Masih ingat lagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia pertama (AF1), Rosmayati Sidik atau lebih dikenali sebagai Rosma yang sebelum ini popular dengan beberapa lagu tetapi kini sudah mula memperlahankan karier nyanyiannya dan hanya fokus pada anak-anak dan perniagaan bersama suami, Khai.
Menerusi perkongsian terbaru Rosma di instagramnya, dia yang mempunyai tiga cahaya kini bersyukur berat badannya tetap boleh kekal pada berat yang sepatutnya selepas bersalin walaupun beberapa tahun lalu dia ada melalui fasa berat berlebihan.
Berat mesti kena maintain
Menurut Rosma dia masih boleh memakai baju raya dari tahun 2017. Baju itu masih muat dipakai kerana dia akan memastikan berat badannya kembali ke 48 kilogram (kg) selepas bersalin.
Isteri kepada Khai AF itu turut berkongsi tips yang diamalkan untuk mengekalkan berat badannya sehingga kini.
“Macam mana caranya? Back on track dan disiplinkan diri kembali.
Ads
“Waktu pregnant makan saja menikmati katanya tapi bila dah bersalin terus bertindak ubah habit makan.
“Bunyi mudah nak laksanakan tu,ermmmm..tuan badan je yang tahu. Tapi kalau tak ambil tindakkan,sampai kesudah kita takkan ubah habit makan tu.
“Dalam tindakan tu ada proses. Kita enjoy je sebab kalau stress tak membantu ya.Badan akan maintain atau ia akan bertambah naik.
“Kita yang buat jadi kita kenal diri kita,kita tau kita mampu. Just buat..
Ads
Bukan timbang setiap hari
“Jangan beriya nak timbang setiap hari,lepas tu stress sorang-sorang sebab 200g pun tak turun.
“ Maka enjoy yourself ,just do it,consistent and trust the proses sebab yang buat ni kita,bukan orang lain tau. Barulah hasil itu menyusul,” kongsinya.
Rosma atau nama penuhnya Rosmayati Sidik mendirikan rumah tangga dengan Khai yang juga teman seangkatannya dalam AF, pada 2008.
Pasangan selebriti terbabit sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Muhammad Amzar Danish, 9, Nur Amani Damia, 4, dan Dania, 1.
Sumber: ig khai_rosma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bersalin, perkara apa yang paling difikirkan oleh para ibu? Sudah tentulah mengenai kerja rumah yang bertimbun, keadaan rumah bersepah dan sebagainya, kan?
Kerja rumah menimbun selepas bersalin?
Sememangnya perlu diakui, apabila pulang ke rumah selepas bersalin, perkara paling merunsingkan fikiran kebanyakan ibu adalah mengenai kerja rumah yang menimbun.
Rumah bersepah, dengan anak yang perlu dijaga. Aduh, peningnya kepala!
Menjaga bayi baru lahir dan perlu melakukan tugasan rumah, bukanlah 1 perkara yang mudah.
Apatah lagi jika si kecil mahu menyusu sepanjang masa atau sekadar ingin berterusan didukung oleh si ibu.
Menguruskan anak yang baru lahir sudah mengerah tenaga fizikal dan emosi anda, lagilah membuatkan anda keletihan.
Tetapi pada masa yang sama, kerja rumah yang bertimbun dan tidak disiapkan menghantui diri dan fikiran setiap detik.
Soalan yang akan bermain di minda, “Bagaimana untuk anda menguruskan rumah tangga dengan anak yang baru dilahirkan?”
Tip menguruskan kerja rumah
Usah bimbang. Ada beberapa petua untuk menguruskan rumah yang boleh anda cuba sambil menjaga bayi yang baru lahir.
Paling penting, tip yang diberikan ini tetap akan menjaga kewarasan anda. Teruskan membaca perkongsian artikel ini:
Kenal pasti keutamaan anda
Bayi yang baru lahir memerlukan banyak perhatian. Anda adalah sumber makanan dan sumber keselesaan bagi si manja.
Semestinya dia memerlukan anda waktu ini.
Anda boleh menyerahkan kerja rumah kepada individu lain untuk menyiapkannya. Tetapi, tiada siapa yang dapat menggantikan kehadiran anda yang diperlukan bayi.
Memenuhi keperluan si manja akan menjadi keutamaan anda sekarang.
selepas bersalin
Jangan risau. Si bapa pastinya akan dapat membantu anda menguruskan bayi dan kerja rumah. Bagaimana? Well, tugas menukar lampin bukan hanya untuk si ibu, okay?
Jadi, sedang si ayah melakukan kerja lain, anda boleh berikan perhatian kepada si manja dahulu.
Jangan meletakkan jangkaan yang tinggi
Jangan terlalu berharap bahawa keadaan rumah anda akan sentiasa dalam keadaan bersih dan rapi selepas bersalin. Biarkan dahulu dan ‘pejamkan mata’ untuk seketika.
Sampai masanya, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan segala tugasan rumah itu.
Usah memaksa diri untuk memasak, mencuci dan menguruskan pakaian jika tidak larat.
