Bila bercakap tentang ilmu Faraid pasti ramai yang bertanya tentang harta peninggalan suami. Tak ramai yang tahu tentang harta faraid jika berlaku kematian pada si isteri. Ada juga yang menyangka semua harta isteri akan jatuh pada suami walhal harta isteri perlu difaraidkan.

Sama seperti perkongsian dari Roslina Sabiyah & Co. dimana ada yang datang mengadu tentang suami si mati ingin mengambil semua harta si mati tanpa mengetahui tentang hukum faraid. Sama-sama kita baca perkongsian ini.

Ramai Yang Tak Tahu, Bila Isteri Meninggal Harta Bukan Hak Suami Semata. Ada Hak Waris Asobah
Muslims reading from the quran

Soalan:

Puan, arwah kakak saya baru meninggal. Beliau meninggalkan seorang suami, ibu ayah masih ada dan beliau tidak ada anak. Kakak ada 5 adik-beradik termasuk saya (3 lelaki dan 2 perempuan). Kakak seorang yang bekerjaya dan mempunyai beberapa harta peninggalan berbentuk rumah, tanah dan beberapa simpanan di kwsp, tabung haji dan bank.

Masalahnya puan, suami kakak mengatakan harta2 tu semua akan jadi 100% hak suami semuanya kerana beliau ialah waris asobah kepada isteri. Bukankah kami adik-beradik si mati pun ada bahagian puan? Mohon pencerahan.

Jawapan:

IKLAN

Suami bukan waris asobah!

Apa maksudnya? Jika isteri meninggal dunia, harta2 isteri bukanlah automatik akan jadi milik suami semuanya. Rumah yang atas nama isteri, akaun bank, kwsp, tabung haji, asb, barang kemas dan lain2.. akan kena difaraidkan kepada waris2 faraid isteri.

Siapa waris faraid isteri tu tadi?

Suami: 3/6 (suami dapat 1/2 kerana si mati tiada anak)
Ibu: 1/6 (ibu dapat 1/6 kerana si mati meninggalkan saudara lebih dari seorang)
Bapa: 2/6 (bapa dapat 1/6 dan baki)
5 adik beradik (3L&2P): tak dapat faraid kerana terhalang oleh bapa.

IKLAN

Waris asobah hanyalah anak lelaki, bapa, bapa saudara, datuk, cucu lelaki dan adik-beradik lelaki. Tapi perlu diingat, dalam 1 situasi kematian, hanya ada 1 kategori asobah sahaja yang boleh wujud dalam 1 masa. Contohnya, kalau si mati ada anak lelaki, maka bapa atau datuk atau adik-beradik dah tak boleh jadi waris asobah. Waris asobah hanya akan dapat bahagian faraid selepas ditolak bahagian faraid waris fardhu dahulu. Kadang2 waris asobah akan dapat bahagian yang paling banyak dan kadang2 ada juga keadaan yang waris asobah langsung tak dapat bahagian kerana tiada lagi baki faraid.

Berapa bahagian suami? Jika si isteri meninggal dunia dan dia tak ada anak, suami akan dapat 1/2. Tapi kalau si mati ada anak, maka suami akan dapat 1/4. Walaupun si isteri tu baru kahwin dengan suami tu beberapa bulan. Si suami tetap ada hak faraid ke atas harta isteri walaupun harta2 isteri tu diperolehi dari harta pusaka arwah suami yang sebelumnya.

Selain hak faraid, suami juga boleh mohon harta sepencarian ke atas harta pusaka isteri di mahkamah syariah. Harta sepencarian bukan diperolehi secara automatik tapi perlu dimohon dan diputuskan di mahkamah syariah berapa bahagian yang suami akan layak dapat.

Kesimpulannya: Suami tak dapat 100% kerana suami tertakluk kepada bahagian faraid (1/2 @ 1/4). Adik-beradik si mati juga tak dapat bahagian pusaka kerana telah terhalang oleh bapa yang merupakan waris asobah.

IKLAN

Pengajarannya: semua persoalan perlu diselesaikan dengan secara baik dan berlandaskan ilmu. Kadang2 kita rasa bahagian kita banyak dan kita rasa kita ada hak ke atas sesuatu. Rupa2nya selepas diperhalusi, bahagian kita hanya terhad sahaja ataupun sebenarnya tak ada bahagian langsung rupanya. Sebab itu penting untuk merujuk masalah kepada yang ahlinya dan bukannya selesaikan masalah dengan emosi atau bersangka-sangka. Moga ada manfaatnya.

Biar tahu jangan keliru.

#rancanghartaelaksengketa
#celikfaraid
#celikpusaka

Kredit: Roslina Sabiyah & Co.

Ramai Yang Tak Tahu, Bila Isteri Meninggal Harta Bukan Hak Suami Semata. Ada Hak Waris Asobah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI