Bagi ibu bapa yang ada anak kecil, waktu nak bergambarlah akan jadi huru-hara. Daripada mood ibu ayah ok, terus dah tak boleh. Kadang tu, dah pakai lawa-lawa, sebab anak tak bagi kerjasama baik, tudung ibu yang lilit, berpin bagai terus senget.
Belum lagi anak menangis tak mahu pandang kamera walaupun dah ‘umpan’ macam-macam. Ini antara realiti yang perlu hadap sementara tunggu anak besar dan faham.
Bagaimanapun, bagi ibu ayah yang nak ambil gambar di hari raya nanti bersama anak kecil, ada tip yang boleh anda lakukan seperti yang dikongsikan oleh Puan Nazia Suhaimi. Mana tahu raya kali ini lebih banyak gambar elok boleh jadi kenangan.
8 TIPS AMBIL GAMBAR RAYA
Hai semua, sebelum saya buka kelas seni, saya banyak mengajar kelas fotografi sejak tahun 2018 lagi. Sempena Aidilfitri ini, meh saya kongsikan 8 tips ambil gambar raya!
1. GRID LINE
Sebelum ambil gambar, pastikan kalian hidupkan grid line pada setting camera masing-masing.
Kalau nak tahu, setiap titik persilangan antara dua garisan menegak dan melintang itu adalah titik emas. Inilah yang kita sebut RULE OF THIRD. So boleh letak subjek pada titik tersebut.
Nak tengok contoh gambar-gambar RULE OF THIRD, boleh Google.
2. LEADING LINE
Leading line ni maksudnya kita menggunakan elemen garisan untuk fokus pada subjek (orang). Contoh dalam gambar ni, garisan mozek semua menuju ke subjek.
Ads
3. FRAMING
Framing ni maksudnya bingkai. So kita boleh cari apa-apa contoh seperti dedaunan, bangunan atau apa saja untuk dijadikan bingkai buat subjek kita. Contoh dalam gambar ni, gerbang tu jadi bingkai.
4. SUN FLARE
Kalau nak dapatkan sun flare cantik macam ni, saya rekemen shoot waktu 8 – 10 pagi atau 5-7 petang gitu. Waktu macam ni, angle matahari tengah cantik.
Beza gambar kiri dan kanan ialah, gambar kiri saya shoot macam biasa tapi gambar kanan, saya terbalikkan phone, lens terletak sebelah bawah, kemudian kita shoot. (bunyi camera)
5. WIDE ANGLE
Rasanya zaman sekarang ni dah banyak smartphone ada wide lens kan? Beza penggunaan lens biasa dan wide ialah, wide ni bukaan dia lebih besar dan cantik untuk capture segala detail yang ada pada sekeliling subjek.
Contoh kiri lens biasa. Kanan wide lens.
7. CANDID
Ads
Entahlah. Kalau bagi saya, ambil gambar candid ni sebenarnya lebih cantik. Tak perlu bagi arahan, shoot je.
8. SHOOT BANYAK-BANYAK
Ya, tips nak ambil gambar candid, memang kena shoot banyak-banyak. Kemudian pilihlah gambar paling helok untuk up di media sosial.
Senang kan? Orang Kedah kata, easy peasy.
Oh sebelum habis post ni, saya nak iklan sikit. Start bulan 5, seminggu selepas raya, Kelas Seni CikYa on macam biasa. Sesuai untuk anak-anak umur 7 ke 12 tahun join. Boleh daftar sini sebab ni kelas online https://naziasuhaimi.com/order/form/kmo
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adakalanya bila anak kita demam, lepas sahaja beri ubat, kita biarkan sahaja dia main seperti biasa. Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat. Sebenarnya hal ini salah, mama papa perlu pantau suhu anak.
Selain memantau suhu, ada beberapa perkara lain yang mama papa perlu berikan lebih perhatian. Doktor Ezairy M.Sallih, Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) menyenaraikan beberapa perkara yang mama papa perlu ikuti sepanjang anak demam. Kena prihatian lebih sikit ya.
Kalau anak demam…
1. Periksa suhu. Takut-takut terlalu tinggi, boleh diserang sawan.
2. Kerap basahkan badan dan kepala. Supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.
3. Pastikan makan minum anak dalam keadaan baik. Kalau minum pun tak nak, terus muntah-muntah… bawa segera ke hospital.
4. Jangan bawa ke tempat ramai orang. Bimbang lebih ramai mendapat jangkitan.
5. Kerap basuh tangan dengan sabun dan bersih. Jangkitan virus boleh merebak secara titisan udara atau permukaan yang telah didedah dengan cairan daripada hidung dan semasa batuk.
6. Sediakan ubat demam di rumah. Jika terlalu panas, segera beri ubat.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masih tidak sembuh walau sudah diberi ubat demam.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahukah anda bahawa pelukan boleh mengubat? Tahukah anda pelukan boleh menenangkan perasaan yang dipeluk dan yang memeluk? Tahukah anda pelukan boleh menguat ikatan kasih-sayang pemeluk dan yang dipeluk?
Jangan pandang rendah KUASA PELUKAN ia amat besar. Salah satunya adalah ia boleh menjadikan anak-anak anda bijak!
Namun ada pula sesetengah berpendapat bahawa memeluk anak akan menjadikan anak itu manja dan lembik.
Kalau hendak menjadi ibu bapa yang cemerlang, jangan asyik ikut kata-kata orang yang kurang cemerlang dalam keibubapaan.
Jika kita main ikut-ikut saja tanpa benar-benar memahami apakah sebenarnya sesuatu tips atau nasihat itu, maka kita juga boleh kecundang. Sebab ramai orang yang suka bagi nasihat tapi tak ramai yang faham kesan nasihat mereka itu.
Contoh; Ramai ibu bapa muda pening bila ada yang menasihat untuk tidak memeluk anak banyak-banyak nanti anak jadi manja berlebihan. Sedangkan pelukan boleh mengubat. Peukan penuh kasih-sayang tanpa syarat boleh menimbulkan emosi positif yang boleh menghasilkan endorphin. Endorphin ini akan memberi tenaga positif kepada sel-sel di dalam badan dan menjadikan seorang itu lebih berdaya dan berfikiran positif.
Bagi yang hanya mengikut saja tanpa faham, bencana dalam perhubungan mereka dengan anak akan terjadi.
Kerana ternyata nasihat seperti ini tidak jelas dan tiada berdasarkan kajian. Apatah lagi jika dikaitkan dengan pendidikan tarbiyatul aulad cara Nabi s.a.w. Jauh sekali menyalahi amalan Nabi s.a.w. Kerana Rasulullah sering memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu Baginda.
Anak menjadi lenja dan manja bukan sebab sering dipeluk, tetapi sebab semua kehendaknya diikutkan ibarat raja dan dia diibubapakan secara permisif. Semua diikut cakapnya. Semua kehendaknya dipenuhi walaupun ianya tidak langsung membantu dia malah membahayakan dia pada jangaka panjang. Contoh, anak tidak mahu ke sekolah kerana hendak main game di rumah. Dibiarkan saja, atas alasan; “Alah, sekali-sekala sahaja!”
Lagi satu, bila anak melampaui batas bercakap dan berkelakuan dengan ibu bapa, sedangkan usianya sudah lebih 7 tahun, dibiarkan sahaja, kononnya tidak elok marah-marah atau takut nanti anak akan merajuk. Banyak lagi sebab mengapa anak-anak menjadi lenja dan manja. Namun, sering memeluk bukanlah sebabnya.
Memeluk adalah salah satu bahasa kasih. Anak yang dipeluk merasa kasih dan sayang ibu bapanya. Pelukan dan belaian penuh kasih ibu bapanya ditambah dengan dispilin yang betul menjadikan anak itu seorang yang berjiwa kuat dan berperikemanusiaan.
Disiplin membentuk karekter.
Sumber: Ibu Rose
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri dengan harga murah boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lampin anak jadi kompos berkualiti, hebat ni! Baca artikel lanjut di AWANI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita baru sahaja dikejutkan dengan berita pemergian Gitaris profesional, Wan Radzie Wan Othman yang lebih dikenali sebagai Eddy Malmsteen, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik berpunca daripada alat pemanas air.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah “terdapat dua mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 30-an terkena renjatan elektrik, selain seorang kanak-kanak ditemui dalam keadaan lemah”
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga mangsa. Puncanya adalah daripada pemanas air elektrik di dalam bilik air.
Di sebalik pelbagai kelebihan pemanas air elektrik ternyata alat ini boleh mengancam nyawa pengguna dan anak kecil. Kenapa? Ikuti artikel penuh ini.
Pemanas air elektrik (water heater elektrik) antara alat yang paling efektif dan menjadi pilihan ramai kerana anda tidak perlu bersusah payah merebus air untuk mandi air panas sekaligus dapat menjimatkan masa. Tambah pula water heater elektrik juga memiliki komponen yang kuat dan tahan lama, walaupun harganya agak mahal namun ianya amat berbaloi untuk dimiliki.
Sebelum anda menggunakanya, selidik dahulu adakah ia benar-benar selamat kerana alat ini juga mampu meragut nyawa pengguna jika tidak dipasang dan digunakan dengan selamat.
BAHAYA WATER HEATER ELEKTRIK
Berikut merupakan antara risiko yang terdapat pada water heater elektrik yang mungkin kita tidak tahu;
Renjatan elektrik
Sebelum anda menggunakan water heater elektrik, pastikan semua kabel unit pemanas elektrik sudah tersambung dengan baik dan betul. Terutama pada bahagian heater dan paipnya kerana alat ini diperbuat daripada tembaga dan anda mungkin terkena renjatan elektrik jika terdapat kebocoran pada mesin. Untuk mengelakkan ancaman ini, anda boleh memasang anti-kontak pada pemanas air anda. Hidupkan enjin selama kira-kira 15 minit sebelum anda menggunakannya dan jangan lupa mematikannya apabila selesai.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Cara pemasangan
Cara memasang pemanas air mesin sememangnya lebih mudah daripada pemanas air gas yang memerlukan anda memotong dinding hanya untuk menggantung mesin. Di sinilah kebanyakan orang melakukan banyak kesalahan. Secara umum, pemanas air elektrik tidak memerlukan bit gerudi 6 mm untuk melubangi dinding dan memasang penyokong mesin. Tetapi untuk kebaikan bersama, ternyata langkah ini diperlukan agar mesin pemanas tidak mudah rosak dan menyusahkan pengguna, terutama mereka yang menggunakan pancuran mandian. Pasang mesin pemanas menggunakan penyangga pemanas air gas yang lebih berkualiti.
TANDA-TANDA WATER HEATER ELEKTRIK ROSAK
Faktor lain yang menyebabkan kegagalan pemanas air adalah tanda kerosakan yang diabaikan oleh pemilik rumah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut adalah ciri-ciri pemanas air yang rosak:
1. Air yang keluar keruh
Sekiranya air yang keluar dari pancuran mandi anda kelihatan keruh, matikan mesin pemanas dengan cepat dan elakkan menggunakannya dalam masa terdekat. Uji juga bau air, jika berbau amis, maka kesalahannya ada pada paip utama mesin pemanas. Segera hubungi pembaik pulih terdekat yang memahami cara membaiki paip pemanasan, kerana cara memperbaikinya lebih rumit.
2. Mesin pemanasan mengeluarkan bunyi
Enjin yang berbunyi biasanya menunjukkan bahawa unit pemanasan telah digunakan terlalu lama kerana enapan telah terkumpul di dalam tangki. Enapan yang terkumpul dari masa ke masa akan mengeras dan merosakkan penapis air sehingga mesin berbunyi. Anda perlu menukar kepada mesin pemanas yang baru.
3. Terdapat rembesan air di permukaan water heater elektrik
Kebocoran pada tangki pemanas air! Apabila mesin telah digunakan selama bertahun-tahun atau digunakan terlalu lama dalam sehari, logam di dalam tangki akan mengembang dan menyebabkan keretakan pada mesin. Sekiranya ia retak, anda boleh menggantinya dengan mesin baru tanpa perlu mengganti paip.
LANGKAH KESELAMATAN
Water heater elektrik perlu diberi perhatian dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan sebarang kerosakkan dari berlaku. Kerosakan dan kegagalan fungsi pada alat pemanas air elektrik boleh mengakibatkan renjatan dan kematian.
Pastikan ada sticker SIRIM yang ini untuk water heater.
Sebagai pengguna, anda memang dinasihati untuk membeli barangan yang mempunyai label SIRIM. Label ini bermaksud barangan tersebut diiktiraf oleh SIRIM, menepati piawaian dan memenuhi standard khusus. Pihak SIRIM juga ada menekankan kepentingan label mereka pada barangan elektrik.
Jadi, adalah amat penting untuk memilih sebuah alat pemanas air elektrik yang memiliki label SIRIM. Langkah ini adalah bagi mengelak sebarang kemungkinan yang mampu mengancam nyawa anda dan yang tersayang.
Pilih kontraktor elektrik yang berdaftar
Setelah memilih alat pemanas air elektrik yang diiktiraf, kini anda perlu memilih kontraktor elektrik yang berdaftar untuk melakukan kerja-kerja pemasangan. Elakkan dari menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar serta mencuba untuk memasang alat pemanas air elektrik anda sendiri. Adalah penting untuk sebarang kerja-kerja melibatkan pendawaian elektrik dilaksanakan oleh mereka yang pakar dan bertauliah sahaja. Langkah ini bertujuan untuk mencegah kemungkinan alat pemanas air dipasang secara salah.
Pihak kontraktor elektrik yang berdaftar akan melakukan kerja-kerja pemasangan alat pemanas air elektrik anda dengan sempurna serta mengikuti langkah-langkah aspek keselamatan yang betul. Maka keselamatan anda sebagai pengguna terjamin.
Gantikan alat pemanas air elektrik yang lapuk
Jika anda memiliki alat pemanas air elektrik jenis model keluaran 10 tahun yang lalu atau lebih, anda perlu menggantikan alat tersebut dengan segera. Ini kerana alat pemanas air elektrik jenis model lama tidak mempunyai ciri2 keselamatan terkini.
Model keluaran baru bagi alat pemanas air elektrik memiliki ciri keselamatan terkini seperti residual current device (RCD) yang memainkan peranan penting dalam mengesan kebocoran arus dan menghentikan pengaliran arus elektrik jika berlaku kebocoron dengan serta-merta.
Selenggara alat pemanas air elektrik secara berkala
Ramai tidak mengetahui bahawa alat pemanas air elektrik juga perlu diselenggara dari masa ke semasa. Adalah penting untuk menggunakan khidmat kontraktor elektrik yang berdaftar bagi tujuan menyelenggara alat pemanas air. Jika terdapat kerosakkan, pastikan ia diganti dengan alat ganti yang tulen dan memiliki label SIRIM.
Elakkan daripada mencuba untuk membaiki alat pemanas air dengan sendiri dirumah. Khidmat selenggara dari pakar adalah dijamin lebih selamat.
Walaupun negara kita beriklim khatulistiwa, pemanas air elektrik sudah menjadi alatan wajib dimiliki di setiap rumah. Mandi air yang suam atau panas banyak memberi kebaikan kepada tubuh badan kita. Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa mandian air panas dapat membantu melancarkan peredaran darah, melegakan ketegangan otot, merawat kulit yang bermasalah dan mengurangkan tekanan.
Adalah amat penting untuk memastikan produk yang menjadi pilihan anda menepati ciri-ciri keselamatan yang telah digariskan, sebelum membuat sebarang pembelian.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...