Penyampai radio dan pelawak, Ajak Shiro dipuji wargamaya kerana tidak malu mendedahkan bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ulangan bagi subjek Matematik tidak lama lagi.
Semuanya demi memberi semangat kepada anak sulungnya yang turut sama mengambil SPM tahun ini selain memperbaiki keputusan peperiksaannya yang terdahulu.
Idea dan kesungguhan bapa kepada tiga cahaya mata ini sudah semestinya dipuji ramai. Akui Ajak lagi, keputusan itu dibuat selepas melihat anak sulungnya, Jad Thaqif yang turut lemah dalam subjek Matematik tertekan ketika berada dalam kelas tambahan.
“Apabila hantar anak masuk tuisyen, saya nampak dia (anak sulung) agak tertekan, Jadi, saya cakap pada isteri untuk daftarkan saya sekali untuk ambil ulangan SPM subjek Matematik.
“Sudahnya saya belajar Matematik bersama anak dengan guru yang sama di pusat tuisyen berkenaan. Semasa guru itu mengajar anak, saya pun turut berada di sebelahnya. Saya tunjuk kepayahan saya, anak saya tengok saya bersusah payah, dia ikut apa yang saya buat,”ujarnya.
Ads
Meskipun sudah berusia kata Ajak, dia tetap mahu mengambil peperiksaan ulangan itu untuk dirinya selain memberi semangat kepada anaknya.
“Walaupun saya sudah tua, tapi saya tetap mahu ambil peperiksaan ulangan.
“Ilmu penting kerana orang akan pandang kalau kita berpelajaran. Saya sendiri pentingkan pelajaran anak-anak dan pesan pada mereka agar jangan ikut jalan seperti saya,” katanya lagi.
Ads
Semoga berjaya buat Ajak dan anak untuk kertas peperiksaan Matematik nanti.
Terdahulu, Ajak yang mendirikan rumah tangga bersama, Nur Afifah Amin dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, Mohamad Had Thaqif dan Nada Soffea.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Kadang-kadang dalam rumahtangga, kita terlajak kata bila emosi dan badan tidak sihat. Itulah yang dilalui oleh penyanyi Syasya Rizal, yang berkongsi pengalaman dirinya bergelar seorang isteri di media sosial baru-baru ini.
Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal menceritakan bagaimana dia secara tidak sengaja mendoakan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie, ketika dirinya sedang demam.
“Beberapa hari lepas saya demam. Bila sakit dan emosi, saya tidak sengaja buat sesuatu yang tidak patut. Masa tengah demam, saya terasa hati dengan suami. Mulut terlepas cakap, ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’. Masa itu saya ingat gurau kasar sahaja, tak sangka betul-betul jadi. Allahu, terus rasa berdosa,” kongsinya.
Menurut Syasya, kata-kata seorang isteri bukan sekadar luahan kosong. Malah, doa isteri sangat mustajab dan kadang lebih cepat dimakbulkan daripada yang disangka.
“Jangan doa yang tak baik untuk suami, walau dalam keadaan marah atau sakit hati. Daripada doa benda yang tak elok, lebih baik gunakan kuasa doa isteri untuk kebaikan. Itu doa paling cepat Allah makbulkan,” nasihatnya.
Dalam perkongsian itu juga, Syasya menitipkan pesanan kepada para isteri , jangan biarkan emosi menguasai diri hingga mulut melepaskan kata-kata negatif. Sebaliknya, gunakan kuasa doa untuk mendoakan kebaikan dalam rumah tangga.
Dalam rumahtangga, pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita penat, stres dengan anak-anak, atau sakit badan sehingga mudah rasa kecil hati dengan pasangan. Tetapi sebagai isteri dan ibu, doa kita sangat kuat kesannya. Doakanlah kesihatan, rezeki, dan kebahagiaan untuk suami dan keluarga.
Kerana setiap doa yang baik, insya-Allah akan kembali semula kepada kita dan anak-anak tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Baru pagi tadi mereka keluar bersama, namun siapa sangka itulah perjalanan terakhir buat si kecil Nur Inara Aisyah. Dalam sekelip mata, gelak tawa yang menemani ibu dan ayah bertukar menjadi tangisan yang sukar diungkap dengan kata-kata.”
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut dalam satu kemalangan motosikal yang berlaku di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada Rabu, meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga dan mereka yang mengenalinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.18 pagi itu, Nur Inara Aisyah yang menaiki motosikal bersama ibu dan bapanya disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Kedua ibu bapanya pula mengalami kecederaan dan menerima rawatan selepas kejadian tersebut.
Tragedi itu menjadi detik yang amat memilukan apabila sebuah perjalanan biasa pada waktu pagi bertukar menjadi perpisahan yang tidak dijangka. Kehilangan seorang anak dalam sekelip mata adalah ujian yang sukar diterima oleh mana-mana ibu bapa.
Kejadian yang berlaku di Jalan Cheras itu mengundang perhatian ramai selepas berita mengenainya mula tular di media sosial. Ramai yang meluahkan rasa sedih terhadap nasib keluarga berkenaan yang kehilangan anak tersayang dalam keadaan tragis.
Nur Inara Aisyah dikatakan sedang dalam perjalanan bersama ibu bapanya sebelum motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan. Impak kemalangan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius sehingga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Bagi kedua ibu bapanya, kehilangan yang berlaku secara mengejut itu pasti meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu menjalani rawatan akibat kecederaan yang dialami.
etua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian pada jam 8.18 pagi itu melibatkan motosikal dinaiki mangsa jenis SYM Husky SE, Yamaha Y15ZR dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V.
Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang lelaki bersama isteri berusia 35 tahun dan anak perempuannya berusia lapan tahun dipercayai telah mencelah di antara lorong kiri dan kanan semasa keadaan trafik sesak sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Honda CR-V yang berada di lorong kanan.
“Sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut sebelum terjatuh di atas jalan.
“Kemalangan itu menyebabkan pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian pinggang serta kedua-dua belah kaki,manakala isterinya mengalami kecederaan tangan kanan dan sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Tambahnya, pemandu Honda CR-V tidak mengalami kecederaan dan penunggang Yamaha Y15ZR iaitu lelaki berumur 47 tahun mengalami luka pada bahagian lutut kiri.
Pemergian Nur Inara Aisyah turut dirasai oleh warga Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai. Murid Tahun Tiga itu dikenali sebagai seorang anak yang ceria, peramah dan disenangi oleh rakan-rakan serta guru-gurunya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di media sosial, pihak sekolah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Mereka turut mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Rakan-rakan sekolah yang pernah mengenali Allahyarhamah turut berkongsi kenangan bersama, menggambarkan beliau sebagai seorang murid yang aktif dan sentiasa membawa kegembiraan kepada orang di sekelilingnya.
Berita mengenai kematian kanak-kanak tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat. Ramai pengguna media sosial meninggalkan ucapan takziah dan doa buat keluarga mangsa.
Ada yang mengakui mereka sebak membaca kisah tersebut, manakala sebahagian lagi meluahkan rasa simpati terhadap ibu dan ayah mangsa yang bukan sahaja cedera dalam kemalangan, malah kehilangan anak yang dibawa bersama pada pagi itu.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai kerana menggambarkan betapa pantas kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata. Saat seseorang masih bergelak ketawa bersama keluarga, beberapa minit kemudian segalanya boleh bertukar menjadi tragedi.
Kehilangan seorang anak merupakan antara ujian paling besar dalam kehidupan. Tiada kata yang mampu menggambarkan kesedihan seorang ibu dan ayah apabila terpaksa menerima hakikat bahawa insan yang selama ini menjadi penyeri rumah sudah tiada lagi.
Tempat duduk yang biasa diisi si kecil kini kosong. Suara yang sering menceriakan suasana rumah kini hanya tinggal kenangan. Setiap sudut rumah pasti mengingatkan keluarga kepada momen-momen indah yang pernah dilalui bersama.
Dalam situasi seperti ini, sokongan daripada ahli keluarga, sahabat dan masyarakat amat penting bagi membantu mereka yang sedang berdepan kehilangan besar untuk terus tabah menjalani kehidupan.
Tragedi yang menimpa keluarga ini menyentuh hati ramai pihak. Orang ramai terus menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar kedua ibu bapa mangsa diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Pemergian Nur Inara Aisyah akan terus dikenang oleh keluarga, rakan-rakan dan warga sekolah yang pernah mengenalinya. Walaupun usianya masih muda, kenangan yang ditinggalkan pasti akan kekal dalam ingatan mereka yang menyayanginya.
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarhamah Nur Inara Aisyah. Semoga diberikan ketabahan, dipermudahkan segala urusan dan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, pelakon dan usahawan, Datin Rabecca Nur Al-Islam bakal menerima menantu tidak lama lagi. Hal itu dikongsikan oleh Rebecca menerusi Instagramnya.
Bahkan ibu kepada sembilan cahaya mata ini juga turut memuat naik beberapa keping gambar di majlis pertunangan anak sulungnya di Instagram.
Tampil lengkap sedondon dengan warna hijau, akui Datin Rebecca lagi dia bersyukur kerana majlis pertunangan itu berjalan dengan begitu lancar.
“Hari ini anak kami dah bertambah lagi seorang. Total Semua anak 10 orang. Alhamdulillah segalaNYA dari Allah SWT 🤍
“InsyaAllah jika tiada aral melintang tahun depan kami menerima menantu pertama dalam rumah. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan menjaga ke semua anak anak ku hingga syurga.
“Tahniah Abang Arif and Syazreen. Semoga anakanda berdua kuat menempuh segala rintangan dan dugaan di dalam ikatan pertunangan. Ingat Allah SWT sentiasa. Allah akan ingat & menjaga kita sentiasa,” kongsinya.
Ibu cantik manis ini juga turut berterima kasih kepada keluarga dan semua yang terlibat dalam majlis ringkas itu.
“Alhamdulillah thank you untuk semua family yang datang ke majlis pertunangan anak kami Ayyum dan Syazreen.
“Terima kasih family ku, and thank you juga buat family mertua ku tersayang. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Thank you Allah SWT,” tambahnya lagi.