalam. Suasana sayu mengiringi majlis pengebumian itu yang turut dihadiri ahli keluarga, anggita Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sahabat handai dan orang ramai.

Baca Juga:

“Kecil-Kecil Lagi Anak Dia..” Ramai Sayu Lihat Foto Mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Dengan Keluarga

“Tak Sangka Pagi Tadi Kali Terakhir Abang Call Mak Ayah..” – Adik Mangsa Nahas Helikopter Terhempas

Baju Raya Terakhir Ibu, Anak Kembar Mangs Nahas Helikopter Luah Isi Hati

IKLAN

Cium Keranda & Sebut Daddy Tanpa Henti 

Tambah menyayat hati apabila isteri arwah iaitu Alia Amalina Mohd Nor serta anak lelaki mereka, Wan Alyan Riz dilihat sebak ketika mencium keranda Wan Rezaudeen Kamal beberapa kali sebelum dikebumikan.

Anak Tak Berhenti Panggil Daddy, Momen Sayu Ketika Pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Sumber foto: mStar

Orang ramai sedih dan turut mengalirkan air mata apabila melihat anak lelaki arwah tidak putus-putus menyebut ‘daddy’ iaitu panggilan kepada Allahyarham. Momen itu membuatkan ramai yang sayu melihat anak yang masih kecil telah kehilangan ayah tersayang.

Jenazah Disolatkan Di Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Setapak

IKLAN

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari Kem Gua Permai, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh, ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi Taman Melati, Setapak, kira-kira 8.20 malam. Ahli keluarga arwah terutama ibunya gagal menahan sebak ketika mengiringi jenazah untuk disolatkan di masjid berkenaan.

Anak Tak Berhenti Panggil Daddy, Momen Sayu Ketika Pengebumian Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Sumber foto: mStar

Solat jenazah diimamkan oleh Pegawai Agama KD Sultan Abdul Aziz Shah, Mejar Mohamad Aswad Abdul Rahman pada pukul 8.49 malam bersama anggaran lebih 1,000 jemaah.

Berhasrat Untuk Bersara Awal, Luangkan Masa Dengan Anak

IKLAN

Selain itu, bekas penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo turut meluahkan rasa sedih selepas menerima mesej suara dari ahli keluarga yang memaklumkan tentang insiden helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Dia tidak menyangka nahas itu telah mengorbankan adik sepupunya itu.

Kata Bob, Allahyarham Komander Wan Rezaudeen Kamal merupakan orang yang baik. Arwah juga seorang yang tidak banyak bercakap tapi murah dengan senyuman. Bob turut memberitahu bahawa ayah arwah pernah memberitahu hasrat Wan Rezaudeen Kamal untuk bersara lebih awal kerana mahu meluangkan lebih banyak masa bersama anaknya.

Sama-sama kita doakan yang ketabahan serta kecekalan hati kesemua ahli keluarga wira dan wirawati negara yang telah kehilangan insan tersayang mereka.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI