Meniti usia anak ketika dua tahun membuatkan tanggungjawab ibu dan bapa makin mencabar. Diketika inilah anak makin aktif malah mula mendapat rentaknya, lebih-lebih lagi ketika bermain atau inginkan sesuatu barang.
Anak pada usia dua tahun juga sudah pandai mempunyai ‘mood’ dan citarasanya sendiri malah mereka berada di dalam dunianya sendiri.
Bagi menginjak usia ini, apa agaknya mak ayah perlu pastikan anak berada di track dan perkembangan sebenar anak?. Jom semak tip dan perkongsian Pn Aisyah Rozalli ini!
1. Pastikan anak boleh makan sendiri dan menikmati makanan
Ramai mak ayah nak anak makan, tapi tak bagi anak ‘explore’ makanan. Maksudnya, bagi anak terganggu dengan gajet, minta anak nganga, dan makan. Situasi ni akan cipta anak yang sukar berdikari semasa makan, dan susah nak explore pelbagai tekstur dan rupa makanan.
2. Pastikan anak boleh balance atas toilet bowl untuk dicuci setiap kali buang air dalam diaper
Masuk 2 tahun, body awareness anak akan makin tinggi (sepatutnya). Keseimbangan badan anak lebih kemas dan kita dah berada dalam fasa bersedia untuk latih ke tandas. Jadi, boleh dah biasakan anak dengan keadaan toilet bowl rumah kita.
Ads
3. Pastikan anak dah pandai guna cawan
Ikutkan, masuk 2 tahun ni kita hentikan proses menyusu badan dengan anak. Juga sebolehnya kita hentikan guna botol susu. Latih anak minum susu guna cawan atau minum air guna botol straw. Sebab umur ni, anak kita sepatutnya dah boleh makan macam-macam dan dah dapat pelbagai nutrisi dari makanan. Umur 2 tahun, sepatutnya anak dah tahu nak tuang air cawan ke mulut dengan minimum tumpah.
4. Pastikan anak ada “tanggungjawab” mudah dalam rumah
– Lepas makan, letak pinggan di singki.
– Lepas minum, letak cawan di singki.
– Kalau tak sampai, latih anak letak dalam dulang ke, bekas ke, bukan campak rata-rata.
– Latih anak kemas barang yang dimainnya dalam bekas yang kita sediakan.
– Latihan penting umur 2 tahun adalah: anak pandai kemas barangan dan tahu mana nak letaknya.
5. Pastikan anak pandai explore permainan dalam jangka masa sekurangnya 2 minit untuk satu-satu permainan
Kalau anak jenis main tak sampai seminit, lepas itu tukar permainan lain, tak reti explore satu-satu permainan dalam 1 jangkamasa, kurangkan bilangan permainan anak.
Ads
Kalau anak jenis duduk diam setempat tengok screen je, tutup screen itu dan bagi dia lasak sikit. Tak normal ok budak kecil duduk setempat tak bergerak ni. Memang nampak macam “eh, baiknya”. Tapi, dari pandangan terapis adalah sebagai kurang bertindakbalas terhadap simulasi sensori yang sebenarnya.
Harap perkongsian ni membantu ya. Risau kami bila makin ramai anak-anak masuk pusat terapi sebab speech delay dan masalah seperti:
– Guna cawan pun tak reti walaupun umur dah 3 tahun
– Duduk je diam tak reti main kalau tak ada gajet dekat tangan
– Tak pernah pegang makanan sendiri sebab selama ni mak ayah yang suap je. Anak hanya nganga tengok gajet dan tak tahu apa yang ada kat sudu itu.
Ubah apa yang mampu ya. Dapatkan bantuan terapis kalau rasa tak boleh buat sendiri tau!
Pernah tak ibu bapa tertanya..“Kenapa bayi saya nangis bila dipegang orang lain, tetapi bila ibu atau ayah dukung terus senyap?”
“Kenapa bayi saya tak nak tidur selagi tak pegang tangan saya?”
“Ada beza ke sentuhan penyayang dengan sentuhan biasa?”
Kita boleh tahu niat seseorang hanya dengan sentuhan. Contohnya, bila orang hulur tangan, kita tahu dia nak salam untuk memperkenalkan diri atau atas dasar hormat menghormati. Bila Ibu peluk kita, kita tahu yang dia sayangkan kita. Itulah keajaiban deria sentuhan. Untuk bayi pula bagaimana?
Sentuhan itu nutrien penting untuk bayi baru lahir
Semasa dalam rahim, sentuhan adalah deria pertama yang terbentuk. Sentuhan mula terbentuk sekitar minggu ke-8 kehamilan. Selama beberapa minggu, badan bayi akan mengembangkan rangkaian saraf yang membentuk deria sentuhan ini. Walaupun dalam rahim, bayi boleh mula merasai sesuatu. Sebelum mereka dilahirkan lagi, bayi telah “diurut” disebabkan oleh pergerakan dalam rahim dan pergerakan fizikal ibu.
Oleh itu, bayi memerlukan rangsangan sentuhan ini secara berterusan untuk perkembangan yang baik. Sentuhan merupakan antara NUTRIEN PENTING untuk perkembangan otak, fizikal, dan emosi anak kecil.
Dalam banyak-banyak deria yang ada (sentuh, dengar, lihat dsb), deria sentuhanlah yang membantu bayi baru lahir mengetahui bahawa dia disayangi. Tanpa sentuhan berunsur kasih sayang (nurturing, gentle touch) pada usia awal, perkembangan bayi boleh terganggu.
Bahkan kekurangan sentuhan penyayang di antara penjaga dan bayi boleh membawa kepada kematian, seperti yang berlaku dalam kalangan sesetengah bayi yang sering diabaikan. Ini kerana bayi mempunyai keperluan untuk disayangi dan dilindungi yang sangat tinggi. Walaupun dimandikan, ditukarkan lampin dan diberi susu (procedural, passing touch), bayi yang tidak pernah disayangi, dipeluk, diusap atau dicium boleh terbantut perkembangannya dan dalam kes yang lebih teruk, bayi tersebut boleh meninggal.
Bagi bayi yang lahir pramatang pula, sentuhan penyayang adalah SANGAT PENTING untuk tumbesarannya. Bayi pramatang selalu terdedah kepada prosedur perubatan yang menyakitkan. Bayi pramatang juga sangat sensitif kepada rangsangan sentuhan, menyebabkan prosedur perubatan lebih menyakitkan berbanding untuk bayi yang cukup bulan.
Mereka juga tidak mempunyai ruang yang banyak untuk bergerak sepanjang berada dalam NICU. Ini juga boleh menyebabkan gangguan dalam sistem sensori dan perkembangan emosi. Oleh itu, sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) dari ibu bapa sangat disyorkan kerana dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan meningkatkan ketahanan terhadap rangsangan sentuhan. Secara tidak langsung, perkembangan sosial dan emosi bayi akan bertambah baik dan ini boleh membantu bayi “catch up” dengan perkembangan yang normal.
Sentuhan penting untuk proses pembelajaran
Melalui sentuhan, bayi dapat belajar bagaimana menggerakkan badannya, mengenali dunia sekeliling dan berkomunikasi dengan keluarganya. Pada usia 60 hari, bayi memberikan respons yang baik terhadap sentuhan di tangan, kaki, dan terutamanya di bibir. Ini adalah asas untuk bayi mengenalpasti setiap fungsi anggota badannya (seperti mulut digunakan untuk makan dan bercakap).
Seawal usia 7 bulan, bayi sudah boleh mengenalpasti bahawa orang lain juga mempunyai anggota badan sepertinya (tangannya sama bentuk macam tangan ibunya, bibirnya sama bentuk dengan ayahnya dan sebagainya). Ini membentuk asas kepada kemahiran meniru perbuatan (imitation skill) dan bersikap empati (memahami perasaan orang lain).
Sentuhan membentuk asas dalam sikap empati
Bayi akan merasa selamat, dilindungi dan disayangi apabila dipegang oleh ibu bapanya. Pelukan dari ibu bapa akan membina kepercayaan dalam hubungan antara ibu bapa dan anak kerana memberikan kesan yang menenangkan dan meyakinkan.
Sentuhan penyayang yang konsisten dan responsif akan terus merapatkan dan mengukuhkan hubungan ibu dan anak. Inilah sebabnya bayi baru lahir boleh membezakan siapa yang memegangnya. Semakin bayi membesar, bayi akan cuba meniru sentuhan yang sama. Secara tidak langsung, perasaan empati akan terbentuk dari usia yang awal dan membantu bayi mempelajari komunikasi sosial pada masa yang akan datang.
Sentuhan kasih sayang yang berlebihan TIDAK AKAN “terlalu memanjakan/merosakkan” bayi baru lahir
Mungkin kita biasa dengar orang tua kita selalu suruh letak bayi yang baru lahir dan jangan selalu dukung kerana bimbang bayi kita akan menjadi “terlalu manja”, tidak biasa tidur sendiri dan akan menyusahkan kita walaupun baru berusia berapa hari saja. Jangan risau, banyak kajian telah buktikan bahawa tiada istilah memeluk atau mencium anak secara berlebihan itu boleh “memudaratkan” anak. Tetapi kekurangan kasih sayang sudah tentu akan mengganggu perkembangan anak dan hubungan antara ibu/bapa dan anak.
Ya, realitinya amat sukar bagi sesetengah ibu bapa untuk sentiasa memberi sentuhan penyayang untuk anaknya pada setiap masa seperti yang diinginkan. Kemungkinan kita mempunyai beban kerja yang banyak atau perlu menguruskan anak yang lain juga. Namun begitu, ibu bapa perlu jadikan setiap masa yang kita habiskan dengan bayi amat bermakna dan penuh dengan kasih sayang ❤️, kerana setiap sentuhan yang diberi akan membantu otak bayi untuk terus berkembang dengan pesat.
Cara mudah memberi rangsangan sentuhan di rumah
➡️angkat/peluk/dukung bayi apabila dia nangis atau memandang kita
➡️gendong bayi atau “baby wearing”
➡️Urut bayi setiap kali tukar lampin atau selepas mandi
➡️letakkan/baringkan bayi di atas pelbagai tekstur (tuala, selimut, tikar, playmat)
➡️berikan rangsangan pelbagai tekstur di tangan dan kaki seperti tekstur basah, melekit, sejuk, lembut, dan berkedut
➡️kurangkan waktu bayi berada dalam buai atau baby carrier
➡️Buka sarung tangan bayi untuk menggalakkan “explore” tangannya sendiri
Bagaimana nak bantu anak yang bakal masuk darjah satu tahun depan lancar membaca dan boleh memahami apa yang diajar? Ni antara soalan yang ramai ibu bapa tanya kerana risaukan anak akan ketinggalan dalam pembelajaran nanti.
Bagi menjawab persoalan ini, Puan Ashikin Hashim yang juga Pengetua Genius Aulad Saujana Utama ada penjelasannya. Dengan jawapan ini akan memberi sedikit kelegaan buat ibu bapa.
Disebabkan tiada pembelajaran secara formal maka ia menjadi cabaran yang besar kepada ibu bapa untuk membantu anak belajar membaca.
Apa yang perlu ibu bapa buat?
1. Ibu bapa jangan terlalu panik. Ambil ini sebagai cabaran yang positif.
2. Lihat apakah cara yang dapat bantu anak kita. Jika ada online dari tadika, usahakan untuk anak ikutinya, jika mampu untuk upah home tutor maka tiada halangan, atau boleh sahaja ibu bapa mengajar sendiri di rumah.
3. Jika mengambil keputusan untuk memgajar sendiri anak apa yang perlu ada?
– buku belajar baca sama ada fonik atau suku kata.
– alat bantu mengajar yang lain
– senarai aktiviti yang boleh bantu anak
4. Perhatikan anak samada ada masalah pembelajaran atau tidak. Rujuk pakar seperti terapis dan doktor. Tapi jika anak normal, boleh berkomunikasi, faham arahan, boleh melakukan rutin independently, inshaAllah anak pasti boleh baca dengan aktiviti yang merangsang pembacaan anak.
Ibu ayah..
Panik atau menyalahkan mana-mana pihak tidak akan dapat membantu anak kita. Ambil langkah sekarang. Bantu anak kita.
Nak pembelajaran yang seronok, jangan hanya tumpu kepada buku tetapi buat aktiviti yang menyeronokkan.
Normal ke kalau umur 4 – 6 tahun masih tak boleh baca?
Pertamanya periksa dulu. Dia tak boleh baca langsung. Atau boleh sikit-sikit.
Lepas tu – yang dikatakan tak boleh baca ni BOLEH BERCAKAP TAK? FAHAM ARAHAN TAK?
Jika anak boleh bercakap, komunikasi bagus, faham arahan, pandai pakai baju, pandai naik tangga, pandai berkawan, pandai cuci lepas buang air..
Tapi satu je dia masih belum boleh iaitu MEMBACA, percayalah, anak anda bukan tak boleh baca, anak anda bukan lambat, anak anda bukan tak pandai.
Dia hanya berumur 5 tahun. Bukan 25 tahun. Seorang anak kecil perlukan proses. Dia takkan belajar semua benda dalam satu masa.
Nak sesuai dengan sekolah baru pun anak ambil masa. Nak berkawan dengan kawan baru pun anak ambil masa. Dan kita masih TAK SABAR nak anak pandai baca???
Bila anak dirasakan tiada progress maka kita rasa anak tak maju. Anak tak pandai.
Walhal KITA YANG TAK FAHAM PROSES itu sedang berlaku. Kita tuduh anak dan juga sekolah.Maaf cakap.
Kita seksa perasaan anak kita. Anak dah berkawan. Dah ada kawan baik. Tahun depan nak cari sekolah baru. Nanti anak kena sesuai dengan tempat baru. Ambil masa lagi.
Lepas pindah dia akan pandai baca tak?
SUDAH TENTU!!!!
Sebab PROSES TELAH DAN SEDANG BERLAKU. 6 tahun akan jadi mudah untuk dia sebab dia dah pernah belajar. 5 tahun bukan dia tak pandai tapi dia SEDANG PROSES. Dan kita pun akan cakap sekolah baru BAGUS sekolah lama TAK BAGUS.
Mak-mak..
Membaca bukan satu-satunya benda yang anak kena belajar.
Saya pernah ada beberapa orang anak murid yang masih belum pandai baca tapi berani berhadapan dengan orang ramai atas pentas, boleh hafal skrip, hormat guru, ada belas ihsan terhadap kawan. MashaAllah.
Ya membaca penting, tapi bukan dengan meminggirkan kemahiran yang lain.
Ini perkongsian yang pernah saya buat sebelum ini.
Tip Peringkat Awal Membaca | Bukan Dengan Buku???
Biar benar Teacher Ashikin. Kalau tak guna buku macam mana nak pandai baca ya?
Di sinilah silap kita. Kita sangka nak anak pandai baca buku, kita ajar dia membaca hanya dengan guna buku. Ini silap besar.
Apa akan berlaku bila kita hanya guna buku sahaja?
1. Anak akan dikatakan cepat BOSAN.
2. Anak akan dikatakan asyik MAIN.
3. Anak akan dikatakan LAMBAT belajar.
Ini adalah tuduhan yang tidak adil kepada seorang anak kecil. Buku bukanlah semata-mata sumber yang kita ada untuk mengajar anak membaca.
Anak belajar melalui bermain. Dan melalui bermain itulah sebenarnya dia boleh membaca. Bagaimana ya?
Mari saya bantu anda. Sebelum nak anak pandai baca, kena ada SYARAT dulu. Apakah ia?
1. Jangan GOPOH atau tergesa-gesa nak anak pandai baca. Anak kita bukan ROBOT. Mereka manusia biasa yang perlukan ruang dan masa untuk belajar.
2. Jangan BANDING kan anak kita dengan anak orang lain. Sedangkan di kalangan adik beradik pun dah berlainan inikan pula anak jiran. Anak kita punya upaya dan kekuatannya yang tersendiri. Jadi, BANTU lah mereka.
3. Jangan TAK TAHU bahawa membaca ini adalah satu proses. Ia bukan berlaku secara tiba-tiba atau anak lahir terus pandai. Ia juga tidak berlaku dengan pantas saat anak masuk tadika. Proses ini panjang dan kompleks. Berlainan mengikut keupayaan anak. Maka BERSABARLAH.
4. Jangan INGAT tadika anak tempat SEPATUTNYA anak pandai baca. Guru hanya pemudah cara tetapi IBU BAPA lah guru PERTAMA dan RUMAH pula sekolah UTAMA. Jadi proses membaca seharusnya bermula dari Rumah.
4. Jangan LUPA siapa yang bagi kita pandai? Ya…ALLAH. Setelah kita berhempas pulas nak pandaikan anak, yang bagi pandai sebenarnya bukan kita tapi ALLAH. Kita minta kepada Allah supaya diberikan kita kekuatan dan ilmu dalam mendidik anak kita. Jika anak kita punya masalah, bawalah kepada yang pakar.
Baik. Ini langkah-langkah yang perlu kita ambil dan mulakan seawal mungkin jika mahu anak ON TRACK. Maksudnya bukan nak minta anak pandai baca umur 2 atau 3 tahun ya. Jika 6 tahun atau darjah 1 pun masih BELUM LANCAR, ia masih belum dikira LAMBAT.
Anak saya yang pertama boleh membaca pada umur 4 tahun. Yang kedua pada umur 5 tahun tapi yang ketiga hanya lancar pada umur 7 tahun. Namun mereka kini berada pada tahap ilmu dan keupayaan yang baik mengikut umur mereka.
Saya pernah bertanya kepada seorang OCCUPATIONAL THERAPIST, pada umur berapakah kita perlu risau jika anak masih belum tahu membaca langsung? Beliau berkata pada hujung tahun DARJAH 1.
Jadi, jika anak sekarang baru 4 tahun dan masih belum tahu membaca, ITU NORMAL.
Jika anak sekarang 5 tahun dan masih belum tahu membaca, ini juga masih NORMAL.
Jika anak sekarang 6 tahun dan masih belum lancar membaca, ini juga NORMAL.
Cuma bila anda atau guru mereka mendapati yang anak anda perlukan pemeriksaan pakar kerana sebab-sebab kesihatan dan masalah pembelajaran contohnya, bawalah berjumpa pakar.
Jom kita mula ajar anak membaca cara santai dan tidak STRES.
Mulakan dari bayi lagi. Bagaimana? KOMUNIKASI DAN INTERAKSI dengan anak. Jangan mulakan dengan SKRIN. Maksudnya jangan perkenalkan GAJET. Belum tiba masa.
Ajar anak membaca bukan hanya dengan tunjuk buku semata-mata. Bila kita sempitkan skop membaca hanya dengan buku maka kita tak banyak dapat nak bantu anak kita. Sebenarnya banyak sangat sumber yang boleh bantu dia. Seperti BERCERITA atau BACAKAN BUKU (bacakan buku ya bukan suruh anak baca buku sebelum dia tahu membaca. Beza tu 🙂 ) dapat membantu anak meningkatkan KOSA KATA nya. Bila kosa kata anak banyak, maka bila belajar baca akan jadi mudah. Sebab dia dah kenal banyak bunyi huruf dan banyak kenal benda.
KOMUNIKASI dengan anak sekerap yang mungkin. Ini saya sudah sebut serba sedikit tadi. Walaupun bayi, biasakan bercakap dengannya. Bila anak dah semakin besar berbuallah dengan mereka ketika shopping, ketika pakaikan baju, ketika bermain, ketika memasak, ketika bawa kereta. Komunikasi akan jadi terbantut atau terhalang jika kita hanya berikan anak GAJET.
MAIN, MAIN, MAIN. Berilah peluang dan ruang secukupnya untuk mereka bermain. Bila main anak akan belajar banyak benda termasuklah mengumpul kosa kata, membina ayat, menyoal, menjawab soalan, berinteraksi dengan orang sekeliling. Inilah antara kunci bagi memudahkan proses membaca.
BACAKAN BUKU. Ini pun saya dah sebut di atas tadi. Bacakan buku ini sangat POWERFUL. Selain boleh tambah kosa kata anak, ia juga dapat tambah ilmu pengetahuan am anak. Dan yang paling best dapat rapatkan hubungan kita dengan anak.
Manfaatkan waktu sebelum anak tidur. Iaitu sebelum anak sampai ke peringkat DEEP SLEEP atau tidur lena. Berbuallah (berbual lagi? ) dengan anak. Masa ini sangat bagus untuk nak menasihati anak. Anak dalam keadaan paling relax dan mufah dengar kata.
Inilah peringkat pertama untuk anak-anak membaca. Tiada guna apa-apa metod nak bagi anak pandai baca. Mulakan dengan KOMUNIKASI dengan anak.
BERBUAL; BERCERITA; BACAKAN BUKU dan MAIN
Masa inilah anak-anak kumpul perkataan. Masa inilah anak-anak dibiasakan mendengar pelbagai perkataaan.
Jadi, bila sampai peringkat kenal suku kata, anak tak akan terkejut. Mereka dah biasa dengan pelbagai perkataan dan bunyi. Jadi ia memudahkan proses membaca berlaku.
Kita belajar Fun-fun je. Jangan stress. Janganlah guna buku 24 jam. Anak-anak belajar secara hands-on dan bermain.
Belajarlah juga membaca dari tanda jalan, tajuk akhbar, label, senarai barang, poster dan sebagainya.
InshaAllah jika anak kita tiada masalah kesihatan dan pembelajaran, anak kita pasti boleh baca. Kuncinya SABAR dengan proses ini, KONSISTEN dengan usaha dan YAKIN dengan hasilnya nanti.
Selamat mendidik dengan kasih sayang.
Kredit: Ashikin Hashim
Pengetua Genius Aulad Saujana Utama
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergaduh atau berebut permainan adalah normal ketika anak-anak sedang bermain. Waktu awalnya bukan main baik, saling berkongsi. Tiba-tiba tengah seronok bermain tu, ada ‘peperangan’ berlaku. Biasanya sebagai ibu ayah, kita akan masuk campur untuk selesaikan masalah tersebut.
Sebenarnya, bila kita terlibat dalam situasi tersebut akan mengganggu proses anak-anak belajar. Ketika bermain, banyak perkara yang mereka explore. Sebab itulah, jangan diganggu ketika mereka sedang bermain.
Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli berkongsi lima perkara yang pantang dilakukan oleh ibu ayah ketika anak-anak sedang bermain bersama.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada ibu ayah tentang kaedah untuk menangani anak-anak yang berebut permainan atau bergaduh ketika bermain. Tak sangka pula, sewaktu bermain selain berfikir secara kreatif, banyak perkara lain yang dapat mereka kuasai. Selagi tak melampau, biarlah mereka selesaikan masalah sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beraya dengan bayi boleh menjadi mencabar jika tiada persediaan. Ikuti tip penting ini supaya mak ayah dapat menikmati raya dengan lebih tenang, selamat dan menyeronokkan.