Anak umur 4 tahun antara mangsa dalam tragedi menyayat hati di Kulim apabila seorang wanita dan anak perempuannya ditemukan tidak bernyawa di sebuah rumah teres pada malam Selasa. Jeritan seorang kanak-kanak lelaki menjadi detik awal terbongkarnya kejadian tragis dua beranak ini.
Tragedi Menyayat Hati Di Kulim
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 11.05 malam yang memaklumkan terdapat seorang wanita berusia 30 tahun tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.
“Sepasukan anggota dari Balai Polis Kulim Hi-Tech telah dikerahkan ke tempat kejadian dan mendapati dua beranak itu sudah meninggal dunia di bilik utama rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Wanita berusia 30 tahun itu ditemui tergantung di kipas siling, manakala anak perempuan umur 4 tahun ditemui terbaring tidak bernyawa di katil dipercayai akibat dilemaskan dengan bantal.
Anak Lelaki 7 Tahun Terselamat
Anak lelaki berusia tujuh tahun selamat, alami melecet di leher dan rahang. – Foto ihsan polis
Namun, anak lelaki mangsa yang berusia tujuh tahun terselamat apabila ikatan di lehernya dipercayai terlucut ketika ditolak dari tangga aluminium oleh ibunya. Jiran yang terdengar jeritan kanak-kanak itu kemudian segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Ads
Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai bertindak demikian akibat tekanan emosi selepas kecewa dengan teman lelakinya yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain. Lebih memilukan, anak umur 4 tahun menjadi mangsa tidak bersalah dalam insiden ini.
Nota Terakhir Ibu Undang Sebak
Polis turut menemui dua nota tulisan tangan dipercayai milik si mati, yang mengandungi permohonan maaf serta luahan isi hati terakhirnya di dalam rumah berkenaan. — Kredit foto: PDRM
Pihak polis menemui dua nota tulisan tangan dipercayai ditulis oleh si mati yang menyatakan permohonan maaf dan luahan isi hati terakhirnya sebelum kejadian.
“Antara kandungan nota itu menyebut, ‘Saya tak boleh tahan sakit hati. Mereka tak boleh tinggal dengan sesiapa pun, pasal tu saya terpaksa bawa mereka berdua sekali.’”
Turut ditemui di ruang tamu ialah MyKad ketiga-tiga beranak dan kad ATM milik si mati yang diletakkan berdekatan dengan nota tersebut.
Ads
Superintendan Zulkifli menjelaskan, “Mayat kedua-dua si mati dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya sambil menambah bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan cubaan membunuh.
Tiada Unsur Pecah Masuk
Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk atau unsur pencerobohan. Rumah berada dalam keadaan kemas, menunjukkan tindakan itu dilakukan oleh individu dikenali dalam rumah tersebut.
Ads
Refleksi & Pengajaran Dari Tragedi Anak Umur 4 Tahun Ini
Tragedi anak umur 4 tahun dan ibunya di Kulim membuka mata ramai pihak tentang pentingnya kesedaran kesihatan mental. Tekanan emosi yang tidak dirawat boleh membawa kepada tindakan di luar jangkaan. Sokongan moral dan emosi daripada keluarga dan rakan sangat penting buat mereka yang sedang tertekan.
Jika anda atau kenalan mengalami tekanan emosi, kemurungan atau rasa terdesak, segera hubungi Talian HEAL 15555 atau Befrienders KL di talian 03-7627 2929. Bantuan profesional boleh menyelamatkan nyawa.
Semoga roh kedua-dua beranak ini dicucuri rahmat dan semoga anak lelaki yang terselamat diberikan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuat kejutan buat kedua-dua anaknya Ayden dan Ara apabila membawa mereka ke Perancis bagi menyaksikan Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada 14 September ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Primavalet, kedua anak Bella, Ayden dan Ara dilihat menangis kerana menyangkakan mereka bakal ditinggalkan oleh Bella.
Bella bagaimanapun tampil membuat kejutan dengan memberikan tiket penerbangan dan passport kepada kedua anaknya dan memeluk mesra.
“Kejutan buat Ara dan Ayden, kasih ibu tiada tandingan. Semoga bahagia milik mereka, Amin Ya Rabb,” kongsi primavalet, semalam.
Menerusi video itu, Ayden dan Ara lantak memeluk Bella erat malah tidak menyangka kejutan yang dibuat oleh ibu mereka sebelum berlepas.
Turut mencuri tumpuan, tindakan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq yang cuba memujuk Ayden dan Ara sebelum kejutan tersebut diberikan telah mengundang rasa gembira dalam kalangan warganet.
Dikhabarkan Bella dan Syed Saddiq turut membawa seluruh keluarga mereka untuk terbang bersama ke Perancis bagi menyokong Ahli Parlimen Muar itu.
Meninjau ke ruangan komen warganet terharu melihat pengorbanan Bella yang tidak sanggup berjauhan bersama anak-anak dan mendoakan agar pelakon itu sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan.
Untuk rekod, seramai 19 atlet Malaysia bakal berentap di pentas terbesar triatlon dunia apabila layak ke Kejohanan Dunia Ironman di Nice, Perancis, Kona, Hawaii (wanita) serta IRONMAN 70.3 di Marbella, Sepanyol.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belanjawan MADANI 2026 kali ini benar-benar memberi sinar buat Keluarga Malaysia. Dengan pelbagai inisiatif yang diumumkan oleh PMX, ramai ibu bapa boleh menarik nafas lega sama ada penjawat awam, pesara, mahupun mereka yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah dan universiti.
Inisiatif Bantuan Kewangan Belanjawan MADANI 2026
Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. Pesara kerajaan dan veteran turut menerima RM250. Bantuan ini bakal disalurkan menjelang Aidilfitri Mac 2026 — pastinya meringankan beban keluarga menyambut lebaran nanti.
Pendidikan Percuma Untuk Anak Keluarga Malaysia
Gambar sekadar hiasan
Melalui inisiatif Belanjawan MADANI 2026, pendidikan percuma melalui PTPTN membawa khabar gembira kepada 5,800 anak-anak keluarga berpendapatan rendah yang sedang menuntut di IPTA. Ini membuktikan bahawa masa depan pendidikan anak-anak tetap menjadi keutamaan negara.
Pengiktirafan Kepada Warga Agama & Pendidikan
Guru KAFA, imam, bilal, tok siak dan tenaga keagamaan lain turut menerima sumbangan khas RM500 sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat mereka kepada masyarakat. Inisiatif ini menjadikan Belanjawan MADANI 2026 lebih menyeluruh dan penuh makna.
Bantuan Awal Persekolahan Diteruskan
Bantuan Awal Persekolahan terus dikekalkan bagi memastikan anak-anak dapat memulakan sesi persekolahan dengan semangat dan kelengkapan mencukupi. Ibu bapa hanya perlu menuntut bantuan tersebut di sekolah anak masing-masing sebelum tarikh yang ditetapkan.
Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar angka, tetapi simbol kasih dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Setiap ringgit yang diperuntukkan membawa makna besar buat ibu bapa yang berjuang untuk keluarga mereka setiap hari.
Tip Kewangan Keluarga Sempena Belanjawan 2026
Rancang awal bajet Aidilfitri. Gunakan Bantuan Khas Kewangan sebaiknya — utamakan keperluan anak dan simpan sedikit untuk kecemasan.
Manfaatkan bantuan pendidikan. Jika anak layak menerima PTPTN percuma, pastikan anda semak syarat dan daftar tepat pada masanya.
Tuntut bantuan sekolah segera. Jangan tangguh untuk membuat tuntutan Bantuan Awal Persekolahan supaya anak dapat kelengkapan awal tahun lebih awal.
Didik anak tentang nilai wang. Ajar mereka bezakan antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ supaya lebih bijak berbelanja.
Gunakan peluang ini untuk menabung. Setiap bantuan boleh jadi asas tabungan keluarga — walau sedikit, ia tetap berharga untuk masa depan.
Belanjawan MADANI 2026 adalah bukti nyata bahawa kerajaan komited membina masa depan lebih sejahtera untuk semua lapisan masyarakat. Ia bukan sekadar dokumen kewangan, tetapi simbol harapan dan rezeki untuk setiap Keluarga Malaysia.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Allahuakbar, pilunya, khabar duka ini. Tidak dapat bayangkan perasaan seorang isteri dan ibu yang kehilangan suami dan anak yang baru lahir serentak.
Seorang bayi lelaki yang baru berusia tiga bulan pergi buat selamanya dalam keadaan yang amat tragis dipercayai tertindih lengan ayahnya sendiri yang sudah tidak bernyawa akibat serangan jantung.
Lebih pilu, kejadian meruntun jiwa itu, kejadian itu berlaku pada hari pertama ibu bayi kembali berkerja selepas cuti bersalin.
Mangsa lelaki, Nurul Efendy Ibrahim, 35, ditemui tidak sedarkan diri oleh isterinya yang pulang ke rumah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, manakala bayi, Muhammad Nur Daniel Nurul Efendy, dilihat berada di bawah lengannya.
Isteri mangsa Azura Abdul Malik, 37, berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian suami dan bayinya.
“Saya terkejut apabila masuk rumah dan nampak suami dan bayi kami tidak sedarkan diri.
“Saya terus hubungi pihak hospital untuk bantuan sebelum suami disahkan telah meninggal dunia di rumah,” katanya.
Tambahnya, ketika kejadian bayinya itu masih bernyawa namun dalam keadaan lemah.
“Bayi kami meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd. Supian Md. Dali berkata, panggilan kecemasan telah diterima daripada talian MERS 999 pada pukul 9.58 pagi.
“Kami dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun telah meninggal dunia di lokasi dan bayinya ketika mendapatkan rawatan di hospital.
“Pasukan diminta membuat pemeriksaan di kediaman tersebut sekiranya berlaku kebocoran gas, namun hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” ujarnya
Sumber:kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar Nourul Depp kanser membuka mata wanita tentang pentingnya pemeriksaan awal, keputusan berani membuang rahim dan ovari, serta perjalanan pulih yang penuh kekuatan dan inspirasi.