Biarkan individu lain membantu
Anda tidak perlu melakukan semua perkara sendirian. Mintalah bantuan atau pertolongan daripada ahli keluarga lain.
Sekiranya anda suka memasak di rumah, biarkan pasangan mengendalikan barangan runcit seperti mencuci dan memotong bahan masakan.
Kenali jadual tidur siang si manja
Sesetengah bayi mungkin mempunyai waktu tidur siang yang pendek, manakala ada juga yang akan tidur lebih lama.
Pastinya sebagai ibu anda mengetahui waktu tidur si kecil dan boleh menentukan bila mereka akan tidur lebih lama, kan?
Jika ya, anda boleh gunakan waktu tersebut untuk melakukan kerja rumah yang tidak boleh dibuat semasa bayi berjaga.
Contohnya seperti memasak – tugasan berbahaya untuk dilakukan sambil mendukung bayi.
Mungkin anda juga boleh menggunakannya untuk menyelesaikan tugasan yang mengambil banyak masa. Tindakan anda ini pastinya akan membuat anda berasa puas apabila ia selesai dilakukan.
Lakukan sedikit demi sedikit
Apabila anda sudah berjaya menyiapkan tugasan rumah semasa bayi sedang tidur siang, anda boleh melakukan kerja lain sedikit demi sedikit saat si manja terjaga.
Elakkan daripada meletakkan harapan tinggi untuk dapat menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa. Sebaliknya, lakukan satu demi satu.
Sebagai contoh, mungkin anda boleh memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh, kemudian menjaga si manja.
Pada waktu yang seterusnya, anda boleh melipat pakaian. Kemudian membasuh pinggan dan sebagainya.
Paling penting, kunci utamanya adalah untuk bersabar dan tidak memaksa diri sendiri jika tidak dapat menyelesaikan semua tugasan dalam satu masa.
Mengimbangkan kerja rumah dan penjagaan bayi
Biasanya, akan disarankan untuk ibu bapa baharu melupakan segala tugasan rumah untuk beberapa minggu pertama setelah bayi dilahirkan.
Tetapi kenapa?
Ini untuk membolehkan anda dan pasangan berehat dengan baik dan meluangkan masa bersama bayi.
Dalam masa yang sama membolehkan kalian menyesuaikan diri dengan cara kehidupan baru.
Mempunyai bayi adalah perubahan besar bagi sesiapa pun.
Perkara penting yang boleh anda dan pasangan lakukan adalah untuk berbincang mengenai apa perlu dilakukan dan bagaimana untuk saling menyokong antara satu sama lain.
Jangan tunggu sehingga selepas bersalin untuk membahagikan tugasan. Sebaiknya, lakukan sebelum bayi dilahirkan.
Suami anda boleh melakukan kerja rumah seperti:
-Memeriksa anak pada lewat malam
-Mengambil tugasan untuk membasuh pakaian
-Mencuci pinggan mangkuk
-Menukar lampin anak
-Membeli barangan runcit
-Menjadi tukang masak
-Membersihkan rumah
-Menyendawakan bayi
Utamakan si manja
Tidak kira apa pun, si manja harus menjadi keutamaan. Kemudian jangan lupa pula untuk menjaga diri anda sendiri.
Ketika bayi sedang tidur, ia tidak bermakna anda perlu bertungkus-lumus melakukan tugasan rumah. Usah menyeksa diri anda sendiri.
Setiap hari, anda perlu memastikan badan mendapat rehat yang mencukupi selain daripada menjaga keperluan pemakanan harian.
Tiada salahnya jika anda turut berehat tatkala si manja sedang tidur dan melupakan sebentar tentang tugasan rumah.
Lagipun, fasa tumbesaran si manja akan berlalu pantas dan ia akan berakhir tanpa anda menyedarinya. Hargailah detik masa yang ada, okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja pulang dari menjaga bayi keenamnya dari hospital akibat jangkitan RSV, Datin Shahida pula perlu menjaga dua anaknya yang dijangkiti HFMD dan demam.
(RSV: Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.)
(HFMD:Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (Hand Foot Mouth Disease, HFMD) yang lazimnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada 10 tahun. Kebiasaannya gejala HFMD adalah ringan (mild) dengan simptom demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah.)
Bila anak ramai, begitulah terpaksa bergilir menjaga mereka kerana mereka sangat mudah menjangkiti sesama mereka. Yang adik baru baik, abang dan kakak pula sakit. Itulah orang kata dugaan anak-anak sedang membesar.
Ibarat seperti jururawat, itulah yang dirasai oleh Datin Shahida, pengasas kosmetik di bawah jenama Dherbs.
‘Lepas sorang keluar hospital..balik je rumah yusoff lagi pula kena HFMD’
‘Memang musim penyakit…Raudhah pula dah start demam..”
“Bayangkan dah macam nurse saya kat rumah ni..melawat sorang-sorang dalam bilik bagi ubat😅 3 sekali nak kena monitor…”
Rata-rata wargamaya turut bekongsi pengalaman sama di mana anak-anak mereka turut mengalami gejala HFMD dan asyik sakit sejak kebelakangan ini.
azwa_wanie96’s profile picture Rmai bby kena penyakit ni datin termasuk ank jiran sy 2 org dh.. skrg semua kna kuarantin lpas kluar hsptl…semoga ank datin cpt sembuh..
milazzmokhtar’s profile picture Masak kecik2 anak saya kena penyakit ni.. lepas baik banyak kuku rosak dan tercabut…semoga anak2 datin lekas sembuh
faradiba.azahar’s profile picture Ank sy pn baru lepas sembuh… 2 org sekali kena.. mmg kesian.. satu bdn penuh.. pedih.. 😭 rajin sapu lotion calamine/mandikan dgn sabun neem… itu yg sy ikhtiar… mudah mudahan serasi dan diberi kesembuhan.. Amiin YRA
Usai sahaja tempoh cuti bersalin tidak kiralah dua bulan ataupun tiga bulan, anda yang bekerjaya kembali bekerja semula. Rutin kerja yang dilalui sebelum ini tentu sahaja berubah.
Hal ini berikutan anda memikul satu lagi tanggung jawab yang membabitkan si kecil yang ditinggalkan di rumah pengasuh. Kehidupan selepas mempunyai bayi kecil pastinya akan membawa perubahan dalam rutin harian anda.
Masa peralihan adalah satu fasa yang tidak mudah untuk dilalui. Tidak mudah, bukan? Rasa stres, risau, dan suasana kelam-kabut pasti akan terjadi.
Disenaraikan cabaran-cabaran yang perlu anda tempuh selepas kembali bekerja. Biarpun begitu, percaya dan yakinlah anda mampu melakukannya. Lama-kelamaan, anda pasti terbiasa dan dapat mengendalikannya dengan lebih lancar setiap hari.
Memilih pakaian bersesuaian
Untuk mendapat mood baru sebelum kembali bekerja, anda pasti mahu satu atau dua pasang pakaian baru untuk ke tempat kerja. Tambahan pula, mungkin baju yang sedia ada tidak sesuai atau membuat anda tidak selesa untuk menjalankan rutin pengepaman payudara. Kini, anda perlu cenderung mendapatkan pakaian yang memudahkan anda mengepam susu.
Selain itu, perubahan fizikal yang dialami mungkin memerlukan anda mendapatkan pakaian baru yang lebih kemas dan selesa untuk digayakan. Barulah anda boleh tampil segak dan berkeyakinan.
Selaraskan masa hantar dan ambil anak
Memandangkan perlu singgah ke rumah pengasuh ataupun Taska untuk meninggalkan bayi, anda perlu bangun awal. Hal ini penting bagi memastikan perjalanan ke tempat kerja berjalan lancar, lebih-lebih lagi jika anda perlu melalui kawasan yang terkenal dengan kesesakan lalu lintas.
Untuk itu, biasakan diri untuk menyiapkan semua keperluan diri dan anak pada waktu malam sebelumnya. Tempatkan semua keperluan itu berhampiran dengan pintu keluar-masuk rumah anda. Kalau tidak dibuat begini, bimbang anda tertinggal benda-benda yang penting pula.
Selepas habis waktu kerja, anda perlu segera pulang untuk mengambil anak. Setiap minit sangat bermakna kerana bayi anda itu mungkin sedang menunggu untuk menyusu susu ibu secara langsung.
Teringatkan bayi
Hari pertama masuk kerja, pasti anda terkenangkan bayi yang ditinggalkan. Perasaan sebegini memang normal kerana sebelum ini, 24 jam anda bersama bayi.
Bila kali pertama meninggalkan dia untuk dijaga oleh orang lain, tentu akan ada sedikit rasa risau. Untuk mengatasi kebimbangan yang dialami, anda bolehlah menelefon pengasuh tetapi janganlah terlalu kerap pula hingga mengganggu rutin kerjanya.
Rutin mengepam payudara
Anda perlu bijak mengurus kerja dan pada masa yang sama menyelitkan tempoh waktu yang bersesuaian dengan jadual mengepam payudara. Ingat! Anda perlu konsisten mengepam agar bekalan perahan susu ibu mencukupi untuk memenuhi keperluan bayi sepanjang anda meninggalkannya di bawah asuhan orang lain.
Mengantuk semasa bekerja
Ada waktunya, bayi meragam di waktu malam. Secara tidak langsung, ia mengganggu rutin tidur anda. Masalah ini boleh berlaku tidak kira masa terutamanya apabila bayi tidak sihat.
Apa-apa pun, anda masih perlu ke tempat kerja keesokannya dan terpaksa berhadapan dengan masalah tidak bermaya, hilang fokus, mengantuk mahupun pening kepala.
Mudah keletihan
Semua perubahan yang dinyatakan ini pastinya akan menjadikan anda sangat penat. Keletihan yang dirasakan bukan sekadar di pejabat, tetapi juga di rumah. Maklum sahajalah anda perlu uruskan kerja di pejabat dan juga di rumah.
Untuk itu, mintalah pertimbangan suami untuk sama-sama mengagihkan tanggung jawab dalam menguruskan kerja-kerja di rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!