Ramai ibu bapa risau anak dah nak masuk 5 tahun tapi masih tak boleh membaca, sehingga ada yang menyalahkan ibu bapa.

Hingga sampai satu tahap ibu bapa rasa bersalah dan jadi malu apabila lihat anak orang lain bukan main laju membaca sedangkan anak sendiri tengah merangkak membaca.

Kenapa perasaan ini sentiasa menghantui semua ibu? Sebenarnya ibu bapa jangan rasa itu adalah kesilapan besar. Bagi ruang pada anak tanpa paksaan. Anak-anak akan boleh capa matlamat tersebut dengan syarat kita ikut flow yang betul. Percayalah!

Anak Tak Pandai Bermain, Bersosial Sebenarnya Patut Mak Ayah Risau Daripada Anak Tak Boleh Baca

Ini yang dikongsikan oleh seorang ibu, Wawa Shauqi yang sangat bermanfaat untuk semua ibu bapa.

Ada beberapa orang kawan saya menyuarakan kerisauan bila anak-anak mereka belum boleh membaca walaupun dah berumur 5 tahun.

Ada yang suarakan risau di status facebook, terutama bila dapat komen sendiri dari cikgu.

Jangan risau kawan-kawan. Patutnya lagi risau kalau anak dipaksa dan didesak untuk kuasai membaca.

Rama-rama akan keluar dari kepompong bila dah bersedia. Kalau dipaksa keluar sebelum kepak sempurna terbentuk, bayangkan betapa struggle mereka nak terbang.

Macam mana nak jadikan anak ‘rama-rama yang bersedia’? Penuhi fitrah bermain mereka dahulu.

Ya. Itu yang patut kita risau sebenarnya. Risau bila anak tak reti bermain. Dakkk, tak buat kelakar ni.

IKLAN

Sungguh!

Anak Tak Pandai Bermain, Bersosial Sebenarnya Patut Mak Ayah Risau Daripada Anak Tak Boleh Baca

Main tu pekerjaan anak-anak.  Main memang kerjaya mereka. Itu sebab bila kita mengadu kat terapis masalah anak kita speech delay contohnya, terapis minta anak-anak bermain. Apa kaitan kan?

Dari bermain,  anak dapat dinilai bagaimana mereka melibatkan diri secara sosial.

Dari bermain, anak dapat dinilai bagaimana mereka menggunakan badan.

Dari bermain, anak dapat dinilai adakah mereka punya join attention yang baik.

IKLAN

Dari bermain, anak dapat dinilai adakah mereka ada kawalan postur yang baik, bagaimana dia nak berkomunikasi dengan persekitaran, dan adakah anak dah dapat gunakan badan secara automatik.

Oleh kerana bahagian tengah tubuh adalah bahagian yang paling asas yang menjadi indikasi otak anak berkembang dengan baik, jadi adalah sangat penting ia dapat bekerja dengan cekap.

Apa maksud bekerja dengan cekap? Anak mampu menggunakan kefungsian badan dengan automatik, tanpa perlu bagi tumpuan para anggota badan yang bekerja.

 

Anak Tak Pandai Bermain, Bersosial Sebenarnya Patut Mak Ayah Risau Daripada Anak Tak Boleh Baca

Contoh, mampu turun dan naik tangga tanpa pegang railing, mampu melompat ke depan dan memanjat tanpa bantuan orang, dapat menyuarakan keinginan dan faham bila diberi arahan dan sebagainya.

IKLAN

Mengikut carta milestone. (dalam buku KK pun ada)

Kalau dirujuk Piramid Pembelajaran kanak-kanak, education tu letak paling atas bersekali komunikasi dan kemahiran urus diri.

Bermakna ia berada di kedudukan terakhir sekali untuk dikuasai. Education tu proses paling last selepas dapat kuasai sensori (deria pada badan), dapat kuasai motor pada badan dan kebolehan anak untuk faham persekitaran.

Bukan kata pembelajaran itu tak penting sampai tak perlu diambil tahu. Penting. Cuma first thing first.

Rumah pun kalau nak bina, kena bina ASAS dulu sebelum dibina dinding, atap dan lantai. Kalau terus bina dinding, atap dan lantai, konfem roboh!

Dah cemerlang penggunaan badan, komunikasi dan sosial anak-anak, baru fikirkan untuk ajar anak membaca. Ok!

Tapi… satu bonus yang besar kalau ada ibu-ibu yang bukan sahaja dapat bantu anak kuasai asas keperluan sensori, motor dan perceptual anak, malah dapat bantu anak cepat membaca.

Ingat, anak yang pandai tak semestinya mahir dalam kehidupan. Jangan skip proses.

Kita tak nak lihat anak ketinggalan pelajaran. Kita juga taknak lihat generasi yang SPM 10A1, tapi tak pandai bersosial, baran, tak beradab dan gagal urus diri sendiri, apatah lagi komuniti.

Peranan mendidik yang utama adalah ibu bapa. Guru cuma membantu.

Sumber: Wawa Shauqi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI