Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala. Tiada anak yang semulajadi nakal. Fitrah anak itu bersih. Hati mereka asalnya putih. Sehinggalah cara kita respon pada mereka membuatkan mereka tersentak dan menyerapnya!
Cara kita REACT dengan kemahuan mereka Cara kita RESPON dengan tangisan mereka Cara kita MELAYAN karenah mereka Cara kita MELAYAN ibunya Cara kita MELAYAN bapanya Cara kita MELAYAN adik beradiknya Cara kita MELAYAN orang di sekelilingnya
Semua itu diserap dan direkod sempurna!
Sampai masanya nanti semuanya akan dihambur dan dipraktikkan pula. Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala.
Tanpa kita muhasabah pada diri kita
Tanpa kita selidik kesalahan kita
Tanpa kita perhati GAYA PARENTING kita
Tanpa kita terima ianya datang daripada diri kita!
Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi untuk mendidik anak-anak supaya sentiasa semangat berpuasa dia memberikan ganjaran untuk anak-anaknya setiap hari jika mereka berpuasa penuh.
Fazley yang mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah, 11, Ahmad Fieradz Shah, 10, Ahmad Firudz Shah, 8 dan seorang anak perempuan, Alayna Selma, 2 hasil perkahwinannya dengan Datin Azrene Ahmad pada 2007.
“Saya menyediakan sebuah kotak khas ala-ala cabutan bertuah yang mempunyai hadiah misteri untuk tiga orang anak lelaki saya. Sepanjang 30 hari Ramadan, akan ada satu hadiah untuk mereka jika mereka dapat melengkapkan ibadah puasa.
“Setiap kali Ramadan saya memang galakkan anak-anak saya berpuasa penuh. Saya akan siapkan hadiah harian, hadiah mingguan dan hadiah genap sebulan berpuasa sebagai pembakar semangat kepada mereka. Tahun ni pun saya tetap buat yang sama.
“Ia bertujuan untuk menaikkan semangat dan memberi dorongan untuk mereka berpuasa penuh. Hadiah harian saya berikan sesuatu yang biasa sahaja tetapi untuk setiap akhir minggu, saya berikan hadiah yang sedikit istimewa berbanding hadiah harian,” katanya.
Fazley ditemui di majlis pelancaran kempen Aidilfitri ‘Semanis Syawal MyTown’ di pusat membeli belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Fazley berkata, tiga orang anak lelakinya bersemangat untuk berpuasa penuh bagi mendapat hadiah misteri yang disediakan.
“Kali ni ada kotak khas yang saya masukkan hadiah terus atau kertas untuk ‘clue’ hadiah yang akan mereka dapat. Kali ni antara clue-nya ialah “Big Hugs” atau “Pelukan Besar”.
“Alhamdulillah, cara yang dilakukannya bersama isteri berkesan dan anak-anak saya untuk berpuasa penuh dan mereka fokus. Mereka juga tidak mahu ponteng puasa untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan,” kata Fazley lagi.
Sumber: ig Fazley Yaakod & astro gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak mahu mereka susah, kita sanggup lakukan apa saja untuk memudahkan kehidupan mereka. Dalam diam sebenarnya kita tak sedar yang sebenarnya telah memanjakan mereka sehingga anak tidak mampu berdikari.
Terlalu risaukan keadaan anak mungkin menyebabkan kita take charge segala kesusahan atau cabaran yang dihadapi oleh mereka. Dr Redza Zainol melalui perkongsiannya di laman Twitter ada berkongsi tentang keadaan ini.
Menurutnya, ada seorang kanak-kanak perempuan ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Untuk menguji tahap perkembangan mereka, doktor ini meminta kanak-kanak tersebut untuk lukis sebuah bulatan. Namun yang memeranjatkan apabila ibu kanak-kanak tersebut memegang tangan anaknya untuk melukis bersama.
Selepas berkali-kali doktor ini meminta is ibu melepaskan tangan anaknya, baharulah dia menurut. Kemudian dia diminta untuk melukis garisan lurus pula. Sekali lagi ibunya mahu membantu. Doktor meminta si ibu membiarkan anaknya buat sendiri dan sebenarnya kanak-kanak perempuan itu mampu melakukannya dengan baik.
Apabila berkongsi tentang hal ini dengan isterinya, rupa-rupanya ibu ayah begini dipanggil sebagai LAWNMOWER PARENTS.
Jom lihat apakah kriteria LAWNMOWER PARENTS ini:
“Tak benarkan anak menangani konflik.”
“Ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.”
“Tak benarkan anak naik basikal, takut cedera.”
“Sanggup bertengkar dengan guru anak.”
Kesannya? Anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup.
Berpada-padalah ketika kita membantu anak ketika mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah. Anak-anak mempunyai potensi mereka yang tersendiri dan perlu mendapat sokongan kita untuk membantu mereka berjaya. Lebihkan galakan bukan bantuan supaya mereka sentiasa berpeluang untuk berfikiran secara kreatif.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anda moms-to-be dan mahu belajar ilmu berpantang yang betul? Jangan ketinggalan untuk menyertai Pa&Ma E Workshop yang akan mengetengahkan tentang kepentingan berpantang serta cara terbaik untuk melakukannya. Nak sertai, klik SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“bila anak korang minta makanan tak sihat ataupun terlebih makan, jangan ikut, dia orang tak tahu, dia orang nak makan je, anak kita tak tahu benda ini bermanfaat atau tidak.”
Itulah luahan ikhlas dan tegas daripada seorang bapa yang kini tular di Instagram melalui video yang telah dimuat naik oleh seorang jurulatih kecergasan, @tareqfit91.
Dalam video itu, beliau menyeru ibu bapa untuk muhasabah diri dan sedar bahawa tanggungjawab menjaga kesihatan anak adalah tanggungjawab kita bukan anak.
Jika anak sentiasa minta makanan manis dan jajan, itu atas dasar kita yang beri. Kalau anak tak suka sayur, kita yang tak ajar. Kalau anak melekat dengan skrin dari pagi sampai malam, kita yang tak hadkan.
Bila semua ini berlaku tanpa kawalan, badan anak yang menderita. Dan bila mereka jatuh sakit, kitalah yang akan menanggung segala sesal dan tangisan.
Klip video tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai menyokong mesej Tareq dan menyatakan perkara ini sudah lama patut ditegur.
“Terbaik bang… nasihat yang betul 👏👏👏👏👏”
“Anak dia comel and it is true… kita kena jaga kesihatan anak-anak”
“Kalau tengok video adik ni, terus skip. Sebab kesian kat dia, seolah jadi bahan content mak pak. Kesian kat anak tu… usaha cara hidup sihat. Anak-anak kecil terdedah dengan diabetes sekarang ni 😢”
“At last ada orang yang tegur. Sebab memang tak cute langsung, kesian lagi ada 😢”
“Chubby lain, obese tu lain… tolong la bezakan. Obese tu merosakkan badan. Bayangkan sendi-sendinya yang lembut terpaksa tampung berat berlebihan. Tu belum lagi organ lain yang terpaksa overworked. Budak, apa lah dia tahu 😔”
Teguran ini bukan untuk menghina, tetapi menyedarkan. Netizen bersuara kerana mereka sayangkan anak-anak ini.
Lima langkah penting:
Kawal pengambilan makanan anak – Elak makanan proses, minuman bergula dan jajan harian.
Jadi contoh – Anak tengok cara kita makan dan hidup, bukan apa yang kita cakap.
Libatkan anak dalam aktiviti fizikal – Bawa berjalan, main di taman, bersukan.
Didik dari kecil – Bagi mereka faham beza makanan sihat dan tidak.
Kurangkan skrin, tambah gerak badan – 20 minit bergerak lebih baik dari 2 jam duduk.
Kalau kita sayang anak, kita tak biar mereka sakit baru nak berubah. Kita ubah sekarang walaupun susah, walaupun kena paksa diri. Sebab anak tu amanah, bukan alat content, bukan boneka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!