Pemergian pasangan samada suami atau isteri tanpa apa-apa pesan bukan sesuatu yang mudah. Lagi-lagi dengan anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang. Namun siapa kita untuk menidakkan takdir Allah ini.

Jika dah sampai masanya, tak cepat atau tak lama sesaat pun Allah ambil. Jadi yang masih hidup kita perlulah sentiasa reda dan bersedia. Kematian ini bukan untuk orang tua saja, kadang yang masih muda, tiada apa-apa penyakit pun boleh pergi dulu.

Anak Tergamam Abah Tiba-Tiba Rebah. Suami Pergi Tanpa Pesan, Tinggalkan 5 Anak

Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang ibu kepada lima cahaya mata, pemergian suami tanpa pesan benar-benar buatkan mereka sekeluarga terkejut. Apa yang menyedihkan, salah seorang anak lelaki yang ketika itu bersama arwah suami seolah-olah tergamam melihat abahnya tiba-tiba rebah ketika sedang mengisi minyak motor.

@eizaamir82AL-FATIHAH BUAT ARWAH SUAMIKU. PEMERGIANMU MENINGGALKAN SERIBU KENANGAN. VIDEO NI SEHARI SEBELUM ARWAH MENINGGALKAN DIRIKU DAN ANAK2😭 DI PG JUMAAT.♬ Terdiam Sepi – Nazia Marwiana

Tiba-tiba rebah semasa isi minyak motor

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok atas nama eizaamir82, wanita berkenaan berkongsi kisah pahit yang telah mengubah hidupnya kerana kehilangan suami tersayang, Mohd Khamis tiga tahun lalu.

Mengimbas kembali detik sedih itu, Allahyarham suami bersama seorang anak lelakinya pada ketika itu berada di stesen minyak untuk mengisi minyak motosikalnya, namun secara tiba-tiba  rebah sebelum dipangku oleh pekerja di stesen minyak berkenaan dan orang awam.

IKLAN

Anak Tergamam Abah Tiba-Tiba Rebah. Suami Pergi Tanpa Pesan, Tinggalkan 5 Anak

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan, arwah suami dilihat cuba berpaut pada pekerja stesen minyak itu dan terus diangkat ke tempat lebih selamat.

Waktu kejadian itu, lebih menyayat hati, anak lelaki arwah seolah-olah terpinga-pinga dan hanya melihat tubuh abahnya.

Anak Tergamam Abah Tiba-Tiba Rebah. Suami Pergi Tanpa Pesan, Tinggalkan 5 Anak
Lima anak-anak arwah yang sentiasa merindui abahnya

Keesokan harinya pada hari Jumaat yang mulia, bapa kepada 5 orang anak telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Kini, tanggungjawab membesarkan anak terletak di bahu isteri.

IKLAN

Anak Tergamam Abah Tiba-Tiba Rebah. Suami Pergi Tanpa Pesan, Tinggalkan 5 Anak

Apa yang lebih membanggakan, dua anak arwah kini belajar di sekolah tahfiz dan ternyata didikan seorang ibu itu sungguh hebat. Walaupun tanpa seorang lelaki bernama suami dan ayah, jika betul cara didikan ibu, anak-anak ini pula yang akan menjadi tiket ibu bapanya ke syurga.

Kredit : eizaamir82

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN

Anak Tergamam Abah Tiba-Tiba Rebah. Suami Pergi Tanpa Pesan, Tinggalkan 5 Anak

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.

Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.

So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/

FREE je tau Webinar ni!!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI