Mungkin ramai yang teruja mendapatkan anak kembar dan melakukan pelbagai petua dengan harapan berjaya hamil kembar. Penerangan dari doktor ini memberikan penjelasan sebenar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini diharapkan dapat merungkai persoalan dan keterujaan ibu bapa untuk memiliki anak kembar. Beliau juga turut berkongsi bagaimana tercetusnya hyperovulation (menghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) yang menyebabkan terjadinya kembar tidak seiras (non-identical twin).
Beliau juga turut berkongsi pengalamannya mengendalikan pesakit 10 tahun mencuba untuk hamil, kecewa kandungannya bukan kembar.
Dah cuba makan itu makan ini & supplemen tradisional. Kecewa akak sebab banyak dah duit habis
Bersyukurlah dengan kandungan ini. Rezeki dari Allah. Tidak salah mencuba selagi tak memudaratkan. Tapi petua dan supplemen tiada bukti saintifik ia berkesan.
Ads
Petua yang tak elok & tiada kebenaran tak elok di kongsi.Testimoni hierarki ilmu paling rendah
Ads
Hyperovulation (penghasilkan 2 telur dalam satu pusingan haid) boleh terjadi. Genetik ibu, usia ibu 35 ke atas, ibu BMI lebih dari 30 tahun, penyusuan susu ibu antara faktor terjadinya hyperovulation.
Bangsa Nigerian cenderung dapat anak kembar sebab gaya hidup makan keladi dan lain-lain tapi tiada kajian konklusif.
Ads
Petua daripada pemerhatian ialah testimoni adakalanya menjadikan penyakit semakin teruk. Perlu kajian teliti dari segi sains dan perubatan.
Keguguran kali pertama mungkin masih boleh diterima, namun jika berulang kali keguguran, harapan untuk menimang cahaya mata pastinya terasa mustahil. Itu anggapan sesetengah bakal ibu yang seakan sudah putus asa untuk mencuba.
Namun menurut Dr Hamid Arshad, masih ada peluang bersalin walau berulang-ulang kali gugur. Tidak perlu rasa kecewa namun terus menjalani rawatan sebaiknya hingga detik melahirkan. Ini perkongsian ilmu dan tip yang dikongsikan oleh beliau.
Bagi mereka yang berulang-ulang kali gugur memang mengalami trauma mental dan emosi. Ada merasa hampa dan kecewa. Jangan putus asa, Allah Maha Pengasih dan Penyanyang serta Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Ramai juga yang berjaya melahirkankan anak lepas 3 kali, 5 kali, malah ada seorang yang selepas 8 kali gugur.
Panduan yang saya berikan adalah seperti berikut.
Dalam pemeriksaan jika terdapat penyakit endometriosis dan rahim retroverted biasanya saya lakukan bedah laparoscopy. Sering juga saya beri ubat antivirus, acyclovir 400mg dua kali sehari selama seminggu.
Seterusnya langkah-langkah berikut dipatuhi.
1. Buat ujian UPT sebaik sahaja lewat datang haid. Jika positif terus jumpa pakar bidan.
2. Dua minggu berikutnya sangat kritikal, jauhkan hubungan seksual kerana ia boleh mengganggu kehamilan diperingkat awal.
Biasanya saya beri suntikan ubat hormon proluton satu vial dua kali seminggu untuk 2 minggu. Suntikan ini bertujuan tenangkan rahim, cegah kuncupan rahim dan untuk memudahkan pertumbuhan janin.
Jika berlaku rasa sakit pada ari-ari saperti senggugut, makan 2 biji panadol untuk tenangkan rahim yang sedang kuncup. Jika dibiarkan ia boleh terus mencetuskan keguguguran. Panadol dimakan secara berkala tidak mengancam janin.
Penting berehat sepenuhnya dalam dua minggu ini. Cuti medical sering berikan kepada pesakit-pesakit.
3. Supplement ialah prenatal vitamins saperti obimin atau prenavit serta vitamin C satu gram setiap hari. Vitamin C penting untuk meningkatkan immunity dan bantu pembiakkan sel-sel.
4. Setelah dua minggu saya scan melalui faraj dan kini kandungan sudah 6 minggu atau lebih. Kantung kandungan serta ketul janin serta denyutan jantung dapat dikesan dalam scan.
5. Teruskan suntikan proluton seminggu sekali dalam sebulan berikutan serta prenatal vitamins dan vitamin C dimakan setiap hari. Dan ini perlu diteruskan hingga kandungan 13 minggu.
6. Ultrasound scan dilakukan pada kandungan antara 10 – 12 minggu dan ketika ini anggota janin telah terbentuk dan dapat dikesan dengan jelas serta denyutan jantung yang kuat.
7. Jika berlaku ancaman gugur yang ditandakan dengan perdarahan dan sakit saperti senggugut, penting pergi dan masuk hospital secepat mungkin. Jika situasi begini berlaku kemunkinan terus gugur adalah lebih kurang 50%.
8. Saya tidak beri aspirin sebagai rawatan saperti yang dilakukan olih ramai pakar bidan lain.
9. Saya akan teruskan rawatan dan buat pemantauan setiap bulan hingga umor kandungan capai 5 bulan apabila kandungan akan stabil dan saya akan rujuk pesakit kepada pakar bidan lain kendalikan kelahiran pada cukup bulan.
Punca Berulang Kali Gugur
1. Punca utama keguguran adalah terdapat kecacatan baka pada janin. Lebih 95% embryo cacat akan gugur. Jika tidak bayi akan lahir cacat.
2. Penyakit pada rahim seperti fibroid, adenomyosis, cacat bentuk rahim. Cyst ovari, endometriosis. Pintu rahim longgar/ cervical incompetence.
3. Jangkitan kuman dan antibodi dalam darah.
4. Penyakit seperti diabetes, SLE, buah pinggang dan lain-lain.
5. Stres dan tekan fizikal dan emosi.
6. Toksin. Berbagai jenis racun ada di persekitaran kita.
Apa perlu buat?
1. Terpenting sekali ialah rehat sepenuhnya dengan berbaring. Bagi mereka yang ada retroverted uterus elok meniarap antara 10-30 minit dengan dialas 2 bantal di bawah perutnya. Mungkin perlu cuti medical atau tanpa gaji.
2. Suntikan hormon yang mengandungi hormon progesteron/roluton selang 2 hari selama dua minggu. Atau pil hormon/duphaston dimakan satu biji 2 atau 3 kali sehari terus menerus sampai 3 bulan hamil.
3. Jauhkan persetubuhan atau hubungan kelamin khususnya pada peringkat awal kehamilan. Jika dilakukan tentukan tidak tindih perut isteri. Buar air mani di luar atau guna sarung kondom.
4. Elakkan perjalanan jauh, shopping dan menaiki pesawat terbang.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketibaan Ramadan dinanti setiap umat Islam apatah lagi bulan penuh keberkatan ini memberi kita peluang meningkatkan amal ibadat dan merebut pahala berlipat ganda.
Dalam keterujaan menyambut bulan mulia ini, ramai yang gagal menguruskan kewangan dengan berbelanja mengikut nafsu sama ada ketika membeli juadah berbuka mahu pun persediaan menyambut Aidilfitri.
Perbelanjaan Besar Tinggal Di Ibu Kota
Bagi guru tadika, Khairunnisa Khirrudin, 33, sememangnya realiti kehidupan kini agak mencabar tambahan pula baginya yang tinggal di Lembah Klang, pentingnya berjimat dalam perbelanjaan harian terutama ketika menyambut Ramadan dan Syawal.
Tambahan pula, katanya, keluarga besar terdiri daripada lima anak berusia antara tiga hingga tujuh tahun pasti menuntut dia dan suami, Omar Syaqif Mohamad Sauffi, 32, menguruskan perbelanjaan dengan betul.
Simpan Duit 5 Bulan Awal Khas Untuk Raya
“Apa yang kami buat adalah menyimpan duit lima bulan awal khas untuk raya sebanyak RM200 sebulan. Jadi, apabila tiba Ramadan kami tidaklah kelam-kabut kalau duit tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian.
“Tambahan pula anak kami ramai, jika tidak buat begini (menyimpan lebih awal) tentu susah hendak menguruskan kewangan,” katanya.
Beli Barang Keperluan Raya Pada Awal Ramadan
Katanya, dia dan suami biasanya mula membeli barangan keperluan seperti baju raya pada minggu kedua Ramadan, diikuti persiapan kuih raya, kasut dan aksesori pada minggu ketiga dan minggu terakhir fokus untuk persiapan rumah dan lauk raya.
Isteri kepada pelawak, pengacara dan penyampai radio ERA, Johan ini selalu berkongsi caranya mendidik empat orang anaknya di mana tiga daripadanya adalah anak lelaki.
Kagumnya kesemua anak lelakinya dididik buat kerja rumah dan kelihatan masing-masing sangat ‘takut’ serta patuh dengan arahan si ibu.
Baru-baru ini Ozlynn memuat naik video gelagat anak-anaknya yang diam menikus selepas dimarah olehnya kerana membiarkan rumah bersepah tidak berkemas.
Kapsyen panjang lebar bebelan Ozlynn jelas memperlihatkan sisinya sebagai seorang ibu yang sangat tegas dan garang dalam mendisiplinkan anak-anaknya menjadi orang yang ringan tulang membantu kerja rumah.
Keadaan dlm umah lepas kena hamuk semua dok main game smp meja pon xde sape lap, umah xde sape vacum.. pinggan xde sape cuci.. org azan dok gentel remote game lagik!!! Mmg korg mintak aku hamok kan.. benda ready stok.. mintak kompom dpt!!! haaaaa kelam kabut sume.. nih ngah tunggu imam dok tlg basuh pinggan.. kita maammmm duk jadi mandor perati.. bebdk mmg mcm nih kan.. tp kena didik bertanggungjwp.. kena lak anak laki.. xnk sok kawin dpt bini dia jdkan bini dia org gaji dlm umah.. mmg aku luku pale sekoq2.. ?.. papa dorg bila dgr bini ngamok mmg xkan campor.. paling kuat pon dia bgtau apa yg dorg x pasan.. n tlg anak2 dia.. tu yg dia basuh pinggan tuh.. ? #papaxsukabilamamangamok#mmgdiaperatianak2dia#silapariblndialibasanakdia#diaxsukaanakbuatmamamarah
Memang lumrah perangai anak-anak lelaki yang biasanya lebih menghabiskan masa bermain game atau menghadap TV sahaja sepanjang hari di rumah.
Jika tidak dikerah pasti semuanya tidak tahu membuat kerja rumah.
Sebagai ibu yang penyayang, Ozlynn memilih untuk bersikap tegas dan garang terhadap kerana merasakan penting mendidik anak-anaknya lebih-lebih lagi anak lelaki untuk bertanggungjawab.
Menurut Ozlynn lagi, dia tidak mahu anak-anak lelakinya bila sudah berkahwin nanti tak tahu buat kerja rumah dan menjadikan isteri seperti orang gaji.
Cara O lynn itu mendapat persetujuan dan sokongan daripada para pengikutnya yang kebanyakan juga bergelar ibu. Masing-masing turut berkongsi pengalaman sendiri serta pentingnya mendidik anak tak kira lelaki atau perempuan tahu buat kerja rumah.
Baguslah kalau anak-anak lelaki dididik macam ini. Barulah mereka membesar sebagai lelaki yang bertanggungjawab dan lari dari tipikal lelaki biasa yang asyik berehat memanjang di rumah.
Sumber: Instagram jozlynnhanania
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.