Ketika di landa musim panas, anak-anak mudah tidak sihat dan demam. Keadaan semakin bertambah teruk bila mana anak mula alami selsema dan batuk berkahak pada tempoh yang lama. Jangan biarkan sahaja sebaliknya cuba usahakan sesuatu agar batuk anak semakin reda.

Salah satu resipi yang boleh disediakan oleh ibu untuk meredakan batuk berkahak ini adalah dengan menyediakan Sup Singo Pear. Jom cuba resipi ringkas yang disediakan oleh Puan Fazrin Shukri ini di facebooknya. Bukan hanya baik untuk redakan kahak anak bahkan ia juga bagus untuk bayi yang mengalami masalah sembelit.

Anak Tak Sihat Dan Batuk Berkahak, Boleh Cuba Resipi Sup Singo Pear Ni, Ringkas Je!

Okay resipi sup singo pear. Musim-musim panas ni elok bagi anak makan sebab ramai anak-anak yang tak sihat, batuk-batuk.

Jom bagi anak Singo pear. Dikenali juga dengan golden pear atau korean pear. Sup ni juga merupakan healing soup (chinese medicine) terutama baby yang sedang batuk dan berkahak. Sup dari singo pear ni adalah salah satu superfood tau, bagus untuk anak batuk berkahak & elak sembelit.

Singo Pear agak mahal berbanding Chinese Pear biasa (Lai Pear). Singo Pear selalu di jual 2 biji sebekas. Boleh diberi pada anak-anak seawal 6 bulan. Sama ada dibuat puri atau sup.

IKLAN

Singo Pear memiliki kandungan Vitamin C dan Vitamin K serta copper yang penting untuk meningkatkan pertahanan tubuh. Buah ini juga dikatakan mampu membantu melegakan batuk berkahak kerana ia mengandungi air yang banyak. Secara tak langsung, ia membantu lendiran kahak untuk keluar melalui najis.

Menurut sumber, para tabib Cina selalu mengesyorkan buah ini sebagai salah satu alternatif untuk mempercepatkan penyembuhan. Anak umur 2 tahun kan tak elok makan ubat, boleh la cuba cara ni.

IKLAN

Anak Tak Sihat Dan Batuk Berkahak, Boleh Cuba Resipi Sup Singo Pear Ni, Ringkas Je!

Resepi Singo Pear Soup ni mudah saja.

IKLAN

Bahan-bahan:
Buah Singo Pear
Bawang merah
Bawang putih
Rempah tumis
Isi ayam

Anak Tak Sihat Dan Batuk Berkahak, Boleh Cuba Resipi Sup Singo Pear Ni, Ringkas Je!

Potong je bawang-bawang tu. Kalau nak tambah red date pun boleh.

Reneh sampai lembut. Letak kaki ayam lagi bagus, kaki ayam organik ada kat rumah, tapi lupa nak defrost tadi. Pakai ayam bahagian tulang jela. Sedap, manis-manis rasa dia. Habis kara hirup sup, esok boleh buat pakai kaki ayam pulak.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI