Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang ditinggalkan di rumah dengan pintu berkunci oleh ibu bapanya yang pergi ke pasar, maut selepas rumahnya di Kondominium The Rise Collection II, Jalan Dr Wu Lien Teh, Georgetown terbakar pagi tadi.
Ketika ibu bapa keluar, kedua-dua anak tidur
Menurut laporan Berita Harian, mangsa, Nur Rania Adelia Mohd Zaid, ditemui tidak sedarkan diri akibat terhidu asap dalam bilik tidur dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adik lelakinya, Muhammad Ariq Zakwan,4, ditemui selamat di ruang tamu.
Kedua-dua kanak-kanak itu yang ditinggalkan ketika mereka tidur, ditemui ibu bapa mangsa yang bergegas pulang selepas terlihat kepulan asap di kondominium itu pada aplikasi Zoom pada telefon bimbit bapa mangsa sebaik mereka tiba di kedai.
Anak sulung tak sedarkan diri, adik selamat
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan, berkata bomba tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9.05 pagi dan berusaha memberi bantuan pernafasan serta rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke HPP.
Ads
“Sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak serta BBP Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian.
“Ketika bomba tiba, dua kanak-kanak termasuk seorang yang tidak sedarkan diri, sudah dibawa keluar dari rumah itu oleh ibu bapa mereka, tetapi budak perempuan itu disahkan meninggal dunia di HPP selepas itu.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dengan kemusnahan kebakaran sehingga 70 peratus.
“Sistem penyelenggaraan bangunan itu yang berada pada tahap baik juga memudahkan anggota bomba memadam kebakaran, ” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ads
Difahamkan, mangsa dan adik lelakinya yang sedang tidur ditinggalkan di rumah ketika ibu bapanya serta seorang lagi anak berusia setahun, pergi ke pasar berdekatan unit kondominium itu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ads
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Nota ditulis pada kadbod dan tergantung pada motosikal “Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin anak,” cukup menyentuh perasaan. Tambah lagi bila seorang ayah sanggup buat apa saja demi memastikan anak di rumah tidak berlapar dan cukup makan.
Menerusi perkongsian di Facebook Alin Taharin yang berkongsi kisah duka lelaki itu di media sosial miliknya, dia menjelaskan lelaki tersebut bukan untuk meminta tetapi dia berusaha untuk menjual bagi mendapatkan rezeki.
Sanggup jual tudung & berpanas untuk beli keperluan anak
Melalui status yang dimuat naik Alin Taharin itu dia menjelaskan terserempak dengan saudara itu di sebuah stesen minyak Petronas Seberang Jaya.
“Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya. Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda,” katanya.
Jika dilihat melalui gambar tersebut, tudung yang nak dijual itu bukanlah banyak dan ramai yang beranggapan mungkin milik isterinya sendiri.
Bagaimanapun usaha dan kesungguhan seorang bapa untuk mendapatkan juga wang dalam sekarang ini yang agak terhad mencari rezeki wajar dipuji dan dibantu.
Mungkin dengan tularnya gambar ini, ia menjadi asbab untuk lelaki ini mendapat rezeki lebih walaupun dia bukanlah meminta diberi bantuan.
Dalam pada itu, perkongsian yang cukup menyentuh perasaan ini telah mendapat perhatian netizen apabila ramai sudi membantu lelaki berkenaan malah ada bertanyakan nombor akaun banknya.
Sekiranya ada maklumat lengkap lagi mudah untuk disalurkan bantuan secara terus. Mana tahu rezeki yang kita kongsikan ini boleh memberi kegembiraan buat ahli keluarganya. Doalah yang baik-baik agar urusan bapa ini dipermudahkan dan dapat dibantu.
“Terima kasih” begitulah ucapan pelakon popular, Anzalna Nasir kepada peminat yang membeli baju berjenama milik anak-anak lelakinya menerusi jualan di Instagram @prelovedbyeidrees.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di instagram tersebut, baju yang di iklankan hampir terjual kesemuanya dan ada baju-baju yang dijual Anzalna dengan separuh harga malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga asal.
Tambah Anzalna lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian warga maya membeli pakaian berjenama terpakai ini dan menjadi sebahagian daripada penderma untuk jualan amal.
“Terima kasih di atas pembelian dan menjadi sebahagian daripada kerja amal kami . Semoga Allah SWT merahmati kita semua.”
Bukan hanya baju sulung anaknya, Eidrees sahaja yang dijual malah baju-baju baby Emirhan turut dijual.
Antara jenama mewah iaitu jenama BOSS, Kenzo, Versace, Givenchy Paris, Dolce & Gabbana dan banyak lagi baju berjenama mewah terpakai yang dijual oleh pelakon cantik ini.
, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.
Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.
Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi,” menurut kenyataan terbabit.
Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.
Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.
Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.
Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.
Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.
Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.
Perigi hanya seluas 45cm
Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.
Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.
Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.
Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. – AFP
(Credit pic to owner)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Budak perempuan 7 tahun jatuh kondominium tingkat 29 di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.