Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna dalaman serta luarannya. Disebabkan itu, isu perkembangan dan berat badan akan sangat dititikberatkan.  

Kanak-kanak yang sihat berumur 2 hingga 3 tahun memerlukan kira-kira 1,000 kalori sehari, dan kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun memerlukan 1,200 hingga 1,400 kalori sehari. Kanak-kanak yang mengalami kurang berat badan perlu mendapatkan kalori yang cukup setiap hari dengan tambahan 500 kalori sehari.

Terlalu Kurus? Ini Cara Mama Perlu Praktikkan Untuk Tingkatkan Perkembangan & Berat Badan Anak

Namun jika anak anda terlalu kurus pastinya sebagai ibu bapa anda sangat risau kerana ia boleh menggangu perkembangan anak anda.

Ikuti tip ini untuk tingkatkan perkembangan dan berat badan anak anda;

Waktu Tidur

Waktu tidur anak yang minimum adalah 11 jam bagi anak berusia 3-4 tahun, dan 10 jam bagi anak berusia 5-7 tahun. Jika kurang daripada itu, mereka dianggap tidak cukup tidur.

Jika anak anda mendapat tidur yang cukup ia boleh membantu anak dalam pembelajaran dan tumpuan mereka lebih tajam kerana tidur yang cukup memberikan kesan kepada otak untuk berfungsi dengan baik. Waktu tidur anak juga berkait rapat dengan corak pemakanan anak-anak. Anak yang sukar untuk tidur awal ada kaitan rapat dengan pengambilan makanan tidak sihat ketika lewat malam yang menggangu proses perkembangan mereka.

Senaman

Galakkan anak-anak untuk bermain dan bersenaman. Melakukan sedikit senaman sebenarnya boleh boleh membantu untuk merangsang selera makan anak anda. Badan mereka cenderung untuk mengidam lebih banyak tenaga daripada makanan selepas membakar kalori, jadi anak akan berasa lapar selepas bersenam dan bermain.

IKLAN

Lakukan senaman seperti tekan tubi yang dapat membantu merangsang pertumbuhan otot supaya tubuh anak anda ‘pejal’ berbanding menjadi gemuk. Senaman juga akan membuatkan anak berasa dahaga, jadi mereka akan minta untuk minum jus tambahan dan minuman bersusu.

Pemakanan

Buah-buahan dan sayur-sayuran segar

Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, buah dan sayur dikategorikan dalam kumpulan makanan yang perlu dimakan banyak. Setiap hari, jumlah buah dan sayur perlu diambil mengikut saranan yang ditetapkan.

Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera untuk kanak-kanak.Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera anak-anak dan kreativiti ibu bapa dalam menyediakan makanan.

Ikan dan daging

IKLAN

Makanan yang kaya dengan Vitamin B12 boleh membantu perkembangan si kecil. Antaranya adalah daging merah, ayam, ikan dan makanan laut. Daging juga tinggi dengan protein. Selain itu ia juga sumber zat besi yg penting untuk tumbesaran anak. Perkembangan minda anak juga berkait rapat dengan sumber zat-zat galian yang diterima oleh tubuh anak.

Minum Susu

Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien. Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi, susu juga adalah minuman baik yang menyokong perkembangan otot dan pembelajaran. Susu merupakan sumber baik kalsium, vitamin D, dan protein yang bagus untuk sistem imun kanak-kanak. Jumlah pengambilan susu bergantung kepada umur kanak-kanak itu sendiri.

Karihome diperbuat daripada susu kambing dari New Zealand. Walau bagaimanapun, ia bukan hanya terdiri daripada susu kambing. Karihome adalah formula susu kambing terbaik di Malaysia. Sebagai susu formula, kandungannya diformulasikan agar selamat untuk kanak-kanak. Walaupun begitu, ramai ibu masih bimbang adakah anak mereka boleh mengambil Karihome.

Mengapa Karihome? Sistem pemprosesan yang unik

Tidak seperti susu formula lain, susu kambing Karihome menggunakan kaedah pemprosesan yang unik. Kebanyakan susu formula lembu yang lain menjalani proses pemanasan 2-3 kali peringkat untuk menghasilkan susu formula. Namun untuk Karihome, ia hanya melalui 1 proses pemanasan. Oleh itu pemakanan semula jadi dalam susu kambing mampu dijaga.

IKLAN

 Terlalu Kurus? Ini Cara Mama Perlu Praktikkan Untuk Tingkatkan Perkembangan & Berat Badan Anak

Susu kambing Karihome terbahagi kepada 3 peringkat;

-Karihome Step 3 Growing-up Formula: 1-3 tahun

-Karihome Step 4 Pre-School Formula: 4-6 tahun

-Karihome Whole Goat Milk Adult Formula: 7 tahun hingga Dewasa

Selain menjadi formula anak pertama yang sesuai untuk kanak-kanak di Malaysia, Karihome juga merupakan satu-satunya formula susu kambing di Malaysia yang terbukti secara klinikal menyokong pertumbuhan anak sekaligus menjadikan susu kambing Karihome terbukti selamat untuk diambil oleh kanak-kanak.

Di samping itu, susu kambing juga mempunyai kelebihan berbanding susu lembu dari segi pertumbuhan iaitu susu kambing mampu meningkatkan kenaikan berat badan yang sihat dengan lebih berkesan berbanding susu lembu. Ini kerana susu kambing mengandungi asid lemak rantai sederhana semula jadi (MCT), yang merupakan sejenis lemak yang lebih kecil dan dengan demikian lebih mudah dicerna.

Lemak susu kambing adalah 1/3 lebih kecil berbanding lemak susu lembu. Dengan lemak semula jadi yang mudah dicerna, ia dapat diserap dan digunakan oleh badan kita lebih cepat untuk pertumbuhan.

Jadi mama papa tidak perlu risau untuk memberikan anak anda susu kambing Karihome kerana ia terbukti membantu pertumbuhan anak anda. Dapatkan 1 pek Karihome Goat Milk Formula Step 3 sekarang di: https://bit.ly/3jnCgmb

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI