Ads

Jangan Terlepas! Vaksin MR Percuma Untuk Kanak-Kanak Dibuka Sepanjang 2026, Ini Cara Tempah Slot

Ibu ayah yang masih belum melengkapkan perlindungan vaksin anak, ada berita baik untuk anda. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan pemberian Vaksin Measles Rubella (MR) sepanjang tahun 2026 sebagai usaha tambahan bagi melindungi kanak-kanak daripada jangkitan demam campak (measles) dan rubella.

Lebih menarik, vaksin ini diberikan secara percuma di Klinik Kesihatan KKM yang terlibat. Ibu ayah juga boleh membuat tempahan slot dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera. Program ini terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara yang memenuhi syarat kelayakan.

Berikut adalah penerangan lengkap mengenai vaksin MR, kepentingannya serta cara membuat tempahan.

Apa Itu Vaksin Measles Rubella (MR)?

Vaksin Measles Rubella (MR) merupakan vaksin kombinasi yang diberikan menerusi Aktiviti Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MR SIA) bagi memberikan perlindungan terhadap dua penyakit utama iaitu demam campak (measles) dan rubella.

Vaksin ini mengandungi antigen daripada virus measles dan rubella yang telah dilemahkan. Ia disediakan dalam bentuk serbuk terliofil (lyophilised) sebelum dicampurkan bersama pelarut iaitu air steril sebelum proses suntikan dilakukan.

Selain itu, vaksin MR turut mengandungi bahan penstabil bagi memastikan virus yang dilemahkan kekal stabil serta mengekalkan keberkesanannya sepanjang tempoh penyimpanan sebelum digunakan.

Kenapa Vaksin MR Penting?

Virus measles dan rubella merupakan penyakit yang mudah merebak melalui udara terutamanya apabila seseorang yang dijangkiti batuk atau bersin.

Tanpa perlindungan vaksin, penyebaran penyakit boleh berlaku dengan cepat kerana seorang pesakit sahaja boleh menjangkiti sekitar 12 hingga 18 individu lain di sekelilingnya.

Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk menyembuhkan jangkitan measles dan rubella. Oleh itu, pencegahan melalui vaksinasi adalah langkah terbaik kerana vaksin MR telah terbukti selamat dan berkesan serta digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ads

Bagaimana Demam Campak & Rubella Merebak?

Jangkitan ini boleh tersebar melalui:

  • Batuk
  • Bersin
  • Sentuhan dengan permukaan yang tercemar

Jika berlaku komplikasi, penyakit ini boleh menyebabkan masalah kesihatan serius seperti:

  • Radang otak
  • Radang paru-paru
  • Kebutaan
  • Kematian

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Trending artikel: Bantuan MamaKerja Kini RM10 Juta! Lagi 5000 Ibu Bekerja Terima Insentif RM1,000

Tanda-Tanda Demam Campak & Rubella

Antara tanda-tanda yang boleh berlaku selepas dijangkiti ialah:

Ads

Hari ke-7 hingga 10

  • Demam tinggi
  • Batuk
  • Hidung berair
  • Mata merah

Hari ke-10 hingga 12

  • Muncul tompok putih kecil di dalam mulut

Hari ke-12 hingga 14

  • Ruam merah bermula pada bahagian muka dan merebak ke seluruh badan

Hukum Pengambilan Vaksin Measles Rubella (MR)

Pengambilan vaksin dalam program imunisasi bagi mencegah bahaya penyakit berkenaan adalah diharuskan oleh syarak.

Ia selaras dengan kaedah Fiqhiyyah yang mengambil kira kepentingan menjaga kesihatan serta mencegah kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

Kesan Sampingan Selepas Suntikan Vaksin MR

Seperti mana-mana ubat atau vaksin lain, vaksin MR juga boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan.

Ads

Namun begitu, kebanyakan kesan yang berlaku adalah ringan, tidak berbahaya dan biasanya pulih dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan atau hanya memerlukan rawatan tertentu jika perlu.

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku ialah:

  • Sakit otot atau sendi
  • Sakit, bengkak atau kemerahan di tempat suntikan
  • Demam ringan
  • Ruam kulit yang tidak menyebabkan jangkitan
  • Kelesuan

Syarat Kelayakan Mendapatkan Vaksin MR

Kanak-kanak yang ingin mendapatkan vaksin ini perlu memenuhi syarat berikut:

✅ Belum pernah menerima suntikan MR dalam tempoh 4 Ogos 2025 hingga 1 Disember 2025.
✅ Berusia tidak melebihi 7 tahun ketika menerima suntikan vaksin MR.
✅ Tempahan vaksinasi dibuka sehingga 31 Disember 2026.

Jangan Terlepas! Vaksin MR Percuma Untuk Kanak-Kanak Dibuka Sepanjang 2026, Ini Cara Tempah Slot

Cara Membuat Tempahan Slot Vaksin MR Melalui MySejahtera

Ibu ayah boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Pastikan aplikasi MySejahtera telah dikemas kini kepada versi terkini.
  2. Tekan menu “Appointment” atau “Janji Temu”.
  3. Pilih nama anak. (Daftarkan anak sebagai tanggungan terlebih dahulu jika belum berbuat demikian).
  4. Pilih servis “Supplementary Measles & Rubella (MR SIA)”.
  5. Pilih Klinik Kesihatan KKM berdekatan, tarikh serta masa yang sesuai.
  6. Semak maklumat tempahan dan tekan “Confirm” untuk pengesahan.

Selain membuat tempahan melalui MySejahtera, orang ramai juga boleh mendapatkan janji temu secara terus di Klinik Kesihatan KKM atau hadir secara walk-in ke Klinik Kesihatan KKM berhampiran.

Nak tahu info lanjut di laman ni web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Bawah 17 Tahun Boleh Naik KTM Komuter Percuma! Ini Cara...

Ramai ibu bapa masih tak tahu sebenarnya anak-anak di bawah umur 17 tahun boleh menikmati tambang KTM Komuter secara percuma menerusi program Kad RailLife.