Kehilangan serentak tiga anak. Itu yang dilalui oleh seorang ibu apabila kereta yang dinaiki mereka sekeluarga telah terbabas dan melanggar treler di lorong kiri lebuhraya petang semalam (16 Disember).

Kemalangan membabitkan Perodua Axia dengan treler itu berlaku secara tiba-tiba sehingga semua mangsa tersepit dan tiga anak lelaki meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu yang juga pemandu kereta terbabit cedera parah.

Perjalanan Terakhir, Allah Ambil 3 Anak Serentak. Doakan Ibunya Kuat!
Kredit Foto: Bernama

Menerusi laporan Harian Metro, kemalangan membabitkan Perodua Axia dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Katanya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.

Perjalanan Terakhir, Allah Ambil 3 Anak Serentak. Doakan Ibunya Kuat!
Gambar kenangan bersama tiga anak

Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.

Katanya, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.

IKLAN

“Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.

“Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Perjalanan Terakhir, Allah Ambil 3 Anak Serentak. Doakan Ibunya Kuat!

Terbabas sendiri

IKLAN

Menurutnya, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Bedah siasat akan dijalankan jam kira-kira 3 petang ini manakala Aimi masih menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Panggilan ayah dijawab oleh pegawai polis

IKLAN

Sementara itu, dalam laporan Metro juga, bapa Nur Aimi, Abdul Rahim Sidek, 58, terkejut apabila panggilannya untuk bertanya perjalanan Aimi bersama tiga anak dijawab oleh pegawai polis yang memaklumkan anak dan cucunya terlibat kemalangan.

Abdul Rahim berkata, Nur Aimi Nadiah bersama tiga cucunya baru pulang ke kampung di Kampung Bukit Nibong, Melaka.

Katanya, empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang kerana Nur Aimi bekerja di negeri itu.

Perjalanan Terakhir, Allah Ambil 3 Anak Serentak. Doakan Ibunya Kuat!
Kredit Foto: Metro

“Sebelum bergerak pulang ke Pulau Pinang, mereka ceria selepas bercuti di kampung,” katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Metro

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI