“Dari mula masuk bilik Ana Nayla menangis seolah-olah nampak sesuatu sehingga mata bengkak dan tidak mahu minum susu, ibu pula nampak kelibat hitam merangkak.”

Itu pengalaman menakutkan bagi selebriti popular Ayda Jebat yang sempat bermalam sekejap di sebuah hotel di ibu negara atas urusan kerja baru-baru ini.

“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi

Masuk bilik hotel, Ana Nayla nangis tanpa henti

Situasi mendebarkan itu menyebabkan dia dan suami, Nabil Mahir serta kedua-dua ibu bapanya terpaksa check out pukul 2.40 pagi.

“Saya dan Nabil mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Lumpur atas tujuan kerja. Saya ambil dua bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik.

“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi

“Satu bilik untuk saya dan satu untuk mama dan baba. Masuk sahaja bilik hotel Ana Nayla terus menangis dan jika awak dengar sendiri pun boleh tahu dia dalam ketakutan.

“Macam-macam dilakukan termasuk melaungkan Azan tetapi dia masih menangis tanpa henti sampai tersedu-sedu. Saya dan Nabil pun rasa ingin menangis,” luah Ayda di Insta Storynya.

“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi

IKLAN

Mama nampak kelibat lembaga merangkak

Menurut pelantun lagu Pencuri Hati itu, keadaan anaknya yang tidak mahu minum susu dan hanya menangis membuatkan dirinya tidak tenang saat menjalani latihan ta­rian di satu lokasi berdekatan hotel berkenaan.

“Setelah selesai sesi latihan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, mama memaklumkan dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik saya ke biliknya.

“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi

“Ketika itu, anak saya sudah tidur sebab kepenatan menangis. Mama tarik saya dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu kami bilik hotel ini tidak ‘elok’.

IKLAN

“Mama terlihat sesuatu me­rangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilik air,” katanya.

Kawasan tingkat bilik itu baru buka setelah lama ditutup 

Enggan mengambil risiko soal keselamatan puteri kesa­yangan mereka, Ayda membuat keputusan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 2.40 pagi.

“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi

“Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup,” ujarnya.

Ayda berkata, dia tidak sempat mengambil sebarang gambar atau video dan tujuannya berkongsi mengenai perkara itu sebagai panduan pada ibu bapa lain.

IKLAN

Kredit: IG Ayda Jebat ; Kosmo

“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI