Kalau anak berjaga malam itu sesuatu yang biasa dihadapi oleh semua ibu bapa yang baru menerima cahaya mata. Kadang-kadang tak larat nak melayan si kecil pada waktu malam.
Menerusi posting di facebook Encik Ahmad Syakir Amran, beliau telah berkongsi tip bagaimana anaknya dari seawal umur sebulan tak pernah meragam pada waktu malam.
Ads
Kawan-kawan yang baru dapat baby & bakal dapat baby korang boleh cuba tips ni In Sha Allah berkesan & tido malam korang tak terganggu;
Ads
1. sebelum tido malam tuka pampers baby siap2 bg dia selesa
2. lebih kan 1oz susu sebelum tido, contoh kalo selalu baby minum 3oz buat 4oz sblum tido
Ads
3. kalo baby bagun menagis malam biarkn dulu dia menangis 5-10 minit baru bagi susu jgn biasakn bila menangis terus bagi susu sbb nk tuka mind set baby, yg ni perit ckit tp kene kental, tgk mcm kesian, try seminggu
ALHAMDULILLAH DARI UMUR RAIESYA 1 BULAN SAMPAI LAH SEKARANG DIA TAK PERNAH BAGUN MALAM,
Tips ni ak belajar dari Consultant Paediatric Dr.Tan Eng Kian dari salam hospital shah alam masa ak check up anak ak Raiesya, apa2 hal korang bole rujuk dia bnyk lg tips2 berguna korang boleh belajar dr dia, ok good luck!
Kalau anak-anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali balik ke rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu. Nak keluarga yang bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya itu kita yang kena belajar.
Bina suasana yang lebih bahagia di rumah dengan 5 cara ni.
✅ Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah.
Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri.
Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.
✅ Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik beradiknya yang lain.
Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza.
Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.
✅ Jauhkan diri dari rasa sayang anak bersyarat.
“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.
✅ Mengugut anak tu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.
Contoh mengugut:
❌ “Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”
Cara yang lebih baik:
“Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Jom kita susun kasut sama-sama.”
✅ Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni kuat berlakon. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”
Bila orang puji anak kita baik, ucaplah Alhamdulillah dan terima kasih. Aminkan kata-kata mereka moga jadi kenyataan.
Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sungguh.
Tidak dinafikan proses hamil & melahirkan cukup menyakitkan. Hadirnya anak dalam keluarga sebuah rahmat, punca mengalirnya keberkatan & rezeki dalam keluarga.
Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini menyentuh sanubari ibu & ayah yang kadangkala terlupa detik sukar mengandung & melahirkan dan tidak menghargai anak-anak. Dalam kesibukan urusan dunia, jangan abaikan tanggungjawab memberikan kasih sayang & perhatian kepada mereka.
Main sorok-sorok dengan anak dan isteri. Tak sabar nak jumpa umi & anak-anak.
Pandanglah anak-anak & isteri dengan kasih sayang. Sakit sangat untuk dapat seorang anak, bersyukurlah. Ada yang diuji tanpa anak. Hargailah pasangan kerana Allah.
Ingat suatu hari nanti anak-anak akan meninggalkan rumah & pasti kita akan terpisah.
Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Jangan pandang rendah, cari emas dalam diri mereka, hargai, puji & doakan mereka.
Jika kita tak hargai anak, siapa lagi nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’.
Pegang & dukung anak rahmat Allah, Allah sayang kita. Bila mati anak yang akan doakan kita. Doa mereka membawa kita kepada reda Allah.
Apakah benar, bila kita baru dapat baby dan ada abang atau kakak baby itu nampak cemburu? Bagaimana nak atasinya? Apabila anda hendak mendapat anak baru, anda perlu menyediakan si abang atau si kakak dari segi fizikal, mental, emosi dan jiwa.
Jika anak itu di bawah 2 tahun, dia masih kecil dan cara menanganinya berbeza dengan anak yang 4 atau 5 tahun. Ikuti perkongsian Ibu Rose mengikut umur anak yang perlu anda tahu.
Sediakan anak dari 4 sudut:
1. Fizikal
Perlu bijak menggunakan badan fizikalnya. Untuk anak di bawah 2 tahun, ajar dia untuk membelai baby. Sebab pada usia ini, anak tidak begitu pandai mengawal kekuatan tangannya. Oleh itu, selalu anak pada usia ini, bila berjumpa baby, dia akan nampak seorang menampar baby. Tetapi sebenarnya dia hanya hendak memegang. Tapi bila selalu sangat dimarah, maka dia akan benci pada baby baru itu.
Bila baby dah lahir, pada bulan pertama dukunglah dia jika dia minta. Buatlah lebih kurang sama apa yang anda buat pada baby, pada dia. Mungkin tidak perlu sampai sebulan.
Jika anda dah sediakan minda dan emosinya sebelum baby lahir, anak itu cepat faham, dia lagi banyak buat benda dari adik kecilnya. Elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.
Untuk yang lebih 3 tahun, dia mungkin tidak akan minta di dukung, tapi untuk mengelakkan cemburu, banyakkan membelai anak itu. Kiss, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap kiss and peluk.
2. Minda
Minda perlu ilmu. Oleh itu berilah ilmu mengenai pertumbuhan adiknya sebelum lahir dan setelah lahir. Bacalah buku dan tunjuk gambar baby. Cerita bagaimana rupa baby pada setiap bulan dan ajak dia pegang baby dalam perut itu. Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi
Keperluan hati ialah kasih sayang. Oleh itu pastikan abang atau kakak berasa lebih disayangi setelah ada adik. Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
Emosilah yang paling perlu dijaga. Oleh itu banyak menyediakan emosinya untuk menerima kedatangan adiknya. Jika ada orang cuba menanam cemburu, contoh; ‘nanti dah ada adik, mak tak de masa nak layan kamu…padan muka’ , cepat-cepat di situ anda counter balik dan kata, ‘ nanti dia dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
Anda suami isteri perlu bekerjasama memastikan ada masa khas untuk si kakak atau si abang. Adakan special time. Tak perlu lama, 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa
Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik. Oleh itu ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik. Selalu raikan perbuatan baiknya dan katakan dia seorang yang rajin, sayang mama and papa dan sayang adik. Dia sangat dikasihi dan anda bangga dengannya.
Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Di sinilah ibu bapa selalu kecundang, sebab hanya arah dan suruh si kakak dan abang. Tidak mengambil masa menyediakan mereka tentang kefahaman berbakti. Lantaran itu menyebabkan anak berasa dia tidak disayangi lagi. Inilah yang menyebabkan dia memberontak lalu mengamuk.
Anak yang besar itu juga memerlukan ruang dan masa untuk adjust dengan perubahan itu. Walaupun anda sudah menyediakan dari semua sudut, persediaan tidak sama dengan melaluinya. Oleh itu, jika dia mengamuk, SABAR dan tenangkan dia dengan kata-kata kasih.
Pada masa cucu Ibu Azzara mendapat adiknya, Muhamad, usia dia sudah 4 tahun. Mamanya sudah sediakan dia di empat sudut ini. Namun, pada hari ke empat Ibu lihat dia nampak senang marah. Ibu pun bertanya kepadanya, “Az-Zahraa rasa tak selesa dekat hati ya. Rasa sedih tapi Az-zahraa suka dapat adik, tapi rasa sedih sikit ya,” dia menggangguk. Ibu pun menyatakan kepadanya, tak mengapa, itu bukan tanda dia tak sayang adiknya. Itu cuma kerana bila adiknya lahir, banyak perubahan dalam hidupnya.
Tidur pun adakalanya terganggu sebab adik menangis. Ibu tenangkan hatinya dan Ibu kata ” Mari kita buang tenaga marah itu dan tumbuk bantal ni. Tumbuklah bantal tu sampai Az-Zahraa puas hati. Az-Zahraa pun melakukan untuk 2-3 minit. Lepas tu dia mengatakan kepada Ibu dia sudah rasa selesa kembali. Ibu pun memberitahunya, jika dia rasa tidak selesa lagi di hatinya, dapatkan saja bantal special itu dan tumbuk.
Dalam masa kurang seminggu, dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan itu dengan baik.
Mamanya pun sudah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan. Dan dia khaskan masa bersama Az-Zahraa setiap hari. Tidak pernah Az-Zahraa cemburu dengan adiknya. Bila ditanya, dia akan mengata; “I am mama little helper. I love Pocoyo (gelaran yang dia beri kepada adiknya).
Ibu harap perkongsian ini membantu anda. Kepada Allah kita bersyukur. Hanya dialah yang mendatangkan ilham baik kepada kita ibu bapa yang penyayang dan berazam mahu menjadi penyayang.
Semoga kita senantiasa menjaga perhubungan penuh kasih-sayang di dalam keluarga. Bila perhubungan ahli keluarga baik dan sihat, maka keluarga penuh kasih.
Love you so much!
Nota Ringkas Atasi Anak Jealous Bila Dapat Adik Baru:
1. Fizikal
– Dukung jika diminta, cium, belai, peluk selalu
2. Minda
– Minda perlu ilmu
– Bacalah buku dan tunjuk gambar baby, bagaimana perkembangannya di dalam perut
– ajak dia pegang baby dalam perut itu.
– Selalu ceritakan apa yang anda akan buat bersamanya untuk baby dan apa baby akan buat dengannya bila baby dah besar.
3. Emosi
– Keperluan hati ialah kasih sayang.
– Selalu katakan bila baby dah lahir, kasih sayang anda pada si kakak atau abang lagi akan bertambah sebab dia sayang adiknya dan dia sekarang mama little helper atau daddy little helper.
– Selalu kata, ‘ nanti dah ada adik, mak lagi sayang sebab dia sayang adik dia dan dia suka layan adik dia baik-baik, sebab dia precious mama and ayah. Dan kiss tangan kecil dia.
– Adakan special time. 20 minit sehari pun cukup.
4. Jiwa
– Jiwa memerlukan melakukan amalan baik, berbuat baik.
– Ajak anak untuk melakukan sesuatu untuk adiknya, atau si ayah ajak anak yang besar itu sediakan sarapan, atau ambilkan barang untuk adik.
– Selalu raikan perbuatan baiknya.
– Dia sangat dikasihi and anda bangga dengannya.
– Tunjukkan pada dia bagaimana pertolongannya membantu memudahkan kerja anda.
Salam Kasih
Sumber:
Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!