Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal? Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi, sup atau roti, anak tetap enggan. Apatah lagi buah-buahan dan sayur, memang langsung tidak dipandangnya. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin memujuknya untuk makan sajian seimbang? Ikuti perkongsian ini.
Kemungkinan anak anda enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Mungkin anak anda agak kerap menyusu dalam sehari. Umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil. Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya.
Ads
Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya. Namun, galakan untuk anak untuk makan makanan pejal sememangnya penting. Elakkan memberi susu kepadanya sebelum atau ketika hampir waktu makan.
Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan. Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu diambil ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Anak anda akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.
Ads
Jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap waktu makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran dan buah-buahan juga perlu ada.
Ads
Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil walau pun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation.
Daripada tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa. Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Semoga ibu bapa diluar sana berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu ayah menghadapi cabaran bila anak susah nak makan sayur. Kadang kita dah masak sedap, potong kecil, cuba suap perlahan tetap juga ditolak. Ada yang siap pilih satu-satu dalam pinggan, tinggal sayur semua. Memang menguji kesabaran.
Tapi walaupun perangai picky eater ni nampak macam perkara kecil, pengambilan sayur sebenarnya memainkan peranan besar untuk perkembangan otak dan kesihatan keseluruhan anak. Sayur bukan sekadar “lauk sampingan” ia sumber vitamin, mineral dan antioksidan yang membantu fokus, memori, mood, malah tumbesaran mereka.
Yang penting, cara kita perkenalkan sayur sejak anak kecil akan bentuk selera dan kebiasaan makan mereka sampai besar. Kalau dari awal mereka belajar terima, suka dan kenal sayur, lebih mudah untuk mereka kekalkan tabiat makan sihat bila dewasa nanti.
Sebab itu ibu ayah memang kena cari cara yang kreatif, lembut dan berstrategi untuk bagi anak rasa sayur tanpa paksa dan tanpa buat mereka trauma makanan. Dengan pendekatan yang betul, anak yang dulu tak suka sayur pun boleh perlahan-lahan terima dan akhirnya makan tanpa drama.
Sayur-sayuran berwarna terang seperti tomato, lobak merah, labu, ubi keledek serta sayuran hijau gelap dan sayuran cruciferous seperti brokoli dan kubis kaya dengan antioksidan. Nutrien ini membantu melindungi tubuh dan otak daripada kerosakan radikal bebas.
Sayur berdaun hijau seperti bayam pula merupakan sumber folat yang sangat baik nutrien penting untuk pembaikan sel, penyelenggaraan tisu badan dan pembangunan DNA.
Secara keseluruhan, sayur memang komponen wajib dalam diet seimbang. Jadi pastikan anak-anak mendapat pengambilan sayur yang mencukupi setiap hari untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.
Sayuran Hijau Contoh: Bayam, kubis hijau, brokoli Khasiat: Kaya antioksidan dan vitamin seperti folat Fungsi: Membantu meningkatkan memori dan daya ingatan
Sayuran Berwarna Cerah Contoh: Labu, lobak Khasiat: Mengandungi beta-karotena dan vitamin A Fungsi: Menyokong perkembangan otak dan kemampuan berpikir
Sayuran Lain Yang Baik Untuk Otak Contoh: Kubis bunga Khasiat: Kaya vitamin C & K Fungsi: Mendukung perkembangan intelektual dan visual anak
Sembunyikan Dalam Makanan Kegemaran Cincang atau kisar sayur dan masukkan dalam hidangan yang anak suka seperti nasi goreng, bubur, sup atau pasta. Contohnya, puri labu dalam pancake, bayam dalam telur dadar atau brokoli dalam bebola ayam.
Buat Sayur Jadi Kudapan Menarik Snek tak semestinya keropok atau biskut. Cuba sediakan kerepek bayam homemade, timun celup yogurt, atau batang lobak celup hummus.
Masak Dengan Rasa Anak Suka Anak mungkin tak suka sayur rebus kosong. Tapi bila dimasak dengan mentega, keju parut atau sos tomato, rasa jadi lebih mesra dengan citarasa mereka.
Libatkan Anak Dalam Penyediaan Ajak anak pilih sayur di pasar, bantu susun dalam pinggan atau tolong basuh. Bila mereka rasa ‘terlibat’, keinginan untuk mencuba lebih tinggi. Anak yang rasa dihargai lebih terbuka untuk mencuba.
Hias Pinggan Dengan Kreatif Bentuk sayur jadi wajah comel, haiwan atau pelangi untuk tarik perhatian anak. Visual yang menarik boleh menjadikan sayur lebih ‘friendly’ di mata mereka.
Buat jus sayur campur buah seperti epal dan limau supaya lebih sedap dan menyeronokkan untuk anak minum.
Dengan sedikit kreativiti dan kesabaran, sayur boleh menjadi makanan kegemaran anak yang penuh manfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna dalaman serta luarannya. Disebabkan itu, isu perkembangan dan berat badan akan sangat dititikberatkan.
Kanak-kanak yang sihat berumur 2 hingga 3 tahun memerlukan kira-kira 1,000 kalori sehari, dan kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun memerlukan 1,200 hingga 1,400 kalori sehari. Kanak-kanak yang mengalami kurang berat badan perlu mendapatkan kalori yang cukup setiap hari dengan tambahan 500 kalori sehari.
Namun jika anak anda terlalu kurus pastinya sebagai ibu bapa anda sangat risau kerana ia boleh menggangu perkembangan anak anda.
Ikuti tip ini untuk tingkatkan perkembangan dan berat badan anak anda;
Waktu Tidur
Waktu tidur anak yang minimum adalah 11 jam bagi anak berusia 3-4 tahun, dan 10 jam bagi anak berusia 5-7 tahun. Jika kurang daripada itu, mereka dianggap tidak cukup tidur.
Jika anak anda mendapat tidur yang cukup ia boleh membantu anak dalam pembelajaran dan tumpuan mereka lebih tajam kerana tidur yang cukup memberikan kesan kepada otak untuk berfungsi dengan baik. Waktu tidur anak juga berkait rapat dengan corak pemakanan anak-anak. Anak yang sukar untuk tidur awal ada kaitan rapat dengan pengambilan makanan tidak sihat ketika lewat malam yang menggangu proses perkembangan mereka.
Senaman
Galakkan anak-anak untuk bermain dan bersenaman. Melakukan sedikit senaman sebenarnya boleh boleh membantu untuk merangsang selera makan anak anda. Badan mereka cenderung untuk mengidam lebih banyak tenaga daripada makanan selepas membakar kalori, jadi anak akan berasa lapar selepas bersenam dan bermain.
Lakukan senaman seperti tekan tubi yang dapat membantu merangsang pertumbuhan otot supaya tubuh anak anda ‘pejal’ berbanding menjadi gemuk. Senaman juga akan membuatkan anak berasa dahaga, jadi mereka akan minta untuk minum jus tambahan dan minuman bersusu.
Pemakanan
Buah-buahan dan sayur-sayuran segar
Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, buah dan sayur dikategorikan dalam kumpulan makanan yang perlu dimakan banyak. Setiap hari, jumlah buah dan sayur perlu diambil mengikut saranan yang ditetapkan.
Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera untuk kanak-kanak.Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera anak-anak dan kreativiti ibu bapa dalam menyediakan makanan.
Ikan dan daging
Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh membantu perkembangan si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Daging juga tinggi dengan protein. Selain itu ia juga sumber zat besi yg penting untuk tumbesaran anak. Perkembangan minda anak juga berkait rapat dengan sumber zat-zat galian yang diterima oleh tubuh anak.
Minum Susu
Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien. Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi, susu juga adalah minuman baik yang menyokong perkembangan otot dan pembelajaran. Susu merupakan sumber baik kalsium, vitamin D, dan protein yang bagus untuk sistem imun kanak-kanak. Jumlah pengambilan susu bergantung kepada umur kanak-kanak itu sendiri.
Karihome diperbuat daripada susu kambing dari New Zealand. Walau bagaimanapun, ia bukan hanya terdiri daripada susu kambing. Karihome adalah formula susu kambing terbaik di Malaysia. Sebagai susu formula, kandungannya diformulasikan agar selamat untuk kanak-kanak. Walaupun begitu, ramai ibu masih bimbang adakah anak mereka boleh mengambil Karihome.
Mengapa Karihome? Sistem pemprosesan yang unik
Tidak seperti susu formula lain, susu kambing Karihome menggunakan kaedah pemprosesan yang unik. Kebanyakan susu formula lembu yang lain menjalani proses pemanasan 2-3 kali peringkat untuk menghasilkan susu formula. Namun untuk Karihome, ia hanya melalui 1 proses pemanasan. Oleh itu pemakanan semula jadi dalam susu kambing mampu dijaga.
Susu kambing Karihome terbahagi kepada 3 peringkat;
-Karihome Step 3 Growing-up Formula: 1-3 tahun
-Karihome Step 4 Pre-School Formula: 4-6 tahun
-Karihome Whole Goat Milk Adult Formula: 7 tahun hingga Dewasa
Selain menjadi formula anak pertama yang sesuai untuk kanak-kanak di Malaysia, Karihome juga merupakan satu-satunya formula susu kambing di Malaysia yang terbukti secara klinikal menyokong pertumbuhan anak sekaligus menjadikan susu kambing Karihome terbukti selamat untuk diambil oleh kanak-kanak.
Di samping itu, susu kambing juga mempunyai kelebihan berbanding susu lembu dari segi pertumbuhan iaitu susu kambing mampu meningkatkan kenaikan berat badan yang sihat dengan lebih berkesan berbanding susu lembu. Ini kerana susu kambing mengandungi asid lemak rantai sederhana semula jadi (MCT), yang merupakan sejenis lemak yang lebih kecil dan dengan demikian lebih mudah dicerna.
Lemak susu kambing adalah 1/3 lebih kecil berbanding lemak susu lembu. Dengan lemak semula jadi yang mudah dicerna, ia dapat diserap dan digunakan oleh badan kita lebih cepat untuk pertumbuhan.
Jadi mama papa tidak perlu risau untuk memberikan anak anda susu kambing Karihome kerana ia terbukti membantu pertumbuhan anak anda. Dapatkan 1 pek Karihome Goat Milk Formula Step 3 sekarang di: https://bit.ly/3jnCgmb
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak ibu ayah perasan, lepas anak minum air ais dia tak berhenti setakat minum je? Sebaliknya, dia sambung kunyah ais batu satu per satu. Siap bunyi “krup… krap…”, nampak macam seronok sangat. Siap ulang-ulang lagi.
Hakikatnya, tabiat ni bukan jarang berlaku. Malah, ada anak yang dah jadikan ia rutin setiap kali minum air ais.
Nampak macam benda kecil, kan? Sekadar suka-suka atau nak hilangkan bosan tapi sebenarnya, gigi manusia terutamanya kanak-kanak tidak dicipta untuk memecahkan ketulan ais yang sekeras batu.
Bila anak kerap gigit ais yang keras dan sejuk, tanpa sedar dua kerosakan ini boleh berlaku secara senyap.
Tabiat anak kunyah ais batu sebenarnya tidak digalakkan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mulut dan juga tubuh badan. Walaupun nampak remeh, ia boleh menjadi tanda kepada masalah yang lebih serius.
Dalam sesetengah kes, tabiat ini berlaku kerana rasa seronok dengan tekstur ais. Namun, jika ia dilakukan secara kerap atau obsesif, ia mungkin berkait dengan keadaan yang dipanggil pagophagia.
Ais yang keras boleh merosakkan enamel gigi. Ini boleh menyebabkan gigi retak, serpihan gigi, atau merosakkan tampalan dan mahkota gigi. Dalam jangka masa panjang, anak kunyah ais batu boleh menyebabkan masalah pergigian yang memerlukan rawatan mahal.
Kiub ais yang besar sangat berbahaya kerana boleh tersangkut di kerongkong. Risiko ini lebih tinggi bagi kanak-kanak kecil yang belum mempunyai kawalan kunyahan yang baik.
Mengunyah ais secara kerap boleh menyebabkan otot rahang menjadi tegang dan sakit. Ini boleh memberi kesan kepada keselesaan anak ketika makan atau bercakap.
Salah satu perkara penting yang ramai ibu ayah tak sedar ialah tabiat anak kunyah ais batu boleh menjadi tanda kekurangan zat besi atau anemia. Keinginan kuat untuk kunyah ais sering dikaitkan dengan masalah ini.
Anemia boleh memberi kesan kepada perkembangan otak, menyebabkan anak cepat letih, kurang fokus, dan menjejaskan prestasi pembelajaran.
Bahagian ais yang tajam boleh mencederakan gusi, lidah, dan bahagian dalam mulut. Luka kecil ini mungkin nampak tidak serius tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan.
Jika anak kunyah ais batu hanya sekali-sekala, mungkin ia tidak terlalu membimbangkan. Namun, jika tabiat ini berlaku setiap hari atau anak kelihatan “ketagih” untuk mengunyah ais, ibu ayah perlu mula memberi perhatian.
Lebih-lebih lagi jika anak menunjukkan tanda seperti cepat penat, pucat, atau kurang selera makan, ini mungkin petanda kepada kekurangan zat besi.
Ambil perhatian jika anak:
Jika ada tanda ini, sebaiknya dapatkan pemeriksaan doktor.
Sekiranya tabiat ini berterusan, adalah dinasihatkan untuk membawa anak berjumpa doktor bagi memeriksa paras zat besi dalam badan. Pemeriksaan awal boleh membantu mengelakkan masalah kesihatan yang lebih serius.
Selain itu, ibu ayah boleh cuba kurangkan pemberian ais dalam minuman anak. Galakkan anak minum air pada suhu biasa atau sejuk tanpa ais.
Paling penting, perhatikan perubahan tingkah laku anak. Tabiat kecil seperti anak kunyah ais batu kadang-kadang membawa mesej besar tentang kesihatan mereka.
Jangan tunggu sehingga gigi rosak atau kesihatan terjejas baru nak bertindak. Lebih baik mencegah daripada merawat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